Thursday, September 15, 2011

Jangan Bertanya lagi...



Ana bukan pemarah atau cepat panas baran cumanya ana seorang yang sangat sensitif. Bila diherdik atau dicerca, hati siapa yang tak panas. Subhanallah, hanya hati ini masih bertemankan Allah sahaja yang merangsang ana untuk terus bersabar dan bermanis wajah.

Apabila sering ditanya dengan soalan yang sama berulangkali wajah ana mula kemerah-merahan menahan rasa amarah dalam diri. Ana bertemu Fizi (Nama Samaran) ketika menjalani program jati diri Rakan Muda di daerah tempat tinggal ana kira-kira empat tahun yang lalu. Sudah lama kami tidak bertemu jauh sekali untuk berhubung melalui telefon bimbit atau internet.

Baru-baru ini kami dipertemukan semula melalui laman sosial facebook. Agak terkejut juga apabila namanya antara yang tersenarai sebagai sahabat yang menunggu untuk diapprovekan permintaan friendnya. Ana jarang menolak sesiapa sahaja yang ingin bersahabat di dalam facebook apatah lagi orang-orang yang ana sedia kenali. Ana approvekan permintaan friendnya.

Tidak lama kemudian, datang mesej darinya bertanyakan khabar dan perihal diri ini. Sihat atau tidak, belajar atau sudah bekerja, belajar di mana, ambil jurusan apa, dan macam-macam lagi. Ana hanya menjawab bahagian mana yang patut dijawab. Mana yang tidak penting ana tidak endahkan. Hari demi hari berlalu. Semakin banyak persoalan yang diajukannya pada ana. Nak taknak terpaksa juga ana menjawabnya demi menjaga hati seorang sahabat. Namun, batasan antara lelaki dan perempuan itu tetap dijaga.

Tiba-tiba terkeluar satu soalan darinya, 'sekarang ni awak dah ada pakwe atau masih bujang trang tang tang?' Jawapan ana, 'ana tak suka berpakwe atau berawek-awek segala.' Reaksi komennya selepas itu menunjukkan dia begitu beria-ia dan teruja dengan status di sebalik jawapan ana itu, bujang. Dengan slumbernya dia memenuhi baris ayat dalam bahagian mesej itu seperti berikut, 'Kalau macam tu, sudi tak awak jadi buah hati, ulam jantung, intan payung atau secara directnya, kekasih saya?'

Nah, begitu panjang ayat lamarannya. Hambik kau! Ish, ish, ish.... Hati ana beristighfar. Apabila tak dilayan pelbagai bentuk tohmahan diutarakan tetapi apabila sudah dilayan, dah dapat sup ekor nak sup gearbox pula. Ana menjawab dengan penuh hikmah agar dia tidak terasa. Cara penolakan yang paling baik ana cuba berikan buatnya. Tiba-tiba....

'Apesal kau taknak pulak? Aku mintak cara baik r!' Ya Allah... Ana mengambil inisiatif untuk tidak melayan sebarang pertanyaan mahupun komen-komennya lagi. Buat seketika ana mendiamkan diri mencari ketenangan jiwa.Pelbagai ujian datang melimpah ruah sejak akhir-akhir ini. Ana memuhasabah diri. Tidak lama kemudian. Datang satu lagi mesej dalam inbox facebook ana. Ana membacanya perlahan.

'Ieja,saya minta maafla hari tu saya macam emo sikit. Saya tak ada niat pun nak marah ke apa ke. Sori tau.'

Tak mengapalah. Ana terima permintaan maafnya. Mungkin benar dia tidak sengaja. Iyalah, manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tetapi untuk melayan semua mesej mahupun komen darinya ana mengangkat tangan awal-awal. Ana takkan lagi dan takkan pernah. Tidak lama kemudian, satu lagi mesej masuk. Dari orang yang sama.

'Kau ingat kau tu cantik sangat macam bidadari apa ke?! Weh, longkang rumah aku tu lagi cantiklah dari muka kau tu. Perasan lawa konon. Kau ingat aku ni tak ada taste ke? Perempuan murah macam kau ni layak duduk kat rumah pelacuran je. Tak pernah ada sesiapa yang tolak permintaan aku tau selama ni. Semua perempuan tunduk kat aku. Kaulah satu-satunya perempuan yang menolak tuah. Bodoh!'

Hati beristighfar dan terus beristighfar. Semua mesejnya dipadam terus dari inbox. Laman entrinya terus diblog supaya dia takkan pernah lagi berani untuk mengganggu atau menggugat ketenangan diri ini. Persoalannya di sini, adakah salah ana atau kamu semua wujudnya insan seperti ini yang berbangsa melayu dan beragama islam di atas muka bumi ini?

Kisah ini diadaptasi dari cerita salah seorang kenalan ana. Sekadar cerita untuk renungan bersama. Adakah kita antara salah seorang dari yang menjadi mangsa atau yang menjadi pemangsa? Kerana cinta, akal hilang warasnya. Dan adakah benar ia cinta atau hanya nafsu untuk memiliki? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kau digelar sebagai penyeri dunia...
Hadirmu melengkap hubungan manusia...
Bukan saja dirindui yang biasa...
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawwa...

Akalmu senipis bilahan rambut...
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu...
Jua hatimu bak kaca yang rapuh...
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh....

Tercipta engkau dari rusuk lelaki...
Bukan dari kaki untuk dialasi...
Bukan dari kepala untuk dijunjung...
Tapi dekat dibahu untuk dilindung...
Dekat jua di hati untuk dikasihi...
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin...
Lahirnya bayangan yang lurus elok...
Jika datangnya dari kayu yang bengkok...
Begitulah peribadi yang dibentuk...
Engkaulah wanita istimewa...

Didiklah wanita dengan keimanan...
Bukannya harta ataupun pujian...
Kerna tidak terlintang...
Berharap pada yang binasa...
 Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa...
Bahwa kelembutan bukan kelemahan...
Bukan jua penghinaan dari tuhan...
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...




No comments:

Post a Comment