Thursday, December 29, 2011

My Family day with Muamalat Family....

Assalamualaikum semua... Allah... Hari2 hampir exam ni memang sangat menggemparkan hidup ana... Bila waktu tidur tak pernah berbaring dengan lena... Semuanya tergesa-gesa... Tetapi ana masih mahu meluangkan sedikit masa mengupdate blog ana ni...

Seminggu sebelum minggu kuliah berakhir kami seluruh warga JSP (Jabatan Syariah Pengurusan) atau mudahnya muamalat dijemput menghadiri satu majlis hari keluarga. Ia dilaksanakan demi menggabungjalin dan mengukuh ukhwah yang terbina antara seluruh warga JSP dari super junior hinggalah super senior. Ia dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa orang sahabat tidak dapat hadir kerana kesibukan urusan masing-masing. Berkumpul di fakulti undang-undang dan berjalan kadang kala berlari menuju ke stesen LRT universiti. Terasa lenguh kaki melangkah namun digagahkan jua. Tidak berhenti sekdar di situ. Kami menaiki LRT untuk menuju ke check point pertama di stesen taman jaya. Terkejar-kejar melawan para pesaing yang lain. Dalam gelak tawa kami berlari laju. Exploracelah katakan. Sekumpulan dengan senior yang sangat ramah tamah orang-orangnya sangat menyeronokkan. Akh Bieber, Akh D8, Kak Wani n Kak Niza... Sempoi... Kebetulan kami mendapat kumpulan undia berwarna pink maka layaklah kami menggelar kumpulan kami jambu. Pelbagai halangan kami lalui sepanjang checkpoint. Apa yang paling mencabar adalah menyambut sebungkus pasir yang entah berapa puluh kilo beratnya. Bagai nak patah tangan ketika mula-mula menyambutnya. Sangka ana ia hanya seberat bungkusan biasa. Tidak pula menyangka di dalamnya berisi pasir. Bagai terkeluar isi perut menyambutnya. Tetapi ana tetap gembira.

Kumpulan jambu, "JAMBU KE??" di checkpoint pertama.

Akh D8, ana, Kak Niza, Kak Wani, n Akh Bieber... Hahahaha
"Kenapa nama lelakinya pelik2 yer... xtw...tanya demo..."

My happy go lucky senior... Checkpoint hold small ball by chopstick... Memang kena bedung tangan siap2.


Sempoi....  Rehat jap....

Adeh... penat...


Cover album "zaman hingusanku..." Hehe

Senyummmmmmm.....

Please, whats ur name??? Give us know....



Panasla.....

Payung pink ana untuk group pink... JAMBU...

Nice.....

Ambik hadiah....

Yeah!!!! Thats us!! We r JAMBU is the WINNER.... Chayalah!!

This is my lovely friend.... Nabilah Razman....

Sempoiii....


Azliza...

My course mate...hehe

Ketibaan Dr. Azzah... Our ketua jabatan...

Budak nakal... Fatin Nabilah comel... Hehe

Persoalannya.... MUAT KERRR????

Ehem3...

My Lajnah Learder... Akh Azizi... 3rd year.... Nice person... Xpernah marah... Walaupun kadang2 kami 1st year nyebling....haha
Seronok sangat family day kami... Walaupun pergi dan balik terpaksa jalan kaki sampai kolej ke lapan ni tapi ana tetap puas hati... Terima kasih kepada para senior yang bersusah payah menganjurkan program ni untuk kami semua... Tahniah ya!!! For my self, ia adalah antara part termanis bagi sem 1 ni yang mampu buat ana tersenyum mengenangnya. Apa-apa pun. kami dah menang!! Alhamdulillah... Hehe....Jumpa lagi semua dalam post akan datang....  =))

Tuesday, December 27, 2011

Andailah dia ibuku....


Tubuh berasa rimas dan melekit dengan peluh yang membasah. Tuala kucapai. Hajatku ingin memandikan diri. Kuputar tombol pintu bilik. Langkah kuatur kemas keluar. Di hadapan sebuah bilik terbongkok-bongkok seorang wanita sedikit berusia sedang mengemas sampah yang berselerak. Tong sampah habis tergolek sedang sisa makanan penuh membanjiri lantai. Wanita separuh umur itu kadang mencangkung kadang juga berdiri tegak meluruskan pinggang. Sampah hasil anak gadis pelajar universiti yang berusia lingkungan 20an sedang dikutip oleh seorang wanita separuh umur. Layakkah?

"Assalamualaikum, makcik."

"Waalaikumussalam." Wajahnya manis mengukir senyuman.

"Saya tolong ya, makcik. Kasihan makcik. Tak mengapalah, makcik duduk dahulu berehat di mana-mana. "

Kubantu mengutip sisa makanan basi yang berterabur. Makcik itu hilang entah ke mana. Mungkin duduk berehat di mana-mana. Aku sekadar tersenyum. Dalam hatiku berasa sedikit tidak puas hati dengan ahli bilik yang tidak bertanggungjawab itu. Di mana mereka untuk mengemas ruang hadapan bilik mereka. Sampah mereka sendiri dan hadapan bilik mereka sendiri. Kenapa membiarkan orang lain yang membersihkannya? Makcik yang sudah separuh umur pula tu. Kesal dengan perbuatan mereka. Mereka sepatutnya mengambil berat tentang perihal kebersihan diri dan tempat tinggal. Ini tidak, keluar ke mana-mana waimah mahu ke kelas bergaya sakan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Walaupun biji mata yang sudah hitam itu diganti pula warnanya dengan berbagai warna lain demi mencantikkan diri. Sangat teliti dengan penampilan diri namun terlupa dengan kebersihan diri dan tempat tinggal. Kepada lelaki, jangan mudah tertipu dengan penampilan diri wanita yang mempesona kerana ia tidak menjamin bagaimana diri mereka yang sebenarnya. Sakit hatiku masih belum hilang. Tiba-tiba makcik tadi keluar dari tandas membawa sebatang mop. Dia berterima kasih kepadaku kerana membantunya membersihkan kotoran tersebut. Dia menyuruhku pergi menyambung kerjaku dan dia pula ingin menyambung kerjanya.

"Adik pergilah mandi. Tak apalah. Makcik dah biasa buat semua ni. Lagipun memang makcik digaji buat kerja ni semua."

"Makcik, makcik memang digaji buat kerja pembersihan tapi bukan membersihkan kotoran hasil anak-anak dara seperti kami ni. Kami minta maaf ya, makcik."

"Tak ada apa-apalah. Makcik tak kisah."

"Terima kasih ya, makcik sebab tanpa makcik pasti floor kami ni terlalu kotor. Para penghuni floor ni selalu ambil mudah kebersihan floor. Bagi mereka ada tukang cuci yang boleh bersihkan. Makcik pekerja bukan hamba. Saya kasihankan makcik."

"Tak apalah, nak. Makcik masih larat lagi buat kerja ni. Alhamdulillah jumpa anak ni kat sini hari ni. Terima kasih ya tolong makcik."

Aku tersenyum dan terus berlalu ke tandas. Sebentar kujengah dari celah pintu. Kulihat tubuh tua itu terbongkok-bongkok mengemop lantai yang kotor dan berbau. Sekiranya tiada dia masihkah anak-anak itu akan mengambil berat tentang kebersihan atau kemungkinan besar orang yang tidak suka kotoran seperti aku ini pula yang menjadi hamba mereka. Duhai perempuan... Benarkah kamu perempuan?? Apa yang lelaki pandang dan kejar pada perempuan sepertimu?? Aku hairan. Kutatap lama sosok tubuh itu. Mirip benar seperti ibuku di rumah. MasyaAllah... Andai benar ibuku yang melakukan kerja seperti itu, akanku arahkannya berhenti dari melakukannya dan aku pula lebih rela melepaskan pengajianku di universiti ini bekerja mencari sesuap nasi dari melihat ibuku diperhambakan sedemikian rupa.

Ya, mereka dibayar gaji untuk melakukannya tapi bukan untuk dipandang jelek dan sengaja diperhambakan. Kasihan... Sedihku melihat wanita itu. Andailah dia ibuku... Masihkah aku mahu menabur sampah supaya dia mengutip dan membersihkannya?? Astaghfirullahalazim......

Saturday, December 10, 2011

Misteri Cinta Aryana....



Mentari berlabuh di ufuk barat sedang bulan pula memuncul diri di lelangit tinggi. Selesai menunaikan solat maghrib berjamaah bersama teman-temannya, Tengku Hayyat mencapai kitab suci, al-Quran. Lembut suaranya menuturkan tiap bait kalamullah yang tertulis. Tiba-tiba terasa bergetar hatinya apabila bayangan wajah gadis itu menerpa ruang fikiran. "Astaghfirullahalazim..." Tengku Hayyat meraup muka. Bayangan gadis misteri itu kerap kali datang dalam setiap lena malamnya. 'Siapakah dia...'

Pada mulanya Tengku Hayyat menganggap ia hanyalah sebagai mainan tidur semata-mata namun bayangan itu kerap kali mengganggu tidurnya. Apabila diluahkan kepada sahabat baiknya, Adli menjawab ia hanya mainan tidur dan Tengku Hayyat terlalu memikirkannya membuatkan dia kerap bermimpi tentangnya. Biarlah ia begitu. Tengku Hayyat sudah tidak mahu mengambil pusing lagi.

Sudah terlalu lama bayangan wajah itu tidak muncul namun mengapa ketika ini? Tengku Hayyat menyentuh dadanya. Terasa degupan jantungnya kencang bergetar. Dadanya sakit. Tengku Hayyat beristighfar panjang. Al-Quran dalam pegangannya ditutup dan diletakkan di atas meja di hadapannya. 'Ya Allah, ujian apakah ini? Mengapa begini? Siapa dirinya? Mengapa jantungku kuat berdetak ketika mengingatinya?'


*******************************************************************


"Awak siapa?"

"Assalamualaikum, Hayyat."

"Awak siapa?! Kenapa awak selalu datang dalam mimpi saya?"

Gadis itu terus tersenyum manis. 'Subhanallah, indahnya...' Tengku Hayyat ta'jub dengan kecantikan gadis itu. Kelembutannya mempesonakan.

"Saya nantikan kehadiran awak di sana, Hayyat."

"Di sana?? Di mana?!"

Dia terus tersenyum dan menundukkan pandangannya. Sambil berpaling dia menutur salam dan terus berlalu pergi ditelan kekabus yang mengaburi pandangan.

"Nanti dulu! Jangan pergi!"

"Hayyat!! Hayyat!! Ya Allah.... Hayyat!! Bangun!"

"Nanti!!" 

Tengku Hayyat terjaga sambil tangannya seakan-akan menggapai sesuatu dan tercari-cari.

"Hayyat, istighfar banyak-banyak, Yat."

"Astaghfiullahalazim... Ana kenapa, Adli?"

"Kamu mengigaulah, Hayyat. Aku terjaga pun sebab kau asyik menjerit-jerit je. Apalah kau ni! Tidur tak basuh kaki ke? Mengigau macam orang gila je. Orang lain pun mimpi juga tapi tak adalah macam kau ni macam dah kena sampuk je."

"Maaf, Li. Ni dah subuh ke?"

"Subuh apa kebendanya? Baru pukul empat pagi. Kamu ni...."

Adli terus naik ke katilnya dan menyambung tidur. Tengku Hayyat meraup mukanya sambil beristighfar. 'Kenapa dengan aku ni, Ya Allah?' Tengku Hayyat terus bangun mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat.

"Ya Allah, kerap kali mimpi ini mengganggu lenaku. Siapakah gadis itu, Ya Allah? Apa kaitannya dengan diriku hinggakan dia selalu ada menemani malam-malamku? Tunjukkanlah cahayaMu, Ya Rabbi."

Azan subuh berkumandang sayup-sayup menggamati suasana pagi. Tengku Hayyat terus menunaikan solat subuh. Dia seakan-akan lemah ketika itu. Entahlah. Hatinya seakan-akan yakin bahawasanya gadis itu benar-benar wujud dalam dunia hakikat ini. Tetapi siapakah dia? Dimana dia akan menunggu kehadiran lelaki itu?

***********************************************************

"Enta nak ke mana pagi-pagi ni?"

"Macam biasalah, Yat... Mak aku hujung-hujung minggu ni kena keluar cari rezeki tambahan. Kalau tak siapa lagi yang nak sara hidup kami sekeluarga. Tu, adik aku yang terlantar sakit kat hospital tu. Siapa nak bayar kos rawatannya kalau mak aku tak cari duit lebih. Akulah kena bertanggungjawab jaga adik aku kat hospital tu sementara mak aku keluar. Ikutkan hati aku yang jahat ni Hayyat oi dah lama aku cabut je wayar oksigen adik aku tu. Masa tengah sihat, aku pun dia tak mengaku saudara. Tak guna punya adik. Dah sakit-sakit sekarang ni aku jugalah yang kena jaga dia. Tu kalau dah sedar dari koma tak sedar-sedar diri juga memang aku tembak je biar mati terus tak menyusahkan orang lain."

"Apalah enta ni, Adli. Tak baik cakap macam tu. Walau bagaimanapun dia, dia tetap adik enta. Satu-satunya adik enta tak ada yang lain tau. Sejahat-jahat dia ana yakin pasti jauh di sudut hatinya terselit walau sekelumit rasa penyesalan tu."

"Sebab aku fikir dia adik akulah aku tak lupakan tanggungjawab aku ni, Hayyat. Entahlah. Aku tak tahulah apa masalahnya dengan adik aku tu. Sejak pemergian arwah ayah sikap dia terus berubah. Aku tak tahulah kenapa. Mak aku pun dah pening dah tak tahu nak tegur macam mana lagi."

"Ada hikmahnya dia sakit ni, Adli. Sekurang-kurangnya walau terbeban sedikit dengan masalah kewangan mak kau masih boleh bernafas lagi kerana adik kau dah tak mampu nak membebankan hati dia."

"Betul tu, Hayyat. Kau nikan Hayyat selalu je boleh lembutkan hati aku dengan ayat-ayat kau tu. Terima kasih ya, Yat. Kaulah sahabat terbaik aku. Nasib baiklah aku dapat sebilik dengan kau kalau tak aku tak adalah nak kenal kau, Yat."

"Ada-ada sajalah enta ni, Adli. Elok-elok bawa motorsikal tu. Jangan bawa laju-laju sangat."

"Ya, Hayyat. Aku ingat pesan kau. Tapi, Hayyat..."

"Tapi apa?"

"Kalau apa-apa jadi kat aku, kau ambil jelah aku punya laptop tu, ya. Aku sedekah. Sekurang-kurangnya ada jugalah benda baik yang aku buat sebelum aku pergi. Aku ni pelajar biasa tak macam kau budak agama. Apalah sangat pahala yang aku buat kat dunia ni. Adik aku, kau tolong jaga ya. Aku sayang sangat dengan dia sebenarnya walaupun dia tak pernah anggap aku ni abang kandung dia."

"Apa enta mengarut ni?? Janganlah cakap macam tu. Enta suka buat ana rasa bersalah, kan? Selalu juga buat ana tak sedap hati."

"Sebab aku ni Adlilah aku buat macam tu. Kalau aku bukan Adli aku tak buat macam tu. Tapi mengingati mati tukan satu tuntutan. Tak salahkan kalau sekali sekala ingat mati."

"Adli....."

Wajah Adli ditatap lama. seakan-akan sangat mendalam pesanannya. Mengapa? Matanya seakan-akan berkaca. Kenapa? Tiba-tiba Adli memeluk Tengku Hayyat. Kejap dan erat rangkulannya. Tengku Hayyat tidak sedap hati. Dia tidak membenarkan Adli keluar namun Adli berkeras juga mahu pergi. Tanggungjawabnya sebagai abang tidak pernah diabaikan. Dia seorang yang mulia sebenarnya walaupun kadangkala sikapnya serba tidak kena pada pandangan Tengku Hayyat. 

"Assalamualaikum..." Adli mengucapkan salam. Tengku Hayyat menjawabnya sambil matanya menatap pemergian Adli.

********************************************************

Hari sudah lewat petang. Adakah Adli tidak pulang ke asrama hari ini? Tengku Hayyat berjalan ke hulu ke hilir. Kebimbangannya semakin menebal. Fikirannya asyik terarah kepada apa yang telah dikatakan oleh Adli pagi tadi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan dari telefon Adli. Tengku Hayyat tersenyum lebar. Hatinya yang bimbang berubah girang.

"Assalamualaikum, Adli. Ya Allah... Enta kat mana ni? Tak balik-balik lagi. Tidur kat rumah ke?"

"Waalaikumussalam... Hayyat ke ni... Ni mak Adli."

"Ha... Ya... Saya Hayyat, makcik."

"Hayyat, makcik nak sampaikan pesan Adli. Kamu jangan bersedih, ya. Adli minta kamu supaya berjanji kamu akan mengingati dia selalu... Adli...."

Suara di sana seakan-akan sayup-sayup kedengaran. Tengku Hayyat seakan-akan hilang sedar. Telefon bimbit di tangannya terlepas begitu sahaja. Kebimbangannya tadi ternyata benar. 'Adli....' Air mata lelakinya mengalir mengiringi pemergian sahabatnya. 

"Ya Allah, tabahkan hatiku. Gantikan tempatnya dengan sahabat yang lebih baik yang mampu mendekatkan aku kepadaMu... Semoga redhaMu kau berikan buat dia sahabatku... Ya Allah...."

*******************************************************

Buat pertama kalinya setelah tiga tahun, Tengku Hayyat menjejakkan kaki ke hospital ini demi menunaikan pesanan Adli sebelum pemergiannya.

"Assalamualaikum, kak. Tumpang tanya, Aryana Hasyimah binti Ismail wad berapa,ya?"

"Sebentar, ya. Aryana Hasyimah, ya?"

"Ya, kak."

"Wad ICU, bilik nombor 12, dik."

"Terima kasih, kak."

"Eh, sebentar ya, dik."

"Kenapa, kak?"

"Maafkan saya. Melalui laporan terbaru ni dia dah dipindahkan ke wad biasa bilik bernombor 22 kerana dia dah sedarkan diri semalam."

"Yeke? Alhamdulillah. Terima kasih ya, kak."

"Sama-sama."

Tengku Hayyat berjalan meninggalkan kaunter mencari wad yang dimaksudkan. Pintu bilik tersebut dibuka perlahan sambil memberi salam. Kepalanya menjengah ke dalam tetapi tiada sesiapa di dalam bilik itu. Tengku Hayyat melangkah masuk. Sejambak bunga ros merah yang dibawanya dikeluarkan dari bungkusannya dan diletakkan dalam pasu. Cantik. Tengku Hayyat tersenyum. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Kedengaran bunyi gelak tawa. Tengku Hayyat berpaling ke belakang memandang ke arah pemilik suara yang menegurnya. "Subhanallah.........." Gadis di hadapannya mengukir senyuman. Manis. Tengku Hayyat ternganga memandang ke arahnya. 'Dia yang selalu hadir dalam mimpi-mimpiku.'

"Hayyat.... Silakanlah duduk." Puan Asma' ibu kepada arwah Adli menegurnya sambil memimpin Aryana Hasyimah menuju ke katil.

Pandangan Tengku Hayyat tidak beralih. Masih ke wajah gadis itu. Terasa diri seakan-akan bermimpi di siang hari. Subhanallah....

"Abang Hayyat, terima kasih atas semua bantuan abang pada kami sekeluarga selama ni. Saya tak tahulah. Saya rasa semua ni satu keajaiban. Saya tak ingat apa yang berlaku. Apa yang saya ingat kereta tu laju datang ke arah saya dan saya hanya mampu berdiri di situ dan menunggu. Abang, terima kasih ya. Kalau abang tak tanggung semua kos rawatan saya, saya tak tahulah apa akan jadi pada saya sekarang ni. Mungkin saya juga akan menyusul abang saya di sana."

"Jangan cakap macam tu! Tolonglah jangan cakap macam tu. Cukuplah hanya arwah Adli yang berkata begitu pada ana. Ana dah tak sanggup lagi."

"Maafkan saya, abang Hayyat. Abang, tentu abang Adli selalu cerita tentang saya, kan? Betapa saya ni jahat pada dia. Jahat pada mak saya. Entahlah, bang. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh benci sangat dengan dia. Pada masa tu, bila arwah ayah saya tinggalkan kami saya rasa macam tak ada sesiapa lagi dah yang sayangkan saya. Apa yang saya tahu, mak cuma dengar cakap abang saja sedangkan saya mak sedikitpun tak ambil peduli. Apa perasaan saya mak tak pernah pun nak ambil tahu. Tapi sekarang saya dah sedar, saya bersalah sebab saya boleh bersangka buruk pada orang-orang yang sayangkan saya. Semuanya disebabkan kasih sayang Abang Adli yang tak terbatas untuk saya. Ketika saya sedar, orang pertama yang saya paling taknak tengok adalah dia dan akhirnya hajat saya termakbul kerana Allah telah mengambil dia dari pandangan saya selama-lamanya sejak tiga tahun yang dulu. Sekarang, saya harap saya dapat bertemu dia lagi tapi semua tu mustahil, kan? Saya... Saya tak tahu bagaimana saya boleh benci orang yang paling sayangkan saya dan ambil berat tentang saya. Saya tak sempat minta maaf pada dia." Air mata gadis itu bercucuran jatuh.

"Aryana, Adli kadangkala lelah juga dengan sikap kamu tapi dia tak pernah menunjukkan betapa dia kecewa dengan kamu. Dia selalu khabarkan kepada abang betapa sayangnya dia kepada kamu. Walaupun dia dah pergi tapi kenangannya tetap ada bersama kita semua. Janganlah ditangisi pemergiannya sebaliknya doakanlah semoga dia tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang diredhai."

"Ya, bang..."

Air matanya masih lagi mengalir perlahan di pipi. Matanya melihat ke luar cermin tingkap memandang sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain layang-layang bersama. Tiba-tiba Aryana Hasyimah bersuara perlahan...

"Dulu abang selalu buatkan layang-layang kecil untuk Aryana terbangkan. Dia cakap, dia akan mencipta mimpi untuk Aryana dan Aryana yang akan menggapainya. Aryana sayang abang...."

Air mata itu semakin laju menyusuri pipinya. Terasa pedih hati Tengku Hayyat melihat kesedihan itu. Serasa ingin sahaja dia menyeka air mata itu dari terus mengalir. Arwah Adli sememangnya insan yang baik. Hatinya mulia walaupun dia tidak pernah mempamerkannya dengan jelas. Tengku Hayyat bingkas bangun meninggalkan bilik itu. Air matanya turut mengalir. Ingatan pada arwah sahabatnya itu masih menebal dalam hatinya.

*****************************************************

'Benar, Adli. Engkau selalu mencipta mimpi dan insan-insan di sekelilingmu yang akan menggapainya. Dan mimpiku yang telah Allah hadiahkan buatku engkau menjadi perantaranya dan akhirnya mimpi itu telah menjadi hakikat di hadapanku. Izinkan aku, Ya Allah menjadikan dia Aryana Hasyimah binti Ismail sebagai suriku. Telah lama bidadari itu menanti kehadiranku di sisinya....'


Friday, December 9, 2011

Dia Edi Efpandi....

Masyaallah... Penat sangat hari ni... Tapi Allah permudahkan hari ini untuk memperoleh ilmu... Esok hari jumaat dah tak ada kelas... Hurm... Tak tahulah... Terasa penat sangat... Sepanjang masuk ke UM kL ni... Banyak sangat kerja bertimbun-timbun. Setakat business sahaja dah ada lebih kurang 10 kerja termasuk asignment, kerja rumah, artikel, slide, pembentangan dan lain-lain. Mujur ada sahabat paling baik dan dekat dengan ana... Edi Efpandi yang telah lama ana kenali dia dengan budi yang baik dan sikap caring serta kesopanannya.... Dia sentiasa memberi dorongan dan semangat buat ana. Walaupun terkadang tak terlayan akan dia kerana tak menang tangan dengan kehidupan di sini namun dia sentiasa dalam ingatan. Jangan sedih ya, sahabat. Tak bermakna tiada khabar dari ana bermakna ana tidak teringat tentang kamu. Semua sahabat ana sentiasa ana rindui.

Edi Efpandi, My best friend!!!

Dia bukanlah manusia luar biasa tetapi dia merupakan sahabat luar biasa ana antara sahabat-sahabat luar biasa yang lain. Untuk dipendekkan cerita, ana bertemu dengan dia dalam satu program sekolah ketika berada di sekolah menengah dulu. Kami merupakan pelajar dari sekolah yang berlainan. Namun telah ditakdirkan ana bertemu dengannya dan bersahabat baik sehingga ke hari ini. Dia merupakan seorang yang paling memahami diri ana walaupun terkadang dia sedikit tersinggung dengan sikap ana yang selalu acuh tak acuh sahaja tapi percayalah, bukan mudah untuk menjaga satu-satu perhubungan yang berkaitan dengan Ikhtilat Islamiyyah. Pandangan orang perlu juga dijaga dengan menjaga sendiri sikap kita. Sekiranya kita tak menjaga diri sendiri dengan mudah orang akan mengata. Tetapi mulut manusia siapa yang boleh menutupnya. Walau ke mana pun kita pergi takkan boleh untuk kita lari dari perkataan orang lain. Apa-apa pun, Edi Efpandi merupakan the best "boyfriend" i ever had. Thanks sangat sebab sudi jadi sahabat ana ni yang selalu bersikap ambil mudah tentang perasaan lelaki kamu tu. Ana mendiamkan diri bukan bermakna ana benci tetapi berdiam diri itu lebih baik bagi perhubungan lelaki dan perempuan kita ni. Post ni khas didedikasikan buat sahabat ana bernama Edi Efpandi. You are my best fren, sometime you can be my enemy, sometime then you can be my partner. What the heart i said, just thanks to become my friend. Well then, you are nice and kind person... Kind much2 for me... Thank You! Alikato! 

Friday, December 2, 2011

Cinta dalam hati....



Menyintai seseorang dalam diam merupakan satu perasaan yang sukar diterjemahkan. Kadangkala hati terasa sedih dan pedih. Kadangkala juga hati bisa menjadi  suka dan bahagia. Apabila terpandangkan dia nun jauh di sana hati kita seperti diisi dengan bunga-bunga cinta di taman kejora. Namun apabila dia tidak kelihatan, fikiran mula gelisah sedang mata meliar mencari di mana keberadaannya. Begitulah indah dan sakitnya bila aku jatuh cinta namun dipendam demi menjaga rasa malu dan hati yang bimbang andai si dia sudah termiliki hatinya. Hati... Hati merupakan satu dari komponen tubuh yang sangat sukar menterjemahkan isinya. Kadangkala mulut bicara namun hati menidakkannya. Akal sendiri tidak mampu mengetahui apa mahunya hati ini. Cinta... Cinta itu indah. Sesiapa yang tidak memiliki cinta dia bukan manusia biasa. Cinta hadir melalui hati yang hanya hati sahaja tahu apa mahunya ia. 

Telah datang kepadaku seorang gadis manis dengan air mata yang bercucuran selebat hujan di luar sana. Kusentuh lembut tangannya lalu kugenggam erat. Kupeluk tubuhnya rapat. Kesedihan dan segala kesakitannya dilepaskan dibahuku melalui air mata. Basah bajuku tidak sedikit kupedulikan. Hanya hatinya sahaja yang ingin kupujuk walau tidak kutahu apa sebabnya kesedihannya itu. Kubisikkan lembut ke telinganya lafaz zikrullah demi menenangkan hati yang sukar diterjemah itu. Sendunya semakin surut namun lebatnya hujan di luar masih selebat tadi begitu juga hatinya. Walau air matanya sudah cuba dikeringkan namun hatinya itu masih terasa sakitnya. Kukesat air mata di pipinya dengan jemariku. Lembut. Matanya memandang ke dalam mataku seakan-akan meminta supaya kubantu dirinya. Supaya kutenangkan dia. Lalu aku pun bersuara.

"Tiada sesiapa yang dapat menenangkan dan membantu dirimu melainkan hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Berjumpalah denganNya terlebih dahulu. Rayu dan luahkan kepadaNya. Aku tidak bisa memahami apa mahunya hatimu. Allah itu tahu apa perancanganNya dan apa ciptaanNya mahukan. Bukan aku."

Hati yang turut sama sakit sedikit terpujuk apabila si manis itu mahu berjamaah denganku bertemu dengan Kekasih agung. Setelah sekian lama dia meninggalkan persujudan ini aku gembira dengan kesakitan ini Allah berikan jalan mudah baginya kembali mengingati Dia yang Maha Memiliki tiap-tiap hati.  Kupalingkan wajah memandangnya setelah salamku ke kiri dan kanan bahu. Tubuh yang sedang sujud itu sedang bergetar seakan-akan habis seluruh rasa hatinya diluahkan kepada Yang Maha Mendengar. Air mataku turut menitis melihat betapa dalamnya kesakitan gadis itu walau dia pernah menjadi orang yang paling membenci diriku. Dia pernah membuat diriku terasa seperti sampah dalam masyarakat Islam akhir zaman ini. Namun Rasulullah telah mengajarku dan semua umatnya supaya bersifat dengan sifat pemaaf dan mengawal rasa amarah. Begitu hebat Rasulku dia Rasullullah. Subhanallah. Tak terluah betapa cintanya aku kepadanya. Andai dia masih berada di sisiku. Aku Khadijah akhir zaman ini mendamba cintanya sebagaimana cintanya kepada Khadijah, bidadari syurganya.

"Kak, maafkan saya."

"Tidak perlu meminta kata maaf itu kerana akak tak pernah memendam rasa sakit dulu. Ianya telah berakhir setelah melihat keangkuhanmu dirapuh oleh sujudmu. Terima kasih..."

"Kak...."

"Ya..."

"Kenapa akak sebaik ini?"

"Akak tak pernah menjadi baik tetapi sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik. Andai matamu melihat diri ini sedemikian rupa ingatlah, sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sering juga melakukan khilaf. Jangan memandang mulia diriku kerana bimbang andai sekali berlakunya khilafku maka kau akan membenciku."

"Kak.... Masih adakah yang mahukan saya?"

"Kenapa, sayang..."

"Saya kotor, kak. Akak pasti jijik dengan saya apatah lagi Allah."

"Jangan berburuk sangka dengan Allah, adikku."

"Tapi kak... Saya dah buang maruah diri saya, maruah keluarga saya. Saya dah sapukan arang di wajah kedua ibubapa saya. Saya dah berzina, kak. Saya dah buang keperawanan saya. Saya malu, kak. Lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab. Katanya saya hanya barang yang tiada harga. Boleh didapati secara percuma di mana-mana. Kak, masih adakah lelaki yang mahukan saya? Saya takut, kak."

"Tidak perlu risau, sayangku. Jangan takut atau bimbang dengan pertanyaan masih adakah lelaki yang mahukan kamu sebaliknya risaulah sekiranya masih mahukah Allah padamu. Taubat itu adalah satu jalan terbaik setelah melakukan khilaf. Bersihkan dirimu di hadapanNya. Jangan berburuk sangka dengan Allah. Allah pasti menerima taubatmu sekiranya benar-benar kamu mahu kembali padaNya. Pasti Dia akan memberikan jalan yang terbaik bagimu."

"Kak.... Terima kasih...."

Erat dia merangkul tubuhku. "Terima kasih, Ya Allah..." Allah itu sentiasa ada bersama tiap-tiap hati yang mengingatiNya. Tidak kiralah sebesar manapun dosa yang dilakukan oleh hambaNya. Subhanallah... Betapa mulianya Dia. Cintaku padaMu, Ya Allah sudah tidak mampu dipendam lagi. Kuluahkan kepadaNya betapa mahunya aku akan cintaNya. Aku mendamba cintaMu, Ya Allah. Biarlah semua makhluk tidak mengerti apa mahunya hatiku namun aku mendamba hanya cintaMu. Andai rasa cinta yang bertapak dalam hatiku buat insan itu, biarlah dia merupakan hambaMu yang turut sama mendamba cinta dariMu. Aku mahukan dia Adam itu membantu aku mendapatkan cintaMu, bukan menjauhkan aku dari sisiMu. Aku ini... Hanya manusia.... Manusia yang penuh khilaf punya hati yang berisi cinta... Cinta yang besar terluah buatMu namun terpendam buat adam itu demi menjaga hati dan imanku sendiri agar tidak terlalai dan tersasar jauh dari jalan hidayahMu....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
( Surah al-Baqarah ayat 216).



Sunday, November 27, 2011

Hidup anak kampung...



Subhanallah... Terasa lenguh dan pegal seluruh badan tapi dikuatkan jua semangat kembali ke UM sementara ramai sahabat-sahabat masih bercuti bersama keluarga. Apabila sampai sahaja ke hadapan pintu bilik ana mengucapkan syukur yang tak terhingga kerana Allah s.w.t melindungi ana sepanjang perjalanan pulang tadi tetepi setelah masuk ke dalam bilik hati ana terasa seperti ketinggalan dan kehilangan sesuatu. Apakah dia? Ya, senyuman mama dan tawa seluruh ahli keluargaku menyambut kepulangan ana di rumah. Selama dua hari berada di rumah tidak sedikitpun masa ana disia-siakan begitu sahaja. Ada saja aktiviti yang akan dilakukan. Setibanya di rumah pada jam 8 malam selesai menunaikan segala tuntutan ana duduk berbual bersama keluarga berkongsi cerita. Keesokan harinya selepas solat asar, ana diajak oleh mama untuk memancing ikan di parit yang berada berhampiran dengan rumah. Ana sangat suka memancing sejak dari kecil lagi. Semuanya disebabkan oleh minatnya mama dan abah ana memancing jadi anak-anaknya turut sama menjadi kaki pancing. 

Sedang seronok memancing apabila patukan ikan tidak berhenti-henti mengena pada pancing ana tiba-tiba mama mengajak ana balik. Katanya langit sudah gelap di bahagian sebelah sana. Ana menjawab dengan pelbagai alasan supaya dapat melengah-lengahkan ajakan mama... Hehe... Orang dah gila memancing satu hari pun dia sanggup tunggu apatah lagi apabila rezki tidak putus-putus diperoleh. Sedang kilat sabung menyabung di langit ana juga sedang bertarung dengan pancingan ana. Apabila diangkat ternyata seekor ikan puyu sebesar telapak tangan mengena pada umpan... Alhamdulillah... Tiba-tiba MasyaAllah... hujan lebat turun secara tiba-tiba... Ana tergelak besar apabila melihat mama menggelabah mengemas alat-alat memancing kerana hujan semakin lebat. Ingin lekas-lekas pulang. Ana pun membawa motor sedang mama duduk di belakang dan adik kecilku berada di tengah-tengah... Sedang membawa motorsikal LC milik abang ana, ana mendongak ke langit memerhati hujan yang turun dengan lebat... Basah wajah ana dipukul dek hujan. Habis lencun seluruh badan. Semuanya kerana gila memancing punya pasal. Tapi agak sedih ana rasa sebab baru memperoleh ikan sebesar itu sudah terpaksa rela untuk pulang.

Hari ini pula pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah keluar ke kebun kami yang terletak di Bukit Tinggi berhampiran dengan UNISEL, Bestari Jaya. Jalan agak kering kerana hujan masih belum turun. Kami mendaki bukit untuk sampai ke kebun abah di puncak sana sedang abang ana memandu kereta Ranger kami naik ke atas. Sekiranya ana punya kekuatan yang tinggi setinggi bukit itu sudah tentu ana naik kereta bersama abang ke atas namun kerana kecut perut dan cuaknya membuatkan ana, mama, makcik, adik dan sepupu lebih sanggup berjalan kaki mendaki bukit.










Seronok melihat buah-buahan yang sedang masak ranum di pokok dan buah durian yang banyak jatuh. Apa yang pertama sekali ana kejar adalah sebiji durian yang telah jatuh ke atas tanah. Maklumlah, hantu duriankan... Oleh sebab itulah abah mengusahakan dusun buah-buahan ini kerana dia tahu anak-anaknya gila makan buah selain dari gila memancing... hehe... Aduh... Sangat penat.... Berjalan dari satu pokok ke satu pokok meredah lereng bukit mencari mana-mana buah durian yang telah gugur sesekali ana juga gugur seperti nangka busuk kerana lereng bukit yang agak curam di samping memanjat pohon manggis memetik buahnya yang telah masak hitam memerah. Dah macam-macam aksi dah... 

Sangat seronok pulang ke rumah. Ana tak pernah ada keinginan untuk tinggal di bandar kerana hati ana sangat menyintai suasana kampung yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kekecohan manusia selain dari dapat menikmati rezki hidup di kampung dengan pelbagai aktiviti berfaedah dapat dilakukan bersama keluarga. Andai diberi pilihan, hidup di kampunglah yang ana pilih. Apa yang menjadi kekeliruan dan keanehan fikiran ana sekarang, apakah yang menyebabkan anak-anak bandar (tak semua tetapi kebanyakannya) sangat bangga dengan kehidupan bandarnya sedangkan ia tidak membawa apa-apa yang boleh dibanggakan melainkan kuragnya perhatian ibubapa kerana karier yang menyibukkan mereka serta kemodenan dan keterdepanan bandar dengan teknologi baru yang melalaikan. Bukan bermakna ana mengutuk anak bandar kerana mereka juga asalnya dari kampung tapi tidak perlulah meninggikan benar hidung yang sudah sedia tinggi itu. Minta maaf atas kata-kata ini tetapi ana mempunyai pengalaman berada dalam kalangan anak-anak bandar yang suka membangga-banggakan apa yang mereka ada. Ok, diterima tapi tak semua yang anda semua banggakan itu baik untuk anda sekiranya anda menggunakan kemodenan itu sehingga menjadi satu budaya baru kepada masyarakat melayu iaitu hedonisme. Dalam kalangan manusia seperti itu terselit juga beberapa sahabat dari bandar yang sangat sukakan kehidupan kampung dan teringin benar hidup di kampung. Bagi mereka ini, rumah ana sentiasa terbuka untuk menerima tetamu.

Apa yang ana tahu, ana hanya anak kampung yang tidaklah sehebat mana cuma ana suka turun memancing, menyangkul dan berkebun. Jadi, ana bangga dengan apa segala kekurangan dan kelebihan ana. Inilah budaya hidup ana di rumah dan kepada sesiapa yang ingin mencuba, sila tiru aksi ini... he... jemputlah ke rumah... Wassalam....

Friday, November 25, 2011

Terima kasih......... jawabnya sama-sama tau...









Sedang duduk-duduk di beranda rumah berbual dan bergelak ketawa bersama abang saudara ana ketika beberapa ahli keluarga yang lain sedang lena menyambung tidur selepas solat subuh tadi tiba-tiba telefon bimbit ana berbunyi... Mesej masuk... Ana pun membuka mesej tersebut... Tersenyum membacanya... Hati ana tambah girang...

"Matahari kian meninggi di ufuk timur...
Kicauan burung girang memeriah suasana...
Matahari tidak pernah terlupa...
Tidak kelamaan meninggi di atas lelangit...
Menyuluh sekalian cinta yang buta...
Wajahmu terbayang di ruangan akal...
Apa khabarmu duhai gadis...
Semoga harimu bahagia...
Walaupun mentari kan terbenam di barat sana...
Kuhajatkan moga senyumanmu sentiasa mekar di wajah itu...
Kerna antara yang terindah adalah senyumanmu...
Apabila malam nanti menjelma...
Akan kupetikkan bebintang di langit...
Sebagai mahar senyumanmu buatku..."

Pagi bertambah indah dengan karangan puisi indah dari sahabatku... Subhanallah... Sangat menyentuh hati karangannya... Membuatkan permulaan hariku suatu yang kurasakan sangat bererti... Dan berbeza dengan hari-hari yang lain... Terima kasih sahabat...

"Hai, tersengih-sengih je. Dapat mesej dari pakwe ke?" Abang saudaraku mengusik.

"Kenapa? Jeles ke tak ada orang nak mesej dia? Taklah... Nah, baca..."

Terkebil-kebil Abang Cik membaca tulisan sahabatku. Bibirnya mengukir senyum. Dia mengembalikan telefon bimbit kepadaku. Tidak henti-henti dia memuji sahabatku lantas dia bertanya perihal sahabat-sahabat yang selalu mendampingiku... Lalu kujawab kepadanya...

"Kita ni cuma orang biasa yang memiliki sahabat juga manusia biasa dengan akal yang biasa namun memiliki jiwa dan hati yang luar biasa.... Manusia biasa senang dijumpai di merata tempat di dunia tapi manusia biasa dengan jiwa dan hati yang luar biasa hanya segelintir sahaja... Rasulullah telah bersabda, beruntunglah bagi ghuraba'(orang yang asing) itu... Walaupun kita tak berapa nak asing tapi berkawan dengan orang-orang asing seperti mereka membuatkan kita sedikit merasa perasaan keterasingan tu..."

Abang Cik hanya tersenyum dengan penjelasan ana... Faham ke tak agaknya dengan maksud asing yang ana terangkan padanya tu. Dia bertanya padaku, "asing yang dimaksudkan tu apa?"

"Asing tu ada maksud yang ulama' tafsirkan secara detail tapi mengikut apa yang kita faham asing tu bermaksud menghidupkan Islam dalam budaya manusia yang telah terbiasa dengan kebiasaan perilaku, sifat, cara hidup dan lain-lain. Sewaktu kedatangan Islam kaum Arab telah terbiasa dengan budaya Jahiliyyah mereka. Islam datang dengan sesuatu yang baru yang boleh dikatakan sebagai asing bagi mereka. Sukar menerimanya tetapi ada keistimewaan padanya. Begitu juga sekarang, kita dah terbiasa dengan budaya hidup kita contohnya pergaulan lelaki dan perempuan tapi bila golongan asing ni ada antara kita mereka menjaga batasan pergaulan mereka yang kita nampak dia terlalu asing pada kita. Tak kurang juga contohnya wanita-wanita yang bertudung labuh kelihatan asing dalam pandangan orang-orang yang sudah terbiasa dengan budaya pemakaian tudung pelbagai fesyen. Kelihatan asing, kan? Tapi Rasulullah bersabda beruntunglah bagi orang-orang yang asing."

"Ohhhh..."

Abang Cik mengangguk tanda faham. wajahnya cukup jelas menunjukkan puas hati dengan jawapanku. Sekurang-kurangnya ada sedikit ilmu dan terselit sedikit tazkirah buat abang saudaraku di pagi hari ini.

"Apa ya perasaannya berkawan dengan orang-orang macam tu?"

"Maksud Abang Cik orang-orang macam tu tu apa?" Sedikit kehairanan.

"Hurm... Malsudnya macam alim-alim gitu..."

"Oh... Sebenarnya, Rasulullah juga ada bersabda. Sekiranya kita bersahabat dengan tukang besi maka berbaulah kita sama sepertinya, berbau besi. Sekiranya kita bersahabat dengan penjual minyak wangi berbaulah kita sepertinya iaitu berbau wangi. Nak jelaskan di sini sahabat yang ada di sekeliling kita adalah cermin pada bagaimana sikap dan akhlak diri kita. Tapi janganlah sekali-kali mengenepikan mereka yang kurang agamanya kerana mereka itu memerlukan penjual minyak wangi untuk mereka berkawan dengannya."

"Kau ni pandai ya bercakap? Kau kat UM tu masuk pidato ke?"

"Taklah... Cuma budak yang belajar agama rata-ratanya pandai bercakap sebab selalu berbincang tentang isu-isu agama bukan saja secara formal tapi secara tak formal juga. Jumpa kat kantin, mula berbincang isu-isu semasa dari segi pandangan masing-masing berdasarkan ilmu agama yang ada. Itu saja. Macam tulah pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam gilap bakat bercakap."

Ana dan Abang Cik sama-sama tergelak. Lucu kedengaran ceritaku tapi ana memaksudkan apa yang ana katakan. Jadi, ana sangat bersyukur sebab memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa menegur apa yang ana lakukan salah kerana sahabat yang takut membetulkan apa yang salah pada sahabatnya bukanlah sahabat yang baik tetapi sahabat yang membawa sahabatnya menuju kepada kehancuran. Jadi, untuk berterus terang di sini ana tak pernah ada sahabat yang betul-betul baik dan rapat dengan ana dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dari dalam kalangan perempuan. Rata-ratanya semua lelaki. Tetapi setelah menginjakkan kaki ke Nilam Puri, sahabat perempuan ana semakin ramai tak kurang juga sahabat-sahabat dari sekolah rendah dan menengah yang kembali berhubung dan kami semakin dekat dan rapat. sekarang ana punya ramai sahabat dalam kurungan sahabat perempuan. He... Maklumlah, dulu ana tak pandai bergaul dengan perempuan dan kebanyakan perempuan tak dapat menerima sikap ana yang agak sedikit kasar dan cakap main lepas. sebab terjadinya begitu, ana lahir dalam adik beradik yang semuanya lelaki dan ana seorang sahaja perempuan. Apabila duduk dalam kalangan sepupu-sepupu, ana seorang sahaja yang berkategori jantina perempuan. Nah, kasihan... Tapi begitulah ceritanya...  So, kepada semua sahabat-sahabat ana yang ana kenali samada yang rapat atau tidak, percayalah sesungguhnya ana menyayangi kamu semua... Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku...

Wednesday, November 23, 2011

Facebook = Muka buku, muka Islam?? FaceIslam...


Assalamualaikum w.b.t.... Subhanallah... Lama sangat ana tak menulis di blog ni. Ana minta maaf ya semua... Maklumlah, ana masih seorang pencari ilmu... Mana mungkin ada banyak masa yang terluang apatah lagi hari semakin hampir dengan penghujung semester. Sepanjang masuk ke Universiti Malaya di Petaling Jaya ni ana rasa banyak perubahan yang berlaku bukan cuma pada persekitaran malah diri ana sendiri... Mujurlah masih berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang masih perihatin perihal sahabatnya... Apa yang salah dibetulkan bukan yang salah dianggukkan sahaja... Itu bukan sahabat namanya tapi pembunuh... agak kasar tapi ia hakikat yang mesti diterima... Sekiranya menyayangi sahabat kita kita mestilah menjadi seorang yang kuat untuk menegur kesilapan sahabat kita... Bukan dibiarkan kerana takut hatinya akan terluka... Biar terluka sekarang jangan terluka nanti...

Hari ini diberikan sedikit masa untuk mengolah buah fikir... Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran ana sekarang... Cuba juga meluangkan sedikit masa walaupun jam sudah berdetik menunjukkan pukul 12.15 a.m. Esok hari ana diminta untuk mengikuti lawatan ke Institut Integriti Malaysia... Semoga Allah s.w.t menyelamatkan perjalanan kami pada esok hari...

Sahabat-sahabat, ana minta maaf ya kerana terpaksa men'deactive'kan Facebook ana... Ramai yang bertanya, "Kaetrinasalwa pergi mana? x online ke? Kenapa deactive? Ada masalah dengan sesiapa ke? Ada sesiapa yang ganggu ke?"

Jawapan untuk yang terakhir tu, tak ada sesiapa yang mengganggu cuma ada sesuatu yang mengganggu... Marah tak antum semua kalau ana katakan Facebook sekarang dah jadi satu medium penyebar bahan lucah... Terus terang tak ada tapis-tapis lagi ya... Ana sangat bersetuju dengan pendapat para pensyarah ana dari Nilam Puri seperti Ustaz Hazrul, Ustaz Khairul Akhbar, Ustazah Wan Rohani dan lain-lain bahawasanya Facebook sekiranya digunakan dengan baik maka baiklah jadinya dan sekiranya digunakan dengan sebaliknya maka buruklah jadinya... Sangat bersetuju, totally!!... Tapi ana memilih untuk deactive sebab selama ini ana cuba sedaya upaya menggunakan facebook sebagai satu medium perantaraan dengan baik tapi apa yang menjadi masalahnya adalah unsur-unsur luar yang masuk campur seperti virus2 dan group ataupun wall lucah semakin melambak-lambak di pasaran facebook yang boleh didapati secara percuma dan tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana ia akan datang sendiri kepada kita... MasyaAllah... Apa yang menjadi kehairanan di sini... Para lelaki yang bergelar MUSLIMIN sangat suka melihatnya dengan pelbagai komen2 yang menunjukkan SUKA pada perkara tersebut...

Tidak dinafikan ada juga insan2 yang mengambi berat tentang isu ini turut komen pada gambar2 jelek tersebut meminta supaya dibuang dan melarang mempamerkan gambar2 trsebut tetapi ia keluar pula dalam wall sahabat lain contohnya, "kaetrinasalwa commented on **** picture"... Kesannya habis tersebar kepada semua rakan2 kaetrinasalwa. Mereka pun membuka mata luas2 ada juga yang menundukkan pandangan... Sangat mudah kaum kuffar ingin melemahkan umat Islam ye... Selain itu, ia juga menyebabkan para insan yang beragama islam bergaduh sesama sendiri dan salah faham antara satu sama lain... Hai, mudahnyalah!!

Selain itu, virus yang tersebar melalui mesej2 dalam FB... ini lagi satu hal... Orang tak pernah hantar mesej kat ana hantar mesej... Muslimin pula tu... Yang ana si kolot ini pun pegilah menekan link yang ada dalam mesejnya 2... Ha, hambik kau! Terpampang semua kebodohan dan kejahilan manusia... Cepat-cepat ana keluar... Rasa nak marah pun ada juga... Ana yakin bukan muslimin tersebut yang hantar... So, demi kemaslahatan bersama untuk mencari kepastian ana bertanya padanya dan jawapannya kepada ana, "Ana pun tak kenal enti apatah lagi enti bukan sahabat ana dalam FB pun bagaimana ana nak hantar mesej seperti itu. Ana punya iman dan taqwa lagi... Ana cuma menasihatkan enti jangan tekan pada link tersebut bimbang ia akan tersebar pada sahabat2 FB enti pula..." Nah. masalahnya ana dah tekan... Astagfirullahalazim... Tahu tak apa kesannya??? Kesannya ialah tersebarnya fitnah yang besar dalam kalangan umat Islam... Amboi mudahnya... Tapi tak semudah itu untuk memperbodohkan umat Islam yang punya akal untuk berfikir...

Tak kurang juga, bukan secara tak sengaja tapi dengan sangat SENGAJA chat ana meminta ana melayan nafsunya... Hai, manusia....... Manusia.... Manusia... Ana tidak hairan dengan manusia tetapi ana hairan dengan manusia yang bernama ISLAM.... MUSLIMIN.... MUSLIMAT... Apa nak jadi ni??? Melalui gambar2 yang keluar pada wall ana ana tengok 1000 lbih orang SHARE gambar tersebut... Gambar apa? Faham2 sajalah... Dan semua yang share adalah dalam kalangan umat Islam... Apa sebab nak share??? Tak malu ke???? Heh... Sakit jiwa dengan masalah umat sekarang... Apa nak jadi anak melayu kita ya sekarang ni... Baik bagi sahaja negara ni pada penjajah dari akal kita dijajah sedemikian rupa...

So, untuk inisiatif mengelakkan semua fitnah dan melihat gambar2 yang mengotorkan hati tersebut ana deactive FB ana... Mana taknya, ana ni student Muamalat... Islamic banking... Mana mungkin ana boleh berjaya mengingati ilmu bila melihat gambar2 tersebut saban hari, minggu, bulan dan apa-apa sajalah... Bebal jadinya...Sedangkan Imam Syafie yang ternampak betis wanita pun sukar untuk menghafal pada ketika itu inikan lagi melihat lebih dari betis...Minta maaf pada teman2 dekat FB ana... Itu adalah jalan yang ana pilih setelah istikharah... Nak tutup FB pun kena istikharah tw... Pilih yang terbaik untuk diri antum... Apabila terjadi sesuatu jangan cepat melatah dan terus menuduh... Jalan yang baik itu luas berbanding jalan yang baik terselit 1 keburukan... Salam sayang ana buat pembaca semua... Selamat malam.... Wassalam....

Monday, October 31, 2011

KUMINTA MAHARKU...(Aku bukan meminta harga tetapi aku meminta lebih dari itu)




Muhammad Adha sekadar melihat dari jauh. Tidak pernah sekalipun dia berani untuk menegur mahupun mengukir senyuman buat gadis itu.

"Allah......" Terkeluar keluhan dari mulutnya.

"Adha, kalau kamu sukakan dia apa salahnya kamu beritahu padanya. Jangan disimpan lama benar bimbang nanti menjadi barah. Bunga memang bukan sekuntum tapi dia bunga istimewa, Adha. Jangan tunggu lama sangat. Nanti dipetik orang."

Muhammad Adha sekadar tersenyum. Dia terus menyandang beg di bahu dan berlalu pergi meninggalkan sahabatnya. Khairul Afif menggelengkan kepala. Apalah yang bersarang dalam minda sahabatnya itu. Sangat sukar menterjemahkannya.

********************************************************************************

"Adha, bila kamu sampai?"

"Allah, terkejut ana dibuatnya. Apalah kamu ni, Afif! cubalah bersopan sikit..."

"Maaflah, Adha. Bergurau sikitpun tak boleh. Ana rindu betulla dengan enta."

Muhammad Adha tersenyum. Mereka berpelukan. Hampir beberapa bulan tidak bertemu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan tanggungjawab masing-masing akhirnya mereka dipertemukan semula dalam majlis konvokesyen tersebut.

"Adha, dah bersedia?"

"Astaghfirullahalazim... Jantung ana ni terasa bagai nak melompat keluar... Ana takut..."

"Adha, istighfar banyak-banyak ya. Jangan gementar sangat. Bukan nak menikah pun cuma nak naik pentas ambil sijil sahaja."

Nama Muhammad Adha disebut. Khairul Afif tersenyum melihat langkah sahabatnya itu penuh yakin mendaki tangga pentas satu persatu. Tetapi dihatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Adha, wah.... Nampak machola mase kat atas pentas tadi."

"Heh, sudahlah! Kamu ni kalau tak mengusik ana memang tak sah."

"Tak namanya Khairul Afif bin Qamaruddin kalau tak selalu menyakat Muhammad Adha bin Luqman."

"Ish!"

"Hahaha"

"Eh, Adha. Dia...."

"Siapa?"

"Dialah!"

"Siapa dia?"

"Tu, atas pentas tu!"

'Subhanallah...' Hati Muhammad Adha berbisik. Cepat-cepat pandangannya dijatuhkan. 'Akan aku jadikan kau halal bagiku, duhai bidadari...' Kelihatan Nurussalwa berjalan dengan penuh sopan mengambil tempatnya dalam susunan ribuan manusia dalam Dewan Tunku Canselor. Segulung ijazah berada dalam genggamannya.

********************************************************************************

"Ibu, ayah... Adha ada benda nak sampaikan pada ayah dan ibu tapi Adha serahkan semuanya pada ayah ibu. Adha ikut sahaja. Kalau ayah dan ibu tak setuju Adha redha."

"Apa dia, Adha? Sampaikan pada kami." Encik Luqman memandang wajah anak itu.

"Ayah, ibu, Adha sudah lama menyimpan perasaan pada seorang muslimah ni. Adha tak pernah luahkan pada sesiapa dan Adha telah menunaikan hajat hati Adha sendiri bahawasanya Adha nak ayah dan ibu menjadi yang pertama mengetahuinya."

Encik Luqman dan Puan Hifzah tersenyum sampai ke telinga. Puan Hifzah sudah tidak sabar. "Siapa orangnya? Bila nak kenalkan pada ibu? Pasti baik dan manis gadisnya sehingga dapat menewaskan keegoan anak ibu ni."

"Dia...err...dia..." Muhammad Adha tertunduk malu. Wajahnya sudah memerah.

"Dia apa, Adha?" Encik Luqman bertanya.

Muhammad Adha mengangkat muka. "Adha nak ayah dan ibu yang pertama tahu soal hati Adha jadi tuan punya diri tak pernah tahu pun Adha menyimpan perasaan padanya."

"Subhanallah.... Anak ibu.... Habis sekarang macam mana?"

"Ibu dan ayahlah yang uruskan. Adha ikut saja."

"Ayah nak uruskan macam mana ni Adha oi namanya pun kami tak tahu."

"Err...dia.. Namanya Nurussalwa binti Muhammad."

"Subhanallah sedapnya nama....." Puan Hifzah tersenyum-senyum. Senyumannya nakal sengaja ingin mengusik anak tunggalnya itu.

"Tunjukkan pada ibu mana orangnya."

"Nantilah, bu."

"Aish, sekaranglah... Ibu dah tak nak tunggu lagi. Nak dapat menantu ni."

"Ibu!"

"Hahahahahahaha!" 

Berderai tawa kedua orang tua Muhammad Adha. Ada mata yang memandang kemesraan keluarga tersebut. Mata bundar penuh sinar dan harapan mengharap dari Allah semoga lelaki itu menjadi imamnya satu masa nanti. Lelaki itu menoleh ke arahnya. Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke tempat lain. Hatinya malu. 'Semoga dia tak nampak.'

******************************************************************************

"Salwa, dah sedia?"

"Mama, perlu ke? Salwa rasa penat dengan semua ni, ma."

"Salwa, ni dah masuk kali ketiga orang meminang kamu. Sebelum-sebelum ni semua undur diri. Mama tak pernah penat tapi kenapa anak mama sendiri penat dengan apa yang dia pilih? Salwa dah penat menunggu? Dah taknak kemukakan syarat-syarat Salwa tu?"

"Mama, salah ke dengan apa yang Salwa minta sebagai mahar Salwa? Kenapa beribu-ribu ringgit orang sanggup bayar tapi permintaan kecil tak boleh?"

"Bagi kamu mudah tapi bagi orang lain ia berat, Nurussalwa binti Muhammad."

"Salwa menunggu khalifah terpilih yang sanggup menerima besarnya mahar Salwa. Walau diri Salwa dimamah usia sekalipun Salwa akan terus menunggu."

Puan Hanan hanya mampu tersenyum dengan ketegasan anaknya. Ada yang istimewa tentangnya. Puan Hanan keluar menyambut tetamu yang tiba. Apabila dikenalkan dengan lelaki yang berhajat ingin menyunting anaknya Puan Hanan seakan-akan tak pasti, apakah lelaki ini akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan mengangkat kaki pergi melupakan hajatnya itu? Hanya mampu menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi.

Nurussalwa dipanggil keluar. Sang jejaka ingin melihat pemilik nama indah tersebut samada benar orangnya seindah namanya atau hanya sekadar indah khabar dari rupa. Nah! Ternganga mulutnya merenung ke wajah gadis itu. Tersangat indah rupa dari khabarnya. Sangat setuju. Tiba-tiba Nurussalwa bersuara meminta apa yang diingini buat maharnya. Lelaki tersebut bangun.

"Jom kita balik!"

"Tapi... tapi..." Kedua orang tua pihak lelaki termangu-mangu.

Selepas mengucap maaf, seluruh rombongan meminang pulang dengan tangan kosong. Sia-sia sahaja kedatangan mereka. Mereka yang ingin datang meminang mereka juga yang menolak pinangan. Nurussalwa tersenyum. Dia sudah tahu pasti begitu jadinya. Dia naik ke bilik dan menukar pakaian.

*******************************************************************************

Nurussalwa sedang sibuk menguruskan tesis masternya. Ligat tangannya menaip segala isi yang diterjemahkan dari buah fikir ke laptop kesayangannya. Tiba-tiba jemarinya terhenti. 'Subhanallah... Kenapa wajahmu muncul secara tiba-tiba? Allah...' Nurussalwa segera bangun dari kerusi menuju ke bilik mandi. Wudhu' diambil dengan tertib. Dia melangkah keluar dan menunaikan solat sunat hajat dan istikharah.

"Ya Allah, telah lama kupendamkan perasaan ini tetapi sangat malu untuk kuluahkan padanya. Aku bimbang, Ya Allah... Apakah aku akan mengakhiri usiaku dengan bersendiri? Aku ingin punya zuriat dari rahimku. Aku ingin memiliki imam yang mampu memimpin keluarga dan hatiku menujuMu, Ya Rabbi... Ya Rahman, andai benar dia tercipta untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Andai dia bukan untukku redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu, Ya Rahim."

Nurussalwa menyapu mukanya dengan kedua belah tangan. Air matanya masih belum berhenti. Hati manusia terfitrah untuk menyintai manusia yang lain. Hati Nurussalwa jua. Telah lama tersimpan cintanya buat Muhammad Adha bin Luqman.

Nurussalwa segera bangun dari tempat persujudannya dan memcuci wajah dengan wudhu'. Kerjanya disambung semula. Tiba-tiba ' Tok! Tok! Tok!'

"Masuk..."

"Anak mama sayang..."

"Ya, mama."

"Tadi baru je ada orang telefon abah beritahu mereka hendak menghantar rombongan meminang pada minggu hadapan."

"Adakah sekali lagi, ma? Sanggupkah mereka?"

"InsyaAllah.... Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Allah pasti menyediakan insan yang selayaknya berdiri sama tinggi dengan anak mama."

Nurussalwa tersenyum memandang wajah tenang itu. Dia menganggukkan wajah. Dalam hatinya berdoa semoga jodoh yang baik tercipta buatnya.

******************************************************************************

Nurussalwa dipanggil keluar kerana pihak rombongan lelaki ingin melihat empunya bunga yang berjaya menggoyahkan keteguhan hati seorang lelaki yang berjiwa kental.

"Assalamualaikum..." Bergetar suara yang mengucap salam.

"Waalaikumussalam..." Nurussalwa masih menundukkan wajah. Sedikitpun dia tidak berani memandang ke arah lelaki di hadapannya.

"Ibu dan ayah Salwa mengatakan bahawa ada sesuatu yang ingin Salwa katakan." Sangat macho suara itu.

Masih lagi menunduk. Nurussalwa melontarkan kata-kata. "Apa yang ingin saya katakan bukan sekadar bicara biasa. Andai kamu mampu menanggungnya maka jawablah dengan cara persetujuan yang baik dan sekiranya tidak, ana minta maaf. Tiada kompromi dan tawar menawar di sini." 

"Silakan..."

"Ana mahu menjadi seperti Khadijah yang tidak pernah diduakan atau ditigakan oleh Rasulullah sepanjang hayatnya dan seperti Fatimah yang tidak pernah dimadukan oleh suaminya, Saidina Ali r.a. Ana tidak meminta harga tetap bagi wang hantaran ana tetapi ana meminta kamu memberinya dengan hati yang ikhlas menghulur seberapa banyak ingin kamu hadiahkan buat ana. Ana meminta mahar ana setinggi harga hafalan Surah Fatihah dan Annisa' serta menyerahkan mahar itu selepas akad. Di hadapan ana."

"Ya, ana terima syarat dan maharmu." Tegas.

Berdesing di telinga mendengar persetujuan itu. Puan Hanan dan Encik Muhammad saling berpandangan. Ucapan syukur memenuhi segenap ruang kediaman itu. Nurussalwa mengangkat wajahnya memandang ke arah lelaki itu. 'ALLAH!!'

******************************************************************************

"Aku Muhammad Adha bin Luqman terima nikahnya Nurussalwa binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM 350 tunai beserta hafalan Surah Fatihah dan Annisa'."

"Alhamdulillah..... anak mama..." Puan Hanan memeluk Nurussalwa erat.

Encik Muhammad menatap lama wajah anak itu yang sedang basah dalam air mata. "Terlepas sudah tanggungjawab abah. Jadilah isteri yang mampu menjadi pendukung kepada suamimu dalam susah dan senang mengharungi medan perjuangan sebelum ke akhirat."

"Abah, walaupun Salwa sudah menjadi isteri orang Salwa masih menjadi harta abah sebagai anak. Tanggungjawab Salwa masih belum berakhir sebagai seorang anak buat abah dan mama. Terima kasih, abah, mama..."

Selesai menunaikan solat sunat bersama, Nurussalwa bersama suami, Muhammad Adha duduk bagi upacara penyerahan mahar, menyarung cincin dan batal air sembahyang. Lancar bacaan Surah Fatihah dan Annisa' yang keluar dari kedua bentuk bibir indah itu. Sedikitpun Nurussalwa tidak dapat menangkap di mana kesalahannya. Air mata Nurussalwa mengalir perlahan. Bagai ada satu desupan tatkala tangan lelaki itu menyentuh tangannya. Nurussalwa malu menunduk. Wajahnya merah menahan malu. Sebentuk cincin indah tersarung di jari manis. Tangan Muhammad Adha dikucup lembut. Muhammad Adha membalas dengan ciuman di dahi Nurussalwa. Terasa sejuk mengalir ke seluruh tubuh Muhammad Adha. 'Akhirnya....'

"Maafkan abang kerana lambat menyuntingmu. Abang mengambil masa untuk memperbaiki diri di hadapan Allah. Mana mungkin seorang yang penuh hina ingin berjalan seiringan denganmu, duhai bidadari. Terima kasih, Ya Allah..."