Sunday, January 1, 2012

Cinta teleng ke cinta berlereng??



Cinta?? Semua orang berbicara tentang cinta... Apa ada padanya... Lelah ana mendengar pelbagai cerita cinta... Semua tentang cinta... Ya, dunia ini tanpa cinta ia tidak akan kelihatan indah... Sedikit pun tidak akan kelihatan indah... Bayangkanlah dunia ini hanya diwarnai dengan kebencian... Tidak tahulah apa terjemahan warna bagi kebencian itu... Subhanallah... Dia Maha Menciptakan sesuatu... Dia yang Maha Indah amat menyukai perkara yang indah... Bagaimana pula dengan wajah yang kurang indah?? Adakah Allah benci??

Ramai yang telah datang kepada ana dengan berkata, "Kau lainlah... Kau ramai yang nak... Muka cantik... Aku ni?? Tak ada siapa yang sudi..." Jadi, ana telah berfikir lama dengan kata-kata teman ana itu... Mengapa ada yang diciptakan dengan wajah yang cantik dan kurang cantik... Akhirnya ana telah menemui jawapannya... Apakah cantik itu hanya pada paras sahaja? Tidaklah Rasulullah itu menyebut tentang pemilihan jodoh untuk kaum lelaki sekiranya cantik itu hanya pada wajah...  "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara ; kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya, kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia." {HR Bukhari dan Muslim.}

Cantik itu sesuatu yang subjektif... Bukan hanya pada rupa... Sekiranya rupa yang paling penting ini bermakna??? Maknanya tak kahwinlah ayah ana dengan mama ana sebab Aisywarya Rai lagi cantik... Betul tak??? Ana dah gelak dah ni... Kamu semua pun gelaklah juga... 

Ada sesuatu disebalik kecantikan itu... Paras hanyalah perspektif awal pada seseorang. Renungkan kisah ini...

Sedang berjalan tiba-tiba nampak awek cun lalu... Perghhh... Sampai teleng kepala pandang... Jangan tiru aksi ini ketika anda sedang menunggang motosikal atau memandu... Mula-mula minta nombor telefon lepas tu gayut, then ajak jumpa... Dating, dating, dating n dating... Dating memanjang... Lama-lama awek tu cakap camni "Kau kalau tak berduit jangan haraplah nak pinang aku!!!"     PANNGGGGG!!!! Berdesing ayat ibarat menerima tamparan maut di pipi... KEBAS.... Masa mula-mula jumpa, teleng. Ni nak berpisah bertambah teleng. MasyaAllah...

Cantik lagi tak paras perempuan itu? Tak lagikan?? Memanglah!! Sebab cantik itu bukan cuma pada rupa... Akhlaknya juga...... Perlu kelihatan cantik, indah, cun dan apa-apa sahajalah yang boleh diseertikan dengannya...

Apa yang menjadi masalahnya di sini... Janganlah terlalu mudah meragui diri sendiri... Allah telah menetapkan jodoh bagi setiap insan... Jangan berburuk sangka dengan Allah S.W.T.... Andai tidak cantik kita pada rupa kita tak berkuasa nak mengubahnya... Boleh kalau hendak mengubahnya tapi perlu mengambil risiko ALMURKA ALLAH ALDI ALAKHIRAT NANTI....ha... Nak??? Silalah... Sekarang ni ana dah tegur baru boleh cakap, kubur masing-masing ya... Hurm... Cantik di hati adalah yang paling utama... Jangan risau kekurangan lahiriah asalkan yang di dalamnya menawan....

Siapa kata ana tak pernah bercinta?? Dengan family memanglah... Itu satu kewajipan... Ana pernah kapel ya... Kapel zaman belum nak jadi manusia sangat... Orang kata cinta monyet... Sebab tulah belum nak jadi manusia sangat.... Alhamdulillah... Perpisahan itu membawa ana ke tepian ini... Terima kasih kepada dia yang telah memutuskan ana... Ini terima kasih yang betul-betul ikhlas dari hati... TERIMA KASIH sangat... Kalau tak, siapa tahu ana bagaimana orangnya sekarang ini?? Semasa mabuk bercinta, ya, lautan api sanggup kuredah... Apapun sanggup buat... Kerana kekhilafan itulah ana mengelak dari bercinta lagi... Ujian itu mendidik ana untuk terus bersyukur dengan ujian-ujian yang melanda setelahnya kerana ia ada hikmah di sebaliknya... 

Bagi sahabat-sahabat ana, oleh sebab inilah ana melarang keras para sahabat dari hanyut dipukul ombak rindu cinta yang tak pasti... Kekecewaannya sukar terubat... Ketika hati masih sayang hati ini bimbang, ke manakah rasa sayang itu akan membawamu... Jadi, maafkan ana andai teguran ana menyakiti hati sahabat... Bukan niatku tetapi ana sangat menyayangi sahabat-sahabat ana... Tidak sanggup melihat kamu terleka sepertiku... Dan sungguh hatiku begitu terluka tika kau bicara, "Aku tak secantik kau. Ramai lelaki gilakan kau. Aku ni muka macam tong sampah cukup bersyukur ada orang nak aku. Peluang sekali aku takkan lepaskan."