Saturday, June 11, 2011

Pakai tisu ke air lagi bersih???Jawab3!!!


Assalamualaikum…. Lama betul dah tak mengupdatekan blog ni…. Harap maapla yer… Maklumlah, lama duduk kat rumah… takdelah nak bukak2 blog… Facebook apekan lagi… Mintak maaf kepada semua pembaca yang dihormati… Hari ni teringat pula hendak bercerita tentang sahabat ana yang hanya mahu dikenali sebagai Ilah… Nak dengar tak? Eh, mana boleh dengar… Baca bolehla… Hehe… Iye ke… ce citer ce citer… Ana dengan Ilah bersama-sama pulang ke kampung ana di Batu Pahat, Johor demi melawat nenek ana yang tercinta… Maklumlah, cuti-cuti ni baliklah menziarah nenek… Ilah saja temankan ana… Teringin katanya hendak melihat daerah Batu Pahat… Kami drift dari rumah ana di Kuala Selangor. Sampai di Seremban kami singgah ke sebuah perhentian. Ana menemani Ilah masuk ke tandas… Ilah adalah seorang perempuan dan sudah tentulah dia memasuki tandas perempuan… Takkan tandas lelaki pulak ean… Tapi tak tahulah ean kalo kerajaan nak buat tandas buat kaum2 pondan atau bapuk… haha… Ayat ini tiada kene mengena sama sekali dengan sesiapa samada dengan yang hidup atau yang telah kembali ke alam sana… he… Sesiapa yang terasa tu jangan marah yer… Maknanya ada termakan ubat semutla tu… Sesiapa yang makan ubat semut akan terasa kegelisahannya… Macam orang makan cili terasa pedasnya… hu… Jangan meniru aksi ubat semut yer… Ilah selesai menunaikan hajatnya… dan mencuci tangannya di sinki… Seorang wanita cina dalam kitaran umur 30-an menegurnya… Ilah menoleh memandangnya… Wanita cina itu tersenyum sambil memperkenalkan namanya dan bertanya-tanya ke mana tujuan Ilah… Ana hanya memerhati dari jauh melihat kemesraan mereka… Tiba-tiba wanita cina itu bertanya, soalannya berbunyi begini… “Kenapa orang melayu membersihkan najis mereka menggunakan air?” Agak pelik sedikit bunyi soalannya… Mungkin bagi sesetengah orang soalan itu berbunyi terlalu private atau peribadi… Tapi ana tetap nak cerita jugak…. Ilah tersenyum dan terus menjawab dengan memulangkan soalan kepadanya… “Auntie, kalau auntie lepas makan tangan kotor basuh pakai apa?” Lalu wanita itu menjawab, “Dengan air lah!” Ilah tersenyum… Dia bertanya lagi… “Sisa makanan dengan sisa najis yang mana paling kotor?” Auntie dengan teragak-agak menjawab, “Najis…..” Ilah tersenyum lagi… “Jadi, kenapa pula tidak cuci menggunakan air?” Wanita cina itu tersenyum sumbing… Ana hanya memerhati dari jauh dan mendengar semua perbualan mereka… Tidak mustahillah orang yang lalu lalang tidak mendengar apa yang mereka bualkan… Ilah menambah lagi, “Menggunakan air mencuci najis bukan bagi orang melayu sahaja sebenarnya tetapi bagi seluruh umat islam kerana Islam mementingkan kebersihan…” Auntie itu kelihatan kalut… “Habis tu, cuci pakai tisu tak bersih ke?” Ilah memandang ana kerana bimbang sekiranya ana gelisah menunggu lama… Ana senyum padanya tanda ana tidak kisah… “Auntie, selagi ada air kenapa nak gunakan tisu… Tak salah hendak menggunakan tisu tetapi kalau menggunakan apa-apa barang sekalipun pastilah kita memilih yang paling baik…. Bukankah begitu?” Wanita cina itu menggaru kepalanya dan terus berlalu pergi… Ilah menghampiri ana… Dia hanya mengangkat bahu… Ana bangga dengan jawapannya…. Hehe…. Apa-apa pun Ilah, congrate ok! Dan lagi satu, trima kasih sangat dah temankan ana pergi balik kampung…. Sayang Ilah…

No comments:

Post a Comment