Wednesday, July 13, 2011

Awak, awak sayang saya tak?


‘Tahun lepas awak pergi mana? Bulan lepas awak pergi mana? Minggu lepas awak pergi mana? Kelmarin awak pergi mana? Semalam awak pergi mana? Hari ini awak pergi mana dan akan pergi mana? Esok awak akan pergi mana? Lusa awak akan pergi mana? Tulat pula awak akan pergi mana?’

Bila menyayangi seseorang itu segala apa yang dilakukannya kita mahu ambil tahu dan setiap apa yang kita lakukan mahu dikongsi bersamanya walaupun tidak dilakukan bersama. Penat bertanya aku hanya mendiamkan diri. Malas lagi hendak melayan perasaan. Biarkanlah dia dengan halnya sendiri. Aku sudah tidak mahu ambil pusing lagi.

‘Kenapa ni?’

‘Dia ada di sana tu... Kau tak nampak ke?’

‘Biarlah dia. Dia bukan pandang aku pun buat apa aku nak terhegeh-hegeh pulak pandang dia?!’

‘Kau kenapa emo sangat ni?’

‘Aku sorang je yang tergedik-gedik tapi die wat yokyo’o jer....aku malas r dah, nak layan prasaan gila camni.... Kalau ada jodoh InsyaAllah adela...Kalo tak ada bye2la....’

‘Up 2 u la, kawan...’

Aku berjalan dan terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa pun yang berada di sekelilingku. Jalan dengan penuh gaya dan fikiran yang melayang jauh. Pandanganku jatuh di suatu arah. Dari jauh dia memandangku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Bimbang andai dia perasan pandanganku jua terarah padanya. Hati mula berdebar kencang.

‘Dia pandang kau lah!’

‘Macam aku sorang jer kat tengah jalan ni. Ramai lagi orang lain yang dia boleh pandang. Tak payah nak perasan sangat la....’

‘Iye, dia pandang kau. Kalau dia tak pandang kau kenapa sebelum-sebelum ni kat mana ada kau kat situ yang dia toleh.’

‘Kau jangan buat aku fikir lebih-lebih boleh tak?! Aku tak suka la dengan semua ni! Kau bukan nak tolong aku lupakan dia tapi kau buat aku makin jatuh cinta kat dia pulak!’

‘Aku bukan apa, aku tahu kau suka dia... Aku tahula... Aku sebahagian dari diri kau... Kau pun sebahagian dari diri aku. Langsung tak ada rahsia antara kita..Apa yang kau fikir dan kau rasa aku tahu... Dah masak sangat dah dengan perangai kau.’

‘Biarlah aku macam ni. Aku tak suka dengan semua ni. Kalau aku ada perasaan padanya pun aku nak cepat-cepat buang semua perasaan macam tu. Dia tu orang yang hebat. Dikenali ramai orang. Muka pun tak kurang kacaknya. Aku ni siapalah nak diganding-gandingkan dengannya. Aku ni manusia biasa sahaja...’

‘Kalau kau manusia biasa dia tu ape? Bukan manusia biasa jugak ke? Ke kau rasa dia tu malaikat? Jin? Hantu? Ha?! Jawablah!’

‘Diamlah! Jangan kacau aku boleh tak?! Kau pergilah jauh2! Aku tahulah apa yang aku nak, yang kau pulak sibuk-sibuk ni kenapa?!’

‘Fine....’

Wajahku mula kemerah-merahan. Geram dan bengang serta keliru dengan perasaan sendiri. Gila rasanya. Langkahku semakin laju. Apa yang aku fikir hanya nak balik ke kolej kediaman dan merehatkan fikiran.

Malam semakin lewat tetapi mata tak dapat lelap. Berkelip-kelip memandang ke atas syiling. Hatiku mula menimbang-nimbang semula. Adakah ini cinta? Aduhai, gila betul aku ni, ya!

‘Hati, oh hati! Kau sukakan dia ke? Tapi hakikatnya aku tak boleh.... Aku tak boleh terima semua ni... Dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia... lupakanlah dia dan pulanglah ke jalan hakikat di mana aku dan dia sama sekali tidak mengenali... Mungkin benar perasaan itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa namun hakikatnya aku berasa tidak senang dengan perasaanku sendiri... Hatiku hanya aku sahaja yang bisa membacanya... Bukan dia, kamu atau mereka... Bahkan sesiapa sahaja... Hanya aku dan yang paling Maha Mengetahui...’

Mulutku ternganga luas menguap. Lampu bilik tidur terbuka menandakan teman sebilikku sudah terbangun sejak tadi. Jam kulihat. Jarumnya menunjukkan jam 6.30 pagi. Aku bergegas bangun. Solat, mandi dan terus bersiap-siap untuk ke kelas. Dari jauh kelihatan sang jejaka mendaki tangga. Gagah dan kacak seperti biasa. Aku dan dia bertembung di koridor bilik kuliah. Dia tersenyum dan aku mengambil kesempatan itu untuk menyuarakan perasaanku padanya.

‘saya sudah jatuh cinta pada awak. Awak, awak sayang saya tak?’

Dia terus berlalu tanpa mempedulikan aku. Suaraku sudah cukup jelas kedengaran. Namun dia pergi begitu sahaja tanpa sedikit pun menoleh mahupun memandang ke wajahku. Suaraku, suara hatiku... kedengaran hanya dalam diriku... Punya erti tersembunyi mengapa aku rahsiakan suara hati ini... Kerana aku yakin aku punya cinta yang lebih besar buatku... Cinta yang telah aku miliki... Bukan cinta tergantung yang entah bila akan punya jawapan... Maka aku kembali kepada penganugerah cinta ini dalam hatiku... Terima kasih, Ya Allah... Allah, Allah sayang saya tak......

No comments:

Post a Comment