Sunday, December 15, 2013

Arjuna Sepi Telah Datang Membawa Hati


Terharu dengan nukilan pemberiannya. Bukan kerana keindahan bait susunannya tetapi kerana keikhlasannya. Dia arjuna, sentiasa berusaha meng'islah diri. Sentiasa merendah hati. Allahu, Allahu, Allahu! Permudahkan jalan baginya! Semoga ada solehah yang menjadi surinya, sudi beriringan menuju Tuhannya . Sehingga sekalian bidadari syurga cemburu dengan pendampingnya. Kerana kesolehannya itu menjadi rebutan dunia. Dia yang merendah diri, merendah hati, merendah pekerti, merasa dirinya tidak sesuci insani, semoga namanya sudah menjadi bualan para penghuni langit Ilahi. Terima kasih atas nukilan ini.

Engkau
Engkau yg ku kenal
Punya hati yang baik
Punya akhlak yang cantik
Punya penampilan yang menarik

Sifatmu yang ceria
Membuatku gembira
Sikapmu yang selamba
Membuatku ketawa

Tapi
Apakah diri ini Layak menemani
Menyunting dirimu sebagai suri
Yang berjanji sehidup semati

Kerana diri ini tidak semulia yang dicari
Sering lalai dalam mencari cinta Ilahi
Dikelilingi wanita kanan dan kiri
Pujian insan menghiasi diri

Walau menjadi taruhan setiap lelaki
Dikau tetap pujaan hati
Walau aku bukan disisi
Dikau tetap dinanti

Namun jika dirimu disunting nanti
Ku redha dengan ketentuan Ilahi
Namun jika dirimu tidak ku miliki
Pasti ada hikmah yang menanti

Semoga menjadi seperti Khadijah
Tidak pernah diduakan malah ditigakan
Semoga menjadi suri yang solehah
Tidak pernah hatimu dihampakan

Ketika membacanya hatiku seolah-olah ditegur oleh Pemilik & Pentadbir sekalian hati...


"Allah, aku berasa megah dan ujub dengan merasa diri sempurna  sehingga mengharap hanya yang sempurna bagiku. Pilihkan bagiku, ya Allah, khalifah  yang terbaik bagi diriku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku."


...Temui ibu ayahku, aku milik mereka...