Wednesday, July 13, 2011

Awak, awak sayang saya tak?


‘Tahun lepas awak pergi mana? Bulan lepas awak pergi mana? Minggu lepas awak pergi mana? Kelmarin awak pergi mana? Semalam awak pergi mana? Hari ini awak pergi mana dan akan pergi mana? Esok awak akan pergi mana? Lusa awak akan pergi mana? Tulat pula awak akan pergi mana?’

Bila menyayangi seseorang itu segala apa yang dilakukannya kita mahu ambil tahu dan setiap apa yang kita lakukan mahu dikongsi bersamanya walaupun tidak dilakukan bersama. Penat bertanya aku hanya mendiamkan diri. Malas lagi hendak melayan perasaan. Biarkanlah dia dengan halnya sendiri. Aku sudah tidak mahu ambil pusing lagi.

‘Kenapa ni?’

‘Dia ada di sana tu... Kau tak nampak ke?’

‘Biarlah dia. Dia bukan pandang aku pun buat apa aku nak terhegeh-hegeh pulak pandang dia?!’

‘Kau kenapa emo sangat ni?’

‘Aku sorang je yang tergedik-gedik tapi die wat yokyo’o jer....aku malas r dah, nak layan prasaan gila camni.... Kalau ada jodoh InsyaAllah adela...Kalo tak ada bye2la....’

‘Up 2 u la, kawan...’

Aku berjalan dan terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa pun yang berada di sekelilingku. Jalan dengan penuh gaya dan fikiran yang melayang jauh. Pandanganku jatuh di suatu arah. Dari jauh dia memandangku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Bimbang andai dia perasan pandanganku jua terarah padanya. Hati mula berdebar kencang.

‘Dia pandang kau lah!’

‘Macam aku sorang jer kat tengah jalan ni. Ramai lagi orang lain yang dia boleh pandang. Tak payah nak perasan sangat la....’

‘Iye, dia pandang kau. Kalau dia tak pandang kau kenapa sebelum-sebelum ni kat mana ada kau kat situ yang dia toleh.’

‘Kau jangan buat aku fikir lebih-lebih boleh tak?! Aku tak suka la dengan semua ni! Kau bukan nak tolong aku lupakan dia tapi kau buat aku makin jatuh cinta kat dia pulak!’

‘Aku bukan apa, aku tahu kau suka dia... Aku tahula... Aku sebahagian dari diri kau... Kau pun sebahagian dari diri aku. Langsung tak ada rahsia antara kita..Apa yang kau fikir dan kau rasa aku tahu... Dah masak sangat dah dengan perangai kau.’

‘Biarlah aku macam ni. Aku tak suka dengan semua ni. Kalau aku ada perasaan padanya pun aku nak cepat-cepat buang semua perasaan macam tu. Dia tu orang yang hebat. Dikenali ramai orang. Muka pun tak kurang kacaknya. Aku ni siapalah nak diganding-gandingkan dengannya. Aku ni manusia biasa sahaja...’

‘Kalau kau manusia biasa dia tu ape? Bukan manusia biasa jugak ke? Ke kau rasa dia tu malaikat? Jin? Hantu? Ha?! Jawablah!’

‘Diamlah! Jangan kacau aku boleh tak?! Kau pergilah jauh2! Aku tahulah apa yang aku nak, yang kau pulak sibuk-sibuk ni kenapa?!’

‘Fine....’

Wajahku mula kemerah-merahan. Geram dan bengang serta keliru dengan perasaan sendiri. Gila rasanya. Langkahku semakin laju. Apa yang aku fikir hanya nak balik ke kolej kediaman dan merehatkan fikiran.

Malam semakin lewat tetapi mata tak dapat lelap. Berkelip-kelip memandang ke atas syiling. Hatiku mula menimbang-nimbang semula. Adakah ini cinta? Aduhai, gila betul aku ni, ya!

‘Hati, oh hati! Kau sukakan dia ke? Tapi hakikatnya aku tak boleh.... Aku tak boleh terima semua ni... Dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia... lupakanlah dia dan pulanglah ke jalan hakikat di mana aku dan dia sama sekali tidak mengenali... Mungkin benar perasaan itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa namun hakikatnya aku berasa tidak senang dengan perasaanku sendiri... Hatiku hanya aku sahaja yang bisa membacanya... Bukan dia, kamu atau mereka... Bahkan sesiapa sahaja... Hanya aku dan yang paling Maha Mengetahui...’

Mulutku ternganga luas menguap. Lampu bilik tidur terbuka menandakan teman sebilikku sudah terbangun sejak tadi. Jam kulihat. Jarumnya menunjukkan jam 6.30 pagi. Aku bergegas bangun. Solat, mandi dan terus bersiap-siap untuk ke kelas. Dari jauh kelihatan sang jejaka mendaki tangga. Gagah dan kacak seperti biasa. Aku dan dia bertembung di koridor bilik kuliah. Dia tersenyum dan aku mengambil kesempatan itu untuk menyuarakan perasaanku padanya.

‘saya sudah jatuh cinta pada awak. Awak, awak sayang saya tak?’

Dia terus berlalu tanpa mempedulikan aku. Suaraku sudah cukup jelas kedengaran. Namun dia pergi begitu sahaja tanpa sedikit pun menoleh mahupun memandang ke wajahku. Suaraku, suara hatiku... kedengaran hanya dalam diriku... Punya erti tersembunyi mengapa aku rahsiakan suara hati ini... Kerana aku yakin aku punya cinta yang lebih besar buatku... Cinta yang telah aku miliki... Bukan cinta tergantung yang entah bila akan punya jawapan... Maka aku kembali kepada penganugerah cinta ini dalam hatiku... Terima kasih, Ya Allah... Allah, Allah sayang saya tak......

ha??? Pehal dierrr niiiii???? Sengal Ker?????!!!!


“Hello, Ma! Ma nak tempah apa… Alang-alang dah kat Kelantan ni.”

“Belilah apa-apa. Ha, jangan lupa beli buah macam buah asam jawa tu. Mama tak tahu apa namanya. Ada je kat sana tu. Beli tau, jangan lupa. Adik suka makan buah tu.”

“Okey ma, Assalamualaikum….”

Begitulah lebih kurang perbualan ana bersama mama kesayanganku ketika ana bermusafir ke Kelantan bersama sahabatku bernama Nabila Adlan. Tujuan asalnya untuk menghadiri hari terbuka tempat pengajianku, Universiti Malaya, Nilam Puri tetapi sudah alang-alang berada di Kelantan ana mengambil kesempatan untuk membeli sedikit barang untuk dijadikan buah tangan ketika pulang ke rumah.

Jalan punya jalan, tak juga jumpa-jumpa. Kat manalah nak mencari buah pesanan mamaku ini… Habis satu Pasar Khadijah ana pusing semata-mata nak mencari buah yang macam buah asam jawa tu… Hahaha… Tapi tak jumpa juga. Nabila mengajak ana pergi ke sebuah gedung kain, apa entah nama gedung tu, Alena ke, Alina ke, Alisa… Entahlah… Huhu… Ketika dalam perjalanan dekat-dekat dengan stesen bas ana nampak di pinggir jalan sebuah gerai yang menjual buah-buahan. Jenguk punya jenguk, ya, di situ! Ana pun terlalu suka teroveracting pula lalu menjerit…..

“My mom’s order there… Hahaha….dah jumpa! Dah jumpa!”

“Uit, over pulak!” Segan Nabila nak jalan ngan ana. Huhu…

*****************************************************

“Dik, buah ni sekilo berapa eak?” Bertanya harga dulu sebelum membeli. Jangan main beli sahaja.

Adik tu tersengih-sengih. “Lape yar, kak!”

So, ana pun pilih, pilih dan pilih. Mestila pilih yang elok. Kulitnya tak pecah. Pilih yang gemuk-gemuk. Hu….. Adik tu pun menimbang berat buah tu. Gaya macam beli banyak je tapi sekilo setengah je… Hu…. Bila dah nak pergi tu ana ambil sebiji buah asam tadi tetapi kulitnya sudah pecah dan terbuka. ana pun cakap kat adik yang jaga kedai tu. Adik tu perempuan, cantik orangnya. Rambutnya lurus. Bajunya cute padan sangat dengan bentuk badan dia yang ala-ala kurus tu dipadankan dengan seluar jeans feminin gaya masa kini… Paham-paham sajalah….huhu…

“Dik, kalau sebagai pembeli adik nak tak beli buah yang macam ni?”

Adik cun tadi pun terpinga-pinga. Muka dia blur je… Agaknya dalam hatinya cakap, ‘Ha, apa ni?? Asal akak ni?? Sengal agaknya….’ Haha... Tapi tak lama pastu dia pun menggeleng tanda dia sendiri takkan memilih buah yang seperti itu kalau dia sebagai pelanggan. Lalu ana memeluk bahunya dari depan dan mendekatkan mulutku ke telinganya. Nabila di belakangku terpinga-pinga. ‘Apalah yang kawan aku nak buat ni…’ Biarlah dia nak fikir apa..haha… Ana berbisik..

“Dik, macam tu jugaklah wanita. Lelaki yang baik takkan memilih wanita yang tidak menutup auratnya. Kalau ada lelaki yang tidak memilih sangat bermakna lelaki itu sangat rendah citarasanya. Bak kata orang ‘Low Taste’..”

Adik tu terus menutup mulutnya sambil tersenyum lebar. Mukanya memerahan.

“Terima kasih, kak….”

Ana tersenyum padanya dan terus berlalu pergi… Bye2 dik…. Huhu….