Sunday, August 29, 2010

Wasiat seorang anak...


Suasana kelam menyelimuti segenap ruang rumah banglo yang tesergam gah milik pasangan suami isteri Encik Johari dan Puan Julia. Anak sulung keluarga tersebut, Haikal yang baru tiba dari rumah teman wanitanya terduduk diam berteleku dihujung sudut. Annie Azirah hanya mampu membatukan diri tanpa sedikit reaksi apabila diajukan soalan oleh orang ramai yang hadir. Sepasang anak kembar berusia dalam lingkungan empat tahun kelihatan duduk disisi Puan Julia yang berwajah suram. Puan Julia hanya diam memerhati para hadirin membacakan ayat-ayat suci Al-quran buat jenazah anaknya, Ainin Azirah yang baru sahaja meninggalkan kefanaan dunia buat selamanya kerana serangan demam denggi berdarah. Pemergiannya merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh setiap insan yang mengenali dirinya. Jenazah arwah dibawa dari bumi Nilam Puri dan tiba di kediaman keluarga tersebut tepat jam dua petang.

Sahabat-sahabat dari bumi tarbiah Nilam Puri turut sama hadir demi menghabiskan sisa-sisa waktu bersama arwah sebelum dikebumikan. Pemergian arwah ditemani dengan linangan air mata seluruh ahli keluarga dan para sahabat seperjuangan. Seorang insan agung dijemput lebih awal kerana rasa cinta dan rinduNya buat dia.
Kain kafan yang menutupi wajah arwah dibuka perlahan mempamer riak muka milik arwah yang tenang dan bersih. Walhal saat ajalnya menjemput arwah berada dalam keadaan sakit yang ditahan demi menenangkan hati para sahabat yang kebimbangan ketika menemaninya di Hospital Perempuan Tengku Zainab,Kota Bharu.
Encik Johari yang sejak tadi berada diluar rumah kerana tidak dapat menahan kesedihan melihat sekujur tubuh kaku milik arwah akhirnya masuk jua ke ruangan tetamu demi menatap wajah si anak buat kali terakhir. Meraung Haikal dan Annie Azirah apabila wajah adiknya yang satu itu teserlah. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka dihadapan mata. Para sahabat arwah menenangkan kedua mereka supaya pemergian arwah tidak tertahan kerana rasa tidak redha ahli keluarga.
Selepas jenazah arwah selesai dikebumikan di petang hari saat gerimis mengundang seorang sahabat baik arwah yang sentiasa bersamanya kala susah dan senang arwah datang menghampiri ahli keluarga yang sedang bersedih itu.
"Setiap permulaan pasti ada penghujungnya. Begitu juga manusia. Kita semua akan menyusulnya kemudian hanya tidak diketahui siapa yang akan dijemput dahulu. Redhailah apa yang telah ditentukan oleh yang maha menciptakan. Bersyukurlah kepada Allah atas pinjamannya buat kita."
Suara Nur Iman tertahan-tahan. Haikal memandangnya tajam seperti tidak berpuas hati dengan bicara gadis itu. Nur Iman tersenyum sambil menghulurkan sekeping surat putih kepada Puan Julia. Puan Julia teragak-agak menyambutnya. Salah seorang anak kecil disisi Puan Julia berkata,
"Mama! Mama! Kak Ainin tu nak pergi mana? Kenapa dia lambai-lambai kita?"
Nur Iman tersenyum memandang anak kecil itu lalau mengajukan soalan kepadanya semula.
"Kat mana adik nampak Kak Ainin?"
"Tu! Kat situ!"
Jari kecilnya mengunjuk ke satu arah di tanah perkuburan itu. Anak mata Nur Iman menyoroti arah telunjuk anak kecil itu. Lalu dia tersenyum.
"Kak Ainin nak pergi jauh sangat. Dia nak berjumpa dengan penciptanya."
"Siapa?" Anak kecil itu bertanya deras.
"Allah... Allah yang cipta kita semua. Kalau Allah tak cipta kita. Kita tak ada disini."
"Nanti kak Ainin balik tak? Syukri rindula dengan kakak. Dah lama tak jumpa kakak. Kakak jarang balik rumah. Dia asyik duduk kat tempat dia belajar je. Syukri dengan Syahmi selalu tau main dengan kak Ainin. Kak Ainin baik. Dia tak macam kak Annie."
Nur Iman menitiskan air mata. Ya, siapa yang tidak merindui dia. Setiap yang mengenalinya merasai kehilangannya. Dengan sesiapa sahaja dia akan melayaninya dengan baik. Tidak pernah dia membezakan antara sahabat-sahabat dan kenalannya. Setiap masa cerita yang baik-baik tentang keluarganya keluar dari mulutnya yang sentiasa tersenyum. Gadis ayu dan lemah lembut itu menjadi idaman mujahid di bumi Nilam Puri. Namun siapa jua yang tahu apa yang tersimpan rapi di dalam hati.
"Arwah serahkan surat ni buat seluruh ahli keluarganya sebelum arwah mengucapkan kalimah syahadah. Arwah berkirim salam pada semua. Doakanlah hanya yang baik untuk dirinya dan diri kamu semua."
Nur Iman berpesan sebelum dia berlalu meninggalkan ahli keluarga sahabat baiknya itu. Sayu memanjat ruang hatinya. Namun tidak lekang bibirnya memanjat doa buat sahabat yang satu itu. 'Oh Ainin!'



Assalamualaikum...


Ayah....Ibu..... Aku memohon ampun... Aku pergi dulu tanpa khabar. Aku sendiri tidak tahu saat datangnya malaikat meminta nyawaku... Aku merelakan kerana tidak dapat ditunda sesaat atau dipercepat sesaat pun... Saat ini... Beburung berkicau sayu... Air diluar terdengar menitis perlahan... seolah-olah pendengaranku sehingga seluruh alam kedengaran. Saat terhampir ini wahai ayah ibu... Terlintas wajah ayah bonda di ruangan mata... Moga pemergianku nanti diredhai walaupun aku tahu kesedihan itu datang...


Ayah ibu.... Aku tidak mempunyai harta menggunung mahupun senilai wang untuk ditinggalkan buat kamu semua... Ampuni aku wahai kesayanganku... Hanya sedikit perkara yang berbaki tertinggal buat semua yang akan terus berada dialam sana...


Buat ayah....
Aku merinduimu... Saban kali kau pergi meninggalkan kami demi mencari sesuap nasi... Aku akan memandang bayangmu sehingga hilang ditelan kejauhan... Setiap kali itu jua aku berdoa... "Ya Allah, kau peliharalah iman imam kami... Kau pelihara jua dirinya dari sesuatu yang tidak kau redhai... Niatkanlah hatinya untuk redha jua berserah hanya padaMu demi sesuap nasi memikul amanah dariMu... Ya Allah,aku memohon setulusnya dariMu... Kau berkatilah dirinya... Sungguh,aku menyayanginya..." Wahai ayah, anakmu yang satu ini ingin meminta sesuatu darimu... Serasa tidak layak namun hatiku tetap mengingininya... Aku sudah lali dengan kemewahan pemberianmu... Pernah satu tahap aku meminta supaya Allah susahkan aku kerana aku takut aku lupa wahai ayah...aku takut aku lupa dan leka kepada tuhanku setelah nikmatNya atas diriku ini... Ayah,hanya satu permintaanku... Kau imam kami wahai cintaku... Sekiranya buta pemimpin kami maka ke mana hala tuju kami... kemana kau akan membawa kami... Aku meminta wahai ayah... Kau didiklah dirimu sendiri demi membimbing ibu, abang, kakak dan adik-adikku ke arah kemuliaan... Bukan diangkat kerana dunia... Tetapi disanjung kerana cinta... cinta yang tulus suci hanya kepada Allah yang Esa... Ayah, bisakah kau menunaikannya... Aku menanti...


Ibu,
Aku selalu melihatmu berpenat lelah menjaga keluarga... Saat tidurmu kurenung dalam ke wajahmu... Kulihat ketulusan disitu... Tetapi aku jua mengerti erti kelelahan... Air mata ku menitis tidak dapat ditakung lagi oleh kelopak mata... Aku teramat menyintaimu... Kau merupakan insan yang dituntut oleh islam untuk aku jadikan teman dan berbuat baik... Betapa tingginya martabatmu wahai ibu... Tetapi janganlah kau menurunkan darjatmu sehingga tiada pandangan Allah buatmu... Teruskanlah menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang isteri dan seorang ibu... Lena malamku tidak indah andai tidak aku bermimpi tentangmu saat jauh ini... Ibu, andai kau berasa lemah kembalilah kepada Allah... Dia tempat kau bergantung sepenuhnya... Bukan insan mahupun yang lain... Hanya Allah! Hanya Dia tempat terbaik buatmu....


Abang,
Aku memerhatimu... sering aku melihat tingkahmu... Setiap gerak gerimu menjadi tarikan buat mataku... Aku lihat kau sebagai asetku bagi membantu jalan permujahadahanku.... Kau khalifah wahai pemuda! Tidak pernah aku melihat dirimu dengan pandangan penghinaan... Tidak jua aku menyalahkan dirimu kerana kelalaianmu... Sebaliknya aku berasa malu... saat sihatku tidak mampu aku mengembalikan kau kepada fitrah insan... Aku menghukum diriku saban waktu... Ya Akhi, aku sangat menyayangimu... Sudikah kau mendengar rintihanku... Setiap kali kau keluar bersama teman-temanmu... Hatiku mula resah... Apakah yang kau lakukan bersama temanmu berhibur di luar sana... Abang, aku menyayangimu... Tidak mahu sedikitpun terusik dirimu dengan calitan api neraka... Aku resah... Aku takut dipertanggungjawabkan diri ini atas kegagalanku membawa engkau pulang... Saat kau tersenyum memandangku... Saat kau kucup lembut pipi ini... Saat gurau senda bersamamu memenuhi segenap ruang syurga keluarga... Aku bahagia... Namun mengapa kini kau pergi jauh meninggalkan semua kenangan ini... Aku merindui semua itu... Abang, ibu pernah mengucap kata ini padaku kala subuh hari, "dulu abang paling rapat dengan ibu sehinggakan tidur pun tidak mahu terpisah... Tapi kenapa sekarang dia yang paling jauh..." Saat luahan itu menyentuh pendengaranku... Aku terus melangkah kaki meninggalkan ibu kerana mataku memaksa untuk mengalirkan air mata.... Dimana kau pergi bersama tanggungjawabmu wahai anak lelaki... Abang,aku tahu kau menyayangiku... Apatah lagi diriku... Cinta dan kasihku padamu menggunung tinggi... tidak sanggup kulihat dirimu dikecam gelombang cinta dunia... Kembalilah sayangku... Kembali kepada fitrahmu....


Wahai kakak yang aku kasihi,
Aku tahu pemergianku menjadi kesedihan yang panjang buatmu... Namun ingatlah kakakku... Aku pergi bertemu cinta teragungku... Mengapa perlu bersedih... sebaliknya bergembiralah dengan apa yang bakal aku kecapi... Redhailah apa adanya... Kakakku, rasa malu seorang wanita itu bukanlah apabila dia tersipu pabila diusik maupun dipuji... Kakak,rasa malu itu hanya apabila dalam hati seorang wanita itu ada rasa yang sangat bimbang baginya melanggar batasan tuhan... Malu itu juga apabila dalam hatinya hanya ada cinta kepada yang menciptakan hati itu sendiri... Tidak sekali-kali dia menyerahkan hatinya pada insan yang hanya bertaraf seorang hamba... Jua apabila dia menghiasi dirinya dengan akhlak seorang muslimah dan peribadi seorang hamba... Apabila ada rasa itu dalam hatimu... Maka tersimpan rapi dalam hati kecilmu untuk mudahnya menjaga dirimu dari panahan kejahatan... Benar kakakku! wanita adalah fitnah terbesar buat lelaki... Jangan kau biarkan dirimu terjerumus sebagai fitnah dunia buat adam... Kasihanilah dirimu dan diri mereka... Kakak yang aku kasihi, bukalah bungkusan yang aku kirimkan buatmu... Didalamnya aku hadiahkan khas buatmu... Senaskhah al-quran itu kau jadikanlah temanmu yang paling rapat sentiasa dia tidak lekang dari sisimu... Bacalah surat cinta Allah buat dirimu itu selalu...Indah bait kata didalamnya pernah menjadikan aku terpesona... Kau hayatilah ia... Moga kau juga akan terpesona dengannya sehinggakan kau inginkan hanya ia yang sentiasa menemanimu saban waktu...Sepasang salinan untuk solat kau gunakanlah ia sebaiknya... Jua tudung litup serta jubah-jubah itu kau jadikanlah sebagai pakaianmu...


Buat semua ahli keluargaku...
Tidak ada yang lebih tinggi bagi seseorang itu melainkan hanya redha Allah buat dirinya... Salam sayang buat semua... Aku pergi dulu...
Wassalam....


Ainin Azirah


Kelam pandangan Puan Julia. Pipinya dibasahi dengan titis air mata yang tidak henti-henti mengalir. Begitu mulia anak yang satu ini namun yang satu ini jualah Allah tarik lebih awal darinya. Kenapa semasa hayat anak itu sentiasa dia dipersenda dan dihina sedangkan kasih dan cintanya pada mereka lebih dalam dari air di lautan, lebih tinggi dari awan di kaki lelangit. 'Aininku sayang....'
Encik Johari dan anak-anaknya melayani rasa keinsafan. Lautan air mata mula membanjiri pipi. Ya, Ainin Azirah akan menjadi ingatan masa depan dan kenangan masa lalu.


Luahan seorang mujahidah....

Wahai manusia...
Saat itu bergema suara azan berkumandang...
Bergelombang bacaan Quran bersahut-sahutan...
Megah!
Megah Islam teserlah mempamer kehebatan...
Wahai manusia...
Saat ini bergema suara nyanyian berkumandang...
Bergelombang bacaan kotor bersahut-sahutan...
Megah!
Megah kejahiliyahan mempamer kerakusan...
Wahai insan-insan bernama Islam...
Dulu mereka mengangkat panji kebanggaan...
Islam! Islam hayatuna!
Wahai insan-insan bernama Islam...
Kini kau mengangkat panji kemenangan...
Dunia! Dunia hayatuna...
Berdiri setiap bulu roma...
Mendengar laungan,
Allahuakbar! Lailahaillallah! Lailahaillallah!
Aku bangga mendengarnya...
Aku kagum menghayatinya...
Islam hidup disegenap ruang lingkup dunia...
Menjadi kegerunan sang kuffar memandang...
Namun mengapa kita gerun kini...
Sedangkan kita mempunyai kekuatan sedunia...
Mereka hanya kecil sehalus kuman...
Kembalilah wahai khalifah-khalifahku...
Kembalikan yang telah hilang...
Rebut kembali hak insan...
Jangan kau biarkan kemudharatan...
Berleluasa memusnah bumi tuhan...
Janganlah kau tunggu lagi...
Aku menyeru... Ayuh!!
Dapatkan fi sabilillah...
Aku akan menjadi pendamping...
Turut serta mendirikan...
Nur Islam yang kian kelam...

Aku hanya hamba,
_Kaetrinasalwa_


Tuesday, August 17, 2010

Bila aku rasa kecundang....


Aku mula rasa tak senang duduk.....Penat menguasai diri....Ahhhhh.....kadang-kadang keluar kata-kata keluhan dari bibir ini...Ya tuhan....aku mulai lelah....semput dengan suasana ini...apakah aku masih bisa meneruskan perjuangan ilmu ini...wahai teman-teman....Aku merindui saat persekolahan di sekolah menengah dan rendah kita dahulu....saat aku mengenal apa itu jatuh bangun,usaha,kecewa dan kejayaan....semua kemanisan berteman bermula disitu....hm....aku masih ingat saat kejatuhan imanku ketika waktu itu...ahhhhhh......malunya aku mengingatinya semula................oh tidak!!!!!!!!!!..............aku malu...pada diriku sendiri.. sahabat2... dan yang paling utama aku sangat malu dengan Rabbku....YA Allah,ampuni aku...malu menyelinap di segenap ruang lingkup diri ini...andai bisa diputarkan kembali masa yang berlalu...pasti aku akan membersihkan setiap kelompangan yang telah aku lakukan dahulu...pakaianku....akhlakku...bicaraku...tidak menggambarkan aku seorang wanita muslimah sebenar...Ya Allah,dimana Kau tempatkan aku ketika itu...Aku melupakanMu tetapi Kau masih menyintai aku...Kau bawa aku pulang untuk terus setia disisiMu...Layakkah aku...... Bila aku sampai di sini...pelbagai ujian mendampingiku...Seorang lelaki yang aku anggap sebagai seorang kawan biasa...membuat aku gila...bila kuterpandang wajahnya...benci mula menguasai diri... kukawalkan jua perasaanku supaya amarah tidak menguasai diri...apa salahku kau perlakukan aku bergitu???????.... Ya,dia mempunyai perasaan padaku...apabila cintanya ditolak kerana aku tidak mahu kecundang lagi maka egonya mengatasi batas kewarasannya...aku bersabar selama ini dengan setiap perlakuannya... Apa yang dia lakukan padaku cukup membuat aku malu....waimah hanya berjalan ke mana sahaja....seolah-olah ada mata-mata liar sedang memandang dan mengatakan sesuatu yang tidak enak mengenaiku...knp???jahat sangatkah aku kerana menolakmu??....aku diamkan diri saat kau khabarkan kepada semua teman-temanmu...gambaranmu seolah-olah aku ini insan paling jahat kau pernah kenal dalam dunia ini.... Ya Allah,aku perlagukan kalammu... "Wahai orang-orang yang beriman,apakah kau mengatakan kau sudah beriman sedangkan kau tidak di uji.." Ya tuhanku,kalammu menjadi pendampingku...memujuk hati ini kala resah...menghibur jiwa kala ia rasa kecundang....

Monday, August 9, 2010

Bicara cinta3segi…


Bila hati mula dikotori benci siapa yang akan mendengar. Pasti seluruh alam akan mengatakan,’Sungguh,kau silap!’ Hati hanya mampu merintih mengharap redha Ilahi. Mengadu segala hal kepadaNya yang maha mengetahui. Terdetik di hati sendiri, ‘Sudah berada dalam keadaan yang memeritkan barulah kembali mengingati tuhan!’ Hati seolah-olah mengutuk diri sendiri. Malu mula menyerbu ruhiyyah dan jasadiyyah. Apakah aku merupakan hamba yang lupa. NikmatMu melimpah ruah namun aku leka. ‘Ya Allah,kau tariklah seluruh kesenangan ini andai ini akan membuat aku hampir kepadaMu. Jatuhkanlah seluruh kesusahan dunia kepadaku andai ini akan menjadikan aku mampu berada di sisiMu selamanya.’ Hati mula merintih. Kesyukuran menyerbu jiwa. ‘Ya Allah,kau pujuk hatiku dengan kasih sayangMu, masih lagi Kau menyintai aku sedang aku pernah berpaling dariMu’.

Cinta itu cahaya sanubari

Dan di mana terciptanya cinta

Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberii sepenuh rela

Rasa bahgia biarpun sengsara

Bekorban segala-gala

Semua hanya kerana cinta

Yang pahit manis dirasa

Menghibur nestapa,merawat luka,damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta

Kita pun leka entah kemana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama

Cinta sejati hanya cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda tulus suci selamanya

Cinta sesama saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan

Hatinya sayu mendengar dendangan lagu tersebut. Serasa dirinya kerdil dan hina. Bagaimana tinggi dia menyanjung cinta pada sang kekasih akhirnya cinta manusia membunuh hatinya sendiri. Ketidakpastian itu hanya mengundang barah yang semakin parah didalam dada. Kedengaran pintu biliknya dibuka. Lekas Kaetrinasalwa menyeka air mata yang membasahi pipi. Puan Arbakenah menghampiri anak gadisnya sambil tersenyum memandang wajah tulus yang masih memerah itu. Walau disimpan sehingga ke dasar hati yang paling dalam sekalipun, Puan Arbakenah masih dapat mengesan apa yang sedang dihadapi oleh satu-satunya anak perempuan yang dimiliki untuknya saling berkongsi perasaan sebagai wanita.

“Sayang,tak nak kongsi dengan mama?”

Puan Arbakenah masih tersenyum. Bahu Kaetrinasalwa dipeluk erat. Kaetrinasalwa masih tunduk memandang lantai. Terasa tilam empuk yang diduduki bagai batu kerikil yang mencucuk sehingga perlakuannya nampak kurang senang dengan pertanyaan itu. Dahinya berkerut-kerut menahan agar matanya tidak menurunkan hujan yang pasti menyebabkan banjir yang tidak akan turun surutnya. Puan Arbakenah memahami keadaan anak kesayangannya itu. ‘Mungkin adik masih belum bersedia untuk bercerita.’ Hati kecil Puan Arbakenah berbisik.

“Adik,mama tak paksa adik untuk cerita masalah sayang dengan mama. Tapi anak mama sayang ni jangan mengurung diri dalam bilik berterusan. Mama dengan papa risau tengok keadaan adik macam ni.”

Puan Arbakenah mula meluahkan rasa sebagai seorang ibu. Ya,ibu mana yang sanggup melihat anaknya berkelakuan begitu. Pasti sesuatu yang berat sedang dihadapi apatah lagi buat anak gadisnya yang sedang meningkat dewasa. Sebagai seorang ibu juga, Puan Arbakenah sangat merindukan senyum tawa dan cerita-cerita yang sering membuatnya tidak kering gusi kala bersama anak kesayangannya itu. Puan Arbakenah bangun berlalu meninggalkan anaknya yang masih membatu di sudut katil.

Kedengaran pintu ditutup rapat. Setitis demi setitis air matanya turun lagi membasahi pipi. Ditahan jua perasaannya walau terasa diri ingin menjerit sekuat hati meluahkan segala rasa yang membuku di jiwa. Sudah tidak tertanggung lagi baginya namun demi menjaga hati seorang ibu maka ternoktah niatnya mahu meringankan beban di bahu. ‘Maafkan adik,mama.’

Renungannya jauh mengenang kisah kelam dalam hidupnya. Dalam diam ditanggung derita sendirian. Cuti persekolahan sepatutnya menjadi satu kegembiraan buat sesiapapun yang bergelar pelajar namun tidak buat Kaetrinasalwa. Dirinya hanya menghitung hari bilakan tiba saat persekolahan bermula. Kesunyian semakin menular dalam dirinya beraja bersama kisah sedih dan duka lara. Wajah Nur Zikhan, Siti Mastura dan sahabat-sahabat yang lain mula bermain ditubir mata. Gelak tawa dan senda gurau bersama mula dirindui. Matanya memandang kalendar kecil tergantung di sudut bilik.

“Lamanya lagi nak tunggu seminggu ni!”

Kaetrinasalwa mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Matanya berlinang lagi sambil memandang sepi gantungan sepasang pelita kecil bewarna biru di atas meja disisi katilnya. Nafasnya turun naik menahan kesakitan yang bertapak didalam dada.

“Sayang, kenapa awak tinggalkan saya……”

Titik jernih semakin rancak menuruni pipi gebunya. Entah bila akan berganti musim. Dirinya menyepi lagi berkurung lama di dalam bilik tanpa makan dan minum. Wajahnya kusam tidak terurus. Cengkung dan memberi kesedihan kepada sesiapa sahaja yang melihat. Kaetrinasalwa memejamkan matanya rapat. Air matanya masih mengalir. Diam,diam dan terus diam.

“Saya nak awak jaga pelita biru ni sepertimana awak jaga perhubungan kita. Sayangi dan hargailah pelita ni sepertimana juga awak menyayangi diri saya.”

Kaetrinasalwa tersenyum manis membaca bait-bait kata indah yang terkarang dalam warkah cinta dari sang kekasih. Akmal Hafizi, seorang pelajar yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Beperwatakan menarik dan menyandang jawatan sebagai ketua pelajar di Sekolah Agama Tinggi Tanjung Karang. Genap setahun perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Siapa yang tidak mengetahui kisah perhubungan mereka pasti akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Percintaan mereka seolah-olah bahan hangat yang mesti diketahui perkembangannya dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi perhatian ramai orang. Tidak ketinggalan para guru di sekolah juga sibuk bercerita tentang mereka sehingga mereka mendapat gelaran ‘The best couple of the year.’ Kedengaran lucu namun bagi Kaetrinasalwa itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah perhubungan mereka kekal bahagia walaupun kadangkala terdengar suara-suara sumbang pelajar perempuan lain yang mencemuh. Mungkin kerana cemburu. Mana tidaknya, seorang pelajar tingkatan dua menarik hati senior yang memenangi barisan lelaki paling popular di sekolah.

Kini Akmal Hafizi berada dalam tingkatan lima manakala Kaetrinasalwa berada dalam tingkatan tiga. Masing-masing sibuk hendak berhadapan dengan peperiksaan besar yang bakal menjelma. Persediaan kukuh sedang dibina namun masih tidak lupa untuk menyemai kasih sayang antara mereka. Kadangkala mereka berjumpa juga untuk melepas rindu tersimpan.

“Awak sayangkan saya?” Renungannya tajam menusuk ke dalam dada Kaetrinasalwa.

“Tentulah saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak sangat. Awak cinta pertama saya dan saya berharap awak adalah cinta terakhir saya. Jangan tinggalkan saya…”

Wajah Kaetrinasalwa kelihatan lembut menenangkan jiwanya. Akmal Hafizi meraup wajah sambil menghembus nafas berat.

“Sayang, betul ke awak akan setia dengan saya?”

“Tentulah saya akan setia dengan awak,sayang. Saya sayangkan awak sangat. Saya nak awak selalu berada di sisi saya.” Kaetrinasalwa memberi penjelasan.

Akmal Hafizi tersenyum. Hatinya tenang mendengar kata-kata kesayangannya. Entah mengapa, ada sesuatu dalam diri Kaetrinasalwa yang menarik hatinya. Tidak ada yang memiliki selain dari Kaetrinasalwa. Namun dia sendiri tidak pasti apakah ia. Akmal Hafizi memandang wajah bersih Kaetrinasalwa. Terlalu banyak perkara yang telah dikongsi bersamanya selama perhubungan mereka yang telah berusia setahun lebih. Banyak perkara tentang dirinya diketahui oleh gadis ayu di hadapannya itu. Segala-galanya dikongsikan bersama. Kasih Kaetrinasalwa tulus buat dirinya. Kadangkala cemburu menyelinap jua dalam diri kerana ada mata-mata nakal yang mengerling ke arah Kaetrinasalwa. Usikan-usikan pelajar lelaki lain kerap kali mengundang kepanasan dalam hatinya. Tidak dinafikan, Kaetrinasalwa mempunyai wajah indah yang pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Sepasang mata galak dan anak matanya yang bewarna coklat cair sering membuatkan Akmal Hafizi tidak mahu mengalih perhatian dari memandang wajah Kaetrinasalwa ketika mereka berjumpa. Hidung mancung yang terletak dan bibir manis yang sentiasa tidak lokek dari senyuman terselit pula tahi lalat kecil di bahagian bawah bibir sebelah kanan serta sepasang lesung pipit kerap kali membuatkan Akmal Hafizi tidak lena tidur malam.

Terasa berat baginya ingin berpisah dengan Kaetrinasalwa. Tinggal seminggu lagi cuti persekolahan akan bermula. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diduduki Kaetrinasalwa telah lama berlalu. Hanya menanti hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menentukan arah tuju hidupnya. Hari-hari yang berlalu bagai menggegarkan dunianya. Kerisauan menguasai diri. Masih Kaetrinasalwa menjadi penenang hati. ‘Kaetrinasalwa,andailah jika kau tiada…’ Matanya menitiskan air jernih. Kerinduannya pada Kaetrinasalwa pasti menggunung. Sementara itu, Kaetrinasalwa juga mengira-ngira hari yang masih berbaki. Dia juga turut berduka dengan hari terakhir mereka untuk bersama menanam kenangan indah di tempat pertemuan mereka yang mengikat perhubungan cinta dua hati yang bakal kunjung tiba. Sudah menjadi adat setiap yang bermula pasti ada penghujungnya.

Assalamualaikum w.b.t.,

Sayang,apa khabar awak di sana? Saya berharap awak sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping sahabat-sahabat seperjuangan. Sudah beberapa hari ini, saya tidak melihat kelibat awak. Mungkin awak terlalu sibuk dengan hari peperiksaan yang bakal tiba. Ya, saya sangat merindui awak. Saya teramat rindukan awak. Belum lagi berpisah sudah begini rasanya bagaimana pula apabila sudah berjauhan nanti. Saya takut untuk berpisah dengan awak. Sayang, adakah awak akan terus menyintai saya dan menjaga perhubungan kita sehingga ke akhir hayat kita? Saya tahu,kita masih muda. Perjalanan hidup kita juga masih jauh. Oleh sebab itulah saya berasa sangat risau. Mampukah awak untuk terus setia dengan saya? Setelah awak melangkah ke alam universiti masihkah awak akan menyintai saya sepertimana awak menyintai saya sekarang? Saya bimbang,sayang… Berikanlah keyakinan buat saya. Saya tidak mahu lelaki lain. Awaklah satu-satunya lelaki yang ada dalam hati saya. Saya mengharap pada awak,sayang. Sayang, saya berharap awak berusaha bersungguh-sungguh. Semoga kasih dan rindu serta doa saya mengiringi awak. Saya juga mengharap kejayaan untuk awak. Semoga berjaya sayang. Selamat menduduki peperiksaan.

Salam sayang dan rindu buat Akmal Hafizi,

Kaetrinasalwa


Akan bersambung...............

Kau sahabatku kau teman sejati....

Ya Allah, andai ini ujianMu...
Aku meredhainya ya Allah...
Ya Allah...
Hadir dirinya dalam perjalanan kami...
Menjadi pengubat kesengsaraan...
Menjadi madu dalam sebuah kegembiraan...
Ya Allah...
Kau kurniakan dia buat kami...
Satu anugerah yang tidak ternilai...
Kehilangannya satu kekurangan yang amat dirasai...
Ya Allah...
Permudahkanlah jalannya mencari cinta agungMu...
Pemergiannya diredhai dalam esak tangis kesedihan...
Tetapi Kau Maha Tahu kami hanya hambaMu amat dhaif diri ini...
Dalam kesedihan ini...
Terselit rasa syukur kerana Kau meminjamkannya buat kami...
Walau masih belum puas untuk kami melihat senyum tawanya...
Ya Allah...
Kau peliharalah dirinya...
Moga Kau tempatkan dia insan gemilang...
Dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dengan sebenar-benar iman...
Jujur, kami merinduinya...
Salam sayang dan rindu buat teman...
Allahyarham Muzakkir Nur Shafiq bin Mesni...

Adakah....

Aku mula rindu dengan kehidupanku di kampung... Bunyi deruan enjin kereta dan jerit pekik orang ramai semakin mengusutkan jiwaku yang sudah sedia teserlah kekusutannya. Aku hidu bau angin yang menderu menyapa pipi bersama hinggapan debu dan habuk-habuk kotoran. Aku ingin pulang.... Bersama keluarga menikmati juadah berbuka pada ramadhan yang pertama... Ibu,aku amat merinduimu.. Kenapa tika kau hadir disini tidak kau jengukkan wajahmu untuk melihat anak gadismu yang satu ini... Oh,ibu... Sampainya hatimu... Hati bagai dipagut rajuk yang panjang namun tika berbicara dengan ibu tidak kutampilkan rasa yang menggunung dijiwa... Aku sedih tapi apakan daya... Aku cuba memahaminya... Ramadhan bakal tiba... Masih aku di bumi tarbiah Nilam Puri menikmati juadah ilmu setiap hari bermula terbitnya mentari hingga hilang bayangnya di ufuk barat... masih lagi matahari terbit di situ... Aku juga masih tetap disini... Setia mengira hari-hari yang makin berlalu meninggalkan aku terkapai-kapai... Ah,terasa tubuh semakin hilang isinya... Selera ku bagai sudah kembali menunggu di atas meja hidangan ibu untukku... Aku tetap jua di sini... Menanti dan terus menanti... Ramadhan, lama kunanti ketibaanmu... Ke mana kau menghilang pergi... Saban ketika kau pasti pergi dan akan kembali semula menemuiku disini... Kali ini adalah kali terakhir aku menemuimu di tanah bertuah ini... Andai Allah masih meneruskan hayatku aku akan ketemu denganmu di tanah yang lain... Yang pasti, aku tidak akan disini lagi...
Yang pasti, kan ada insan yang merinduiku disini... Siapakah dia.....

Tuesday, August 3, 2010

Dia masih menyintaiku...

Semalam aku putus hubungan dengannya kerana dia mempunyai wanita lain... Aku sangat2 kritikal saat itu... Merasakan diri terlalu hina hinggakan dia sanggup menduakan aku... Aku terjerumus dalam lembah kekecewaan... Kecewa dan terus kecewa tanpa aku peduli siapa yang berada di sisiku... Tiba aku terdengar jeritan di hujung kalam seorang sahabat... Andai Allah tarik satu nikmat yang sangat kita cintai pada hari ini tidak bermakna Allah hendak membiarkan kita terus kecewa... Sesungguhnya Allah mahu kita kembali mengingatiNya...Pada hari esok pula,Allah akan mengurniakan kita nikmat dan hadiah yang lebih baik yang pernah dihadiahkanNya untuk kita... Allah menarik sesuatu untuk memberikan sesuatu yang lebih baik... Ya Allah, Kau masih setia menanti untuk aku menyintaiMu dengan cinta dan rinduMu buatku sedang aku hanyut dibuai mimpi kelam dan leka dariMu...Ya Allah, ampunilah aku... Cintailah Allah yang sedang setia menantimu... Jangan terlewat menyedari cintaNya... Pasti kau akan kecewa... Cinta suci untukmu akan berlalu...

Antara Dua Kasih...

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...
Tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuhnya walaupun hatinya...
Kerana Allah teramat menyintainya...
Tetapi apabila kita bergelumang dengan cinta lelaki...
DIMANA ALLAH UNTUK MENJAGA KITA??
Allah seolah-olah melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...
Jika Allah datangkan kesedaran supaya meninggalkan cinta seorang lelaki...
Bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya...
Mengapa masih ragu-ragu??
"KEKUATAN USAH DITUNGGU TETAPI HARUS DICARI..."
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...