Monday, October 31, 2011

KUMINTA MAHARKU...(Aku bukan meminta harga tetapi aku meminta lebih dari itu)




Muhammad Adha sekadar melihat dari jauh. Tidak pernah sekalipun dia berani untuk menegur mahupun mengukir senyuman buat gadis itu.

"Allah......" Terkeluar keluhan dari mulutnya.

"Adha, kalau kamu sukakan dia apa salahnya kamu beritahu padanya. Jangan disimpan lama benar bimbang nanti menjadi barah. Bunga memang bukan sekuntum tapi dia bunga istimewa, Adha. Jangan tunggu lama sangat. Nanti dipetik orang."

Muhammad Adha sekadar tersenyum. Dia terus menyandang beg di bahu dan berlalu pergi meninggalkan sahabatnya. Khairul Afif menggelengkan kepala. Apalah yang bersarang dalam minda sahabatnya itu. Sangat sukar menterjemahkannya.

********************************************************************************

"Adha, bila kamu sampai?"

"Allah, terkejut ana dibuatnya. Apalah kamu ni, Afif! cubalah bersopan sikit..."

"Maaflah, Adha. Bergurau sikitpun tak boleh. Ana rindu betulla dengan enta."

Muhammad Adha tersenyum. Mereka berpelukan. Hampir beberapa bulan tidak bertemu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan tanggungjawab masing-masing akhirnya mereka dipertemukan semula dalam majlis konvokesyen tersebut.

"Adha, dah bersedia?"

"Astaghfirullahalazim... Jantung ana ni terasa bagai nak melompat keluar... Ana takut..."

"Adha, istighfar banyak-banyak ya. Jangan gementar sangat. Bukan nak menikah pun cuma nak naik pentas ambil sijil sahaja."

Nama Muhammad Adha disebut. Khairul Afif tersenyum melihat langkah sahabatnya itu penuh yakin mendaki tangga pentas satu persatu. Tetapi dihatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Adha, wah.... Nampak machola mase kat atas pentas tadi."

"Heh, sudahlah! Kamu ni kalau tak mengusik ana memang tak sah."

"Tak namanya Khairul Afif bin Qamaruddin kalau tak selalu menyakat Muhammad Adha bin Luqman."

"Ish!"

"Hahaha"

"Eh, Adha. Dia...."

"Siapa?"

"Dialah!"

"Siapa dia?"

"Tu, atas pentas tu!"

'Subhanallah...' Hati Muhammad Adha berbisik. Cepat-cepat pandangannya dijatuhkan. 'Akan aku jadikan kau halal bagiku, duhai bidadari...' Kelihatan Nurussalwa berjalan dengan penuh sopan mengambil tempatnya dalam susunan ribuan manusia dalam Dewan Tunku Canselor. Segulung ijazah berada dalam genggamannya.

********************************************************************************

"Ibu, ayah... Adha ada benda nak sampaikan pada ayah dan ibu tapi Adha serahkan semuanya pada ayah ibu. Adha ikut sahaja. Kalau ayah dan ibu tak setuju Adha redha."

"Apa dia, Adha? Sampaikan pada kami." Encik Luqman memandang wajah anak itu.

"Ayah, ibu, Adha sudah lama menyimpan perasaan pada seorang muslimah ni. Adha tak pernah luahkan pada sesiapa dan Adha telah menunaikan hajat hati Adha sendiri bahawasanya Adha nak ayah dan ibu menjadi yang pertama mengetahuinya."

Encik Luqman dan Puan Hifzah tersenyum sampai ke telinga. Puan Hifzah sudah tidak sabar. "Siapa orangnya? Bila nak kenalkan pada ibu? Pasti baik dan manis gadisnya sehingga dapat menewaskan keegoan anak ibu ni."

"Dia...err...dia..." Muhammad Adha tertunduk malu. Wajahnya sudah memerah.

"Dia apa, Adha?" Encik Luqman bertanya.

Muhammad Adha mengangkat muka. "Adha nak ayah dan ibu yang pertama tahu soal hati Adha jadi tuan punya diri tak pernah tahu pun Adha menyimpan perasaan padanya."

"Subhanallah.... Anak ibu.... Habis sekarang macam mana?"

"Ibu dan ayahlah yang uruskan. Adha ikut saja."

"Ayah nak uruskan macam mana ni Adha oi namanya pun kami tak tahu."

"Err...dia.. Namanya Nurussalwa binti Muhammad."

"Subhanallah sedapnya nama....." Puan Hifzah tersenyum-senyum. Senyumannya nakal sengaja ingin mengusik anak tunggalnya itu.

"Tunjukkan pada ibu mana orangnya."

"Nantilah, bu."

"Aish, sekaranglah... Ibu dah tak nak tunggu lagi. Nak dapat menantu ni."

"Ibu!"

"Hahahahahahaha!" 

Berderai tawa kedua orang tua Muhammad Adha. Ada mata yang memandang kemesraan keluarga tersebut. Mata bundar penuh sinar dan harapan mengharap dari Allah semoga lelaki itu menjadi imamnya satu masa nanti. Lelaki itu menoleh ke arahnya. Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke tempat lain. Hatinya malu. 'Semoga dia tak nampak.'

******************************************************************************

"Salwa, dah sedia?"

"Mama, perlu ke? Salwa rasa penat dengan semua ni, ma."

"Salwa, ni dah masuk kali ketiga orang meminang kamu. Sebelum-sebelum ni semua undur diri. Mama tak pernah penat tapi kenapa anak mama sendiri penat dengan apa yang dia pilih? Salwa dah penat menunggu? Dah taknak kemukakan syarat-syarat Salwa tu?"

"Mama, salah ke dengan apa yang Salwa minta sebagai mahar Salwa? Kenapa beribu-ribu ringgit orang sanggup bayar tapi permintaan kecil tak boleh?"

"Bagi kamu mudah tapi bagi orang lain ia berat, Nurussalwa binti Muhammad."

"Salwa menunggu khalifah terpilih yang sanggup menerima besarnya mahar Salwa. Walau diri Salwa dimamah usia sekalipun Salwa akan terus menunggu."

Puan Hanan hanya mampu tersenyum dengan ketegasan anaknya. Ada yang istimewa tentangnya. Puan Hanan keluar menyambut tetamu yang tiba. Apabila dikenalkan dengan lelaki yang berhajat ingin menyunting anaknya Puan Hanan seakan-akan tak pasti, apakah lelaki ini akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan mengangkat kaki pergi melupakan hajatnya itu? Hanya mampu menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi.

Nurussalwa dipanggil keluar. Sang jejaka ingin melihat pemilik nama indah tersebut samada benar orangnya seindah namanya atau hanya sekadar indah khabar dari rupa. Nah! Ternganga mulutnya merenung ke wajah gadis itu. Tersangat indah rupa dari khabarnya. Sangat setuju. Tiba-tiba Nurussalwa bersuara meminta apa yang diingini buat maharnya. Lelaki tersebut bangun.

"Jom kita balik!"

"Tapi... tapi..." Kedua orang tua pihak lelaki termangu-mangu.

Selepas mengucap maaf, seluruh rombongan meminang pulang dengan tangan kosong. Sia-sia sahaja kedatangan mereka. Mereka yang ingin datang meminang mereka juga yang menolak pinangan. Nurussalwa tersenyum. Dia sudah tahu pasti begitu jadinya. Dia naik ke bilik dan menukar pakaian.

*******************************************************************************

Nurussalwa sedang sibuk menguruskan tesis masternya. Ligat tangannya menaip segala isi yang diterjemahkan dari buah fikir ke laptop kesayangannya. Tiba-tiba jemarinya terhenti. 'Subhanallah... Kenapa wajahmu muncul secara tiba-tiba? Allah...' Nurussalwa segera bangun dari kerusi menuju ke bilik mandi. Wudhu' diambil dengan tertib. Dia melangkah keluar dan menunaikan solat sunat hajat dan istikharah.

"Ya Allah, telah lama kupendamkan perasaan ini tetapi sangat malu untuk kuluahkan padanya. Aku bimbang, Ya Allah... Apakah aku akan mengakhiri usiaku dengan bersendiri? Aku ingin punya zuriat dari rahimku. Aku ingin memiliki imam yang mampu memimpin keluarga dan hatiku menujuMu, Ya Rabbi... Ya Rahman, andai benar dia tercipta untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Andai dia bukan untukku redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu, Ya Rahim."

Nurussalwa menyapu mukanya dengan kedua belah tangan. Air matanya masih belum berhenti. Hati manusia terfitrah untuk menyintai manusia yang lain. Hati Nurussalwa jua. Telah lama tersimpan cintanya buat Muhammad Adha bin Luqman.

Nurussalwa segera bangun dari tempat persujudannya dan memcuci wajah dengan wudhu'. Kerjanya disambung semula. Tiba-tiba ' Tok! Tok! Tok!'

"Masuk..."

"Anak mama sayang..."

"Ya, mama."

"Tadi baru je ada orang telefon abah beritahu mereka hendak menghantar rombongan meminang pada minggu hadapan."

"Adakah sekali lagi, ma? Sanggupkah mereka?"

"InsyaAllah.... Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Allah pasti menyediakan insan yang selayaknya berdiri sama tinggi dengan anak mama."

Nurussalwa tersenyum memandang wajah tenang itu. Dia menganggukkan wajah. Dalam hatinya berdoa semoga jodoh yang baik tercipta buatnya.

******************************************************************************

Nurussalwa dipanggil keluar kerana pihak rombongan lelaki ingin melihat empunya bunga yang berjaya menggoyahkan keteguhan hati seorang lelaki yang berjiwa kental.

"Assalamualaikum..." Bergetar suara yang mengucap salam.

"Waalaikumussalam..." Nurussalwa masih menundukkan wajah. Sedikitpun dia tidak berani memandang ke arah lelaki di hadapannya.

"Ibu dan ayah Salwa mengatakan bahawa ada sesuatu yang ingin Salwa katakan." Sangat macho suara itu.

Masih lagi menunduk. Nurussalwa melontarkan kata-kata. "Apa yang ingin saya katakan bukan sekadar bicara biasa. Andai kamu mampu menanggungnya maka jawablah dengan cara persetujuan yang baik dan sekiranya tidak, ana minta maaf. Tiada kompromi dan tawar menawar di sini." 

"Silakan..."

"Ana mahu menjadi seperti Khadijah yang tidak pernah diduakan atau ditigakan oleh Rasulullah sepanjang hayatnya dan seperti Fatimah yang tidak pernah dimadukan oleh suaminya, Saidina Ali r.a. Ana tidak meminta harga tetap bagi wang hantaran ana tetapi ana meminta kamu memberinya dengan hati yang ikhlas menghulur seberapa banyak ingin kamu hadiahkan buat ana. Ana meminta mahar ana setinggi harga hafalan Surah Fatihah dan Annisa' serta menyerahkan mahar itu selepas akad. Di hadapan ana."

"Ya, ana terima syarat dan maharmu." Tegas.

Berdesing di telinga mendengar persetujuan itu. Puan Hanan dan Encik Muhammad saling berpandangan. Ucapan syukur memenuhi segenap ruang kediaman itu. Nurussalwa mengangkat wajahnya memandang ke arah lelaki itu. 'ALLAH!!'

******************************************************************************

"Aku Muhammad Adha bin Luqman terima nikahnya Nurussalwa binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM 350 tunai beserta hafalan Surah Fatihah dan Annisa'."

"Alhamdulillah..... anak mama..." Puan Hanan memeluk Nurussalwa erat.

Encik Muhammad menatap lama wajah anak itu yang sedang basah dalam air mata. "Terlepas sudah tanggungjawab abah. Jadilah isteri yang mampu menjadi pendukung kepada suamimu dalam susah dan senang mengharungi medan perjuangan sebelum ke akhirat."

"Abah, walaupun Salwa sudah menjadi isteri orang Salwa masih menjadi harta abah sebagai anak. Tanggungjawab Salwa masih belum berakhir sebagai seorang anak buat abah dan mama. Terima kasih, abah, mama..."

Selesai menunaikan solat sunat bersama, Nurussalwa bersama suami, Muhammad Adha duduk bagi upacara penyerahan mahar, menyarung cincin dan batal air sembahyang. Lancar bacaan Surah Fatihah dan Annisa' yang keluar dari kedua bentuk bibir indah itu. Sedikitpun Nurussalwa tidak dapat menangkap di mana kesalahannya. Air mata Nurussalwa mengalir perlahan. Bagai ada satu desupan tatkala tangan lelaki itu menyentuh tangannya. Nurussalwa malu menunduk. Wajahnya merah menahan malu. Sebentuk cincin indah tersarung di jari manis. Tangan Muhammad Adha dikucup lembut. Muhammad Adha membalas dengan ciuman di dahi Nurussalwa. Terasa sejuk mengalir ke seluruh tubuh Muhammad Adha. 'Akhirnya....'

"Maafkan abang kerana lambat menyuntingmu. Abang mengambil masa untuk memperbaiki diri di hadapan Allah. Mana mungkin seorang yang penuh hina ingin berjalan seiringan denganmu, duhai bidadari. Terima kasih, Ya Allah..."

Sunday, October 16, 2011

Nilainya seorang Wanita...





Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam.............



Saturday, October 8, 2011

Hadir cinta di hati wanita bukan untuk dihina....


Hanya ingin kau tahu, jiwa wanita yang halus bukan untuk diinjak-injak apabila telah hadir rasa cinta... Bukan jua untuk dikutuki sesuka hati... Malah rasa itu wajib untuk dihargai bukan oleh dia, mereka ataupun kamu tetapi oleh diri sendiri kerana penganugerah cinta itu adalah Dia yang Maha Menyinta... Tak terlintang persamaan cinta manusia dengan cinta milikNya buat kita.... Allah...terimalah cintaku....

Monday, October 3, 2011

Apakah Aku ini Layak, Ya Allah....


 Menyimpan sebuah perasaan saat umurku sudah suntuk menjemput waktu untuk menerima akadnya seorang suami sangat memeritkan... Aku bimbang andai hati yang telah jatuh cinta ini akan terkecewa. Saat terjaganya dari lena setelah bermimpi akan wajahnya aku akan mendirikan solat meminta semoga dipelihara hati ini agar tidak keterlaluan dalam menyintai... Andai dia bukan jodohku kuberharap semoga hati ini bisa diberikan kekuatan untuk menerima dia memberi akadnya buat nama yang lain... Sebagai seorang wanita, terlalu banyak pengorbanan hati yang perlu dilakukan demi kasih yang terlahir buat diri... Hanya doaku minta diiringi redha Allah dalam setiap perilaku dan gerak geri semoga tidak keterlaluan dalam berkelakuan... Mulut manusia tiada siapa yang dapat menutupnya... Sedang diri sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik namun masih ada suara-suara yang dilontarkan atas sikapku... Allah, berat benar ujianmu... Aku bukan mencari perhatian adam agar mereka memandang dan melihat padaku... Apa yang kucari hanya perhatian dan pandanganMu padaku... Adakah aku sudah cukup untuk berhadapan denganMu... Air mataku mengalir deras saat mengingatiMu... Aku malu, Ya Allah... Sangat tinggi cintaku buat khalifah itu namun aku terlupa memuhasabah diri apakah tahap ketinggian cintaku buatMu... Ya Allah, perasaan ini Kau berikan buatku demi menguji sejauh mana aku mampu bertahan... Jelas, Ya Allah... Lemah langkahku ini... Kakiku terasa tidak berdaya melangkah lagi menuju hari-hari mendatang... Ya Allah, keperitan ini mahu kukongsikan denganMu saat semua insan menutup mata melayari bahtera mimpi dan anganan hidup... Saban malam mimpiku dihadiri oleh bayangan dia, Ya Allah... Aku tidak meminta untuk jadi seperti ini... Aku tidak mahu akan hadirnya perasaan ini namun dikenangkan kembali ia merupakan anugerahMu... Hanya hatiku tidak sekuat mujahidah lain, Ya Allah... Lemah diriku ini... Sangat lemah, Ya Allah.... Apa yang perlu aku lakukan... Aku ingin mengelak dari melihat ke wajahnya namun sering mata itu bertembung pandangan. Ya Allah, besarnya cintaku ini adakah layak untuk aku memilikinya... Aku insan kerdil, Ya Allah... Aku jua bimbang... Kau uji aku dengan mempersulitkan soal jodohku sedang amru lain Kau permudahkan... Ya Allah, jangan Kau bebankan aku dengan bebanan berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelumku... Aku bukan sekuat itu, Ya Allah... Sakit dan pedihnya hati ini tiada siapa yang tahu... Tidak mampu aku luahkan kepada manusia sebagaimana aku luahkan kepadaMu... Maka Kau terimalah apa yang aku coretkan dari hatiku ini, Ya Allah...