Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
My Family day with Muamalat Family....
Assalamualaikum semua... Allah... Hari2 hampir exam ni memang sangat menggemparkan hidup ana... Bila waktu tidur tak pernah berbaring dengan lena... Semuanya tergesa-gesa... Tetapi ana masih mahu meluangkan sedikit masa mengupdate blog ana ni...
Seminggu sebelum minggu kuliah berakhir kami seluruh warga JSP (Jabatan Syariah Pengurusan) atau mudahnya muamalat dijemput menghadiri satu majlis hari keluarga. Ia dilaksanakan demi menggabungjalin dan mengukuh ukhwah yang terbina antara seluruh warga JSP dari super junior hinggalah super senior. Ia dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa orang sahabat tidak dapat hadir kerana kesibukan urusan masing-masing. Berkumpul di fakulti undang-undang dan berjalan kadang kala berlari menuju ke stesen LRT universiti. Terasa lenguh kaki melangkah namun digagahkan jua. Tidak berhenti sekdar di situ. Kami menaiki LRT untuk menuju ke check point pertama di stesen taman jaya. Terkejar-kejar melawan para pesaing yang lain. Dalam gelak tawa kami berlari laju. Exploracelah katakan. Sekumpulan dengan senior yang sangat ramah tamah orang-orangnya sangat menyeronokkan. Akh Bieber, Akh D8, Kak Wani n Kak Niza... Sempoi... Kebetulan kami mendapat kumpulan undia berwarna pink maka layaklah kami menggelar kumpulan kami jambu. Pelbagai halangan kami lalui sepanjang checkpoint. Apa yang paling mencabar adalah menyambut sebungkus pasir yang entah berapa puluh kilo beratnya. Bagai nak patah tangan ketika mula-mula menyambutnya. Sangka ana ia hanya seberat bungkusan biasa. Tidak pula menyangka di dalamnya berisi pasir. Bagai terkeluar isi perut menyambutnya. Tetapi ana tetap gembira.
Kumpulan jambu, "JAMBU KE??" di checkpoint pertama. |
Akh D8, ana, Kak Niza, Kak Wani, n Akh Bieber... Hahahaha "Kenapa nama lelakinya pelik2 yer... xtw...tanya demo..." |
My happy go lucky senior... Checkpoint hold small ball by chopstick... Memang kena bedung tangan siap2. |
Sempoi.... Rehat jap.... |
Adeh... penat... |
Cover album "zaman hingusanku..." Hehe |
Senyummmmmmm..... |
Please, whats ur name??? Give us know.... |
Panasla..... |
Payung pink ana untuk group pink... JAMBU... |
Nice..... |
Ambik hadiah.... |
Yeah!!!! Thats us!! We r JAMBU is the WINNER.... Chayalah!! |
This is my lovely friend.... Nabilah Razman.... |
Sempoiii.... |
Azliza... |
My course mate...hehe |
Ketibaan Dr. Azzah... Our ketua jabatan... |
Budak nakal... Fatin Nabilah comel... Hehe |
Persoalannya.... MUAT KERRR???? |
Ehem3... |
My Lajnah Learder... Akh Azizi... 3rd year.... Nice person... Xpernah marah... Walaupun kadang2 kami 1st year nyebling....haha |
Seronok sangat family day kami... Walaupun pergi dan balik terpaksa jalan kaki sampai kolej ke lapan ni tapi ana tetap puas hati... Terima kasih kepada para senior yang bersusah payah menganjurkan program ni untuk kami semua... Tahniah ya!!! For my self, ia adalah antara part termanis bagi sem 1 ni yang mampu buat ana tersenyum mengenangnya. Apa-apa pun. kami dah menang!! Alhamdulillah... Hehe....Jumpa lagi semua dalam post akan datang.... =))
Tuesday, December 27, 2011
Andailah dia ibuku....
Tubuh berasa rimas dan melekit dengan peluh yang membasah. Tuala kucapai. Hajatku ingin memandikan diri. Kuputar tombol pintu bilik. Langkah kuatur kemas keluar. Di hadapan sebuah bilik terbongkok-bongkok seorang wanita sedikit berusia sedang mengemas sampah yang berselerak. Tong sampah habis tergolek sedang sisa makanan penuh membanjiri lantai. Wanita separuh umur itu kadang mencangkung kadang juga berdiri tegak meluruskan pinggang. Sampah hasil anak gadis pelajar universiti yang berusia lingkungan 20an sedang dikutip oleh seorang wanita separuh umur. Layakkah?
"Assalamualaikum, makcik."
"Waalaikumussalam." Wajahnya manis mengukir senyuman.
"Saya tolong ya, makcik. Kasihan makcik. Tak mengapalah, makcik duduk dahulu berehat di mana-mana. "
Kubantu mengutip sisa makanan basi yang berterabur. Makcik itu hilang entah ke mana. Mungkin duduk berehat di mana-mana. Aku sekadar tersenyum. Dalam hatiku berasa sedikit tidak puas hati dengan ahli bilik yang tidak bertanggungjawab itu. Di mana mereka untuk mengemas ruang hadapan bilik mereka. Sampah mereka sendiri dan hadapan bilik mereka sendiri. Kenapa membiarkan orang lain yang membersihkannya? Makcik yang sudah separuh umur pula tu. Kesal dengan perbuatan mereka. Mereka sepatutnya mengambil berat tentang perihal kebersihan diri dan tempat tinggal. Ini tidak, keluar ke mana-mana waimah mahu ke kelas bergaya sakan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Walaupun biji mata yang sudah hitam itu diganti pula warnanya dengan berbagai warna lain demi mencantikkan diri. Sangat teliti dengan penampilan diri namun terlupa dengan kebersihan diri dan tempat tinggal. Kepada lelaki, jangan mudah tertipu dengan penampilan diri wanita yang mempesona kerana ia tidak menjamin bagaimana diri mereka yang sebenarnya. Sakit hatiku masih belum hilang. Tiba-tiba makcik tadi keluar dari tandas membawa sebatang mop. Dia berterima kasih kepadaku kerana membantunya membersihkan kotoran tersebut. Dia menyuruhku pergi menyambung kerjaku dan dia pula ingin menyambung kerjanya.
"Adik pergilah mandi. Tak apalah. Makcik dah biasa buat semua ni. Lagipun memang makcik digaji buat kerja ni semua."
"Makcik, makcik memang digaji buat kerja pembersihan tapi bukan membersihkan kotoran hasil anak-anak dara seperti kami ni. Kami minta maaf ya, makcik."
"Tak ada apa-apalah. Makcik tak kisah."
"Terima kasih ya, makcik sebab tanpa makcik pasti floor kami ni terlalu kotor. Para penghuni floor ni selalu ambil mudah kebersihan floor. Bagi mereka ada tukang cuci yang boleh bersihkan. Makcik pekerja bukan hamba. Saya kasihankan makcik."
"Tak apalah, nak. Makcik masih larat lagi buat kerja ni. Alhamdulillah jumpa anak ni kat sini hari ni. Terima kasih ya tolong makcik."
Aku tersenyum dan terus berlalu ke tandas. Sebentar kujengah dari celah pintu. Kulihat tubuh tua itu terbongkok-bongkok mengemop lantai yang kotor dan berbau. Sekiranya tiada dia masihkah anak-anak itu akan mengambil berat tentang kebersihan atau kemungkinan besar orang yang tidak suka kotoran seperti aku ini pula yang menjadi hamba mereka. Duhai perempuan... Benarkah kamu perempuan?? Apa yang lelaki pandang dan kejar pada perempuan sepertimu?? Aku hairan. Kutatap lama sosok tubuh itu. Mirip benar seperti ibuku di rumah. MasyaAllah... Andai benar ibuku yang melakukan kerja seperti itu, akanku arahkannya berhenti dari melakukannya dan aku pula lebih rela melepaskan pengajianku di universiti ini bekerja mencari sesuap nasi dari melihat ibuku diperhambakan sedemikian rupa.
Ya, mereka dibayar gaji untuk melakukannya tapi bukan untuk dipandang jelek dan sengaja diperhambakan. Kasihan... Sedihku melihat wanita itu. Andailah dia ibuku... Masihkah aku mahu menabur sampah supaya dia mengutip dan membersihkannya?? Astaghfirullahalazim......
Saturday, December 10, 2011
Misteri Cinta Aryana....
Mentari berlabuh di ufuk barat sedang bulan pula memuncul diri di lelangit tinggi. Selesai menunaikan solat maghrib berjamaah bersama teman-temannya, Tengku Hayyat mencapai kitab suci, al-Quran. Lembut suaranya menuturkan tiap bait kalamullah yang tertulis. Tiba-tiba terasa bergetar hatinya apabila bayangan wajah gadis itu menerpa ruang fikiran. "Astaghfirullahalazim..." Tengku Hayyat meraup muka. Bayangan gadis misteri itu kerap kali datang dalam setiap lena malamnya. 'Siapakah dia...'
Pada mulanya Tengku Hayyat menganggap ia hanyalah sebagai mainan tidur semata-mata namun bayangan itu kerap kali mengganggu tidurnya. Apabila diluahkan kepada sahabat baiknya, Adli menjawab ia hanya mainan tidur dan Tengku Hayyat terlalu memikirkannya membuatkan dia kerap bermimpi tentangnya. Biarlah ia begitu. Tengku Hayyat sudah tidak mahu mengambil pusing lagi.
Sudah terlalu lama bayangan wajah itu tidak muncul namun mengapa ketika ini? Tengku Hayyat menyentuh dadanya. Terasa degupan jantungnya kencang bergetar. Dadanya sakit. Tengku Hayyat beristighfar panjang. Al-Quran dalam pegangannya ditutup dan diletakkan di atas meja di hadapannya. 'Ya Allah, ujian apakah ini? Mengapa begini? Siapa dirinya? Mengapa jantungku kuat berdetak ketika mengingatinya?'
*******************************************************************
"Awak siapa?"
"Assalamualaikum, Hayyat."
"Awak siapa?! Kenapa awak selalu datang dalam mimpi saya?"
Gadis itu terus tersenyum manis. 'Subhanallah, indahnya...' Tengku Hayyat ta'jub dengan kecantikan gadis itu. Kelembutannya mempesonakan.
"Saya nantikan kehadiran awak di sana, Hayyat."
"Di sana?? Di mana?!"
Dia terus tersenyum dan menundukkan pandangannya. Sambil berpaling dia menutur salam dan terus berlalu pergi ditelan kekabus yang mengaburi pandangan.
"Nanti dulu! Jangan pergi!"
"Hayyat!! Hayyat!! Ya Allah.... Hayyat!! Bangun!"
"Nanti!!"
Tengku Hayyat terjaga sambil tangannya seakan-akan menggapai sesuatu dan tercari-cari.
"Hayyat, istighfar banyak-banyak, Yat."
"Astaghfiullahalazim... Ana kenapa, Adli?"
"Kamu mengigaulah, Hayyat. Aku terjaga pun sebab kau asyik menjerit-jerit je. Apalah kau ni! Tidur tak basuh kaki ke? Mengigau macam orang gila je. Orang lain pun mimpi juga tapi tak adalah macam kau ni macam dah kena sampuk je."
"Maaf, Li. Ni dah subuh ke?"
"Subuh apa kebendanya? Baru pukul empat pagi. Kamu ni...."
Adli terus naik ke katilnya dan menyambung tidur. Tengku Hayyat meraup mukanya sambil beristighfar. 'Kenapa dengan aku ni, Ya Allah?' Tengku Hayyat terus bangun mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat.
"Ya Allah, kerap kali mimpi ini mengganggu lenaku. Siapakah gadis itu, Ya Allah? Apa kaitannya dengan diriku hinggakan dia selalu ada menemani malam-malamku? Tunjukkanlah cahayaMu, Ya Rabbi."
Azan subuh berkumandang sayup-sayup menggamati suasana pagi. Tengku Hayyat terus menunaikan solat subuh. Dia seakan-akan lemah ketika itu. Entahlah. Hatinya seakan-akan yakin bahawasanya gadis itu benar-benar wujud dalam dunia hakikat ini. Tetapi siapakah dia? Dimana dia akan menunggu kehadiran lelaki itu?
***********************************************************
"Enta nak ke mana pagi-pagi ni?"
"Macam biasalah, Yat... Mak aku hujung-hujung minggu ni kena keluar cari rezeki tambahan. Kalau tak siapa lagi yang nak sara hidup kami sekeluarga. Tu, adik aku yang terlantar sakit kat hospital tu. Siapa nak bayar kos rawatannya kalau mak aku tak cari duit lebih. Akulah kena bertanggungjawab jaga adik aku kat hospital tu sementara mak aku keluar. Ikutkan hati aku yang jahat ni Hayyat oi dah lama aku cabut je wayar oksigen adik aku tu. Masa tengah sihat, aku pun dia tak mengaku saudara. Tak guna punya adik. Dah sakit-sakit sekarang ni aku jugalah yang kena jaga dia. Tu kalau dah sedar dari koma tak sedar-sedar diri juga memang aku tembak je biar mati terus tak menyusahkan orang lain."
"Apalah enta ni, Adli. Tak baik cakap macam tu. Walau bagaimanapun dia, dia tetap adik enta. Satu-satunya adik enta tak ada yang lain tau. Sejahat-jahat dia ana yakin pasti jauh di sudut hatinya terselit walau sekelumit rasa penyesalan tu."
"Sebab aku fikir dia adik akulah aku tak lupakan tanggungjawab aku ni, Hayyat. Entahlah. Aku tak tahulah apa masalahnya dengan adik aku tu. Sejak pemergian arwah ayah sikap dia terus berubah. Aku tak tahulah kenapa. Mak aku pun dah pening dah tak tahu nak tegur macam mana lagi."
"Ada hikmahnya dia sakit ni, Adli. Sekurang-kurangnya walau terbeban sedikit dengan masalah kewangan mak kau masih boleh bernafas lagi kerana adik kau dah tak mampu nak membebankan hati dia."
"Betul tu, Hayyat. Kau nikan Hayyat selalu je boleh lembutkan hati aku dengan ayat-ayat kau tu. Terima kasih ya, Yat. Kaulah sahabat terbaik aku. Nasib baiklah aku dapat sebilik dengan kau kalau tak aku tak adalah nak kenal kau, Yat."
"Ada-ada sajalah enta ni, Adli. Elok-elok bawa motorsikal tu. Jangan bawa laju-laju sangat."
"Ya, Hayyat. Aku ingat pesan kau. Tapi, Hayyat..."
"Tapi apa?"
"Kalau apa-apa jadi kat aku, kau ambil jelah aku punya laptop tu, ya. Aku sedekah. Sekurang-kurangnya ada jugalah benda baik yang aku buat sebelum aku pergi. Aku ni pelajar biasa tak macam kau budak agama. Apalah sangat pahala yang aku buat kat dunia ni. Adik aku, kau tolong jaga ya. Aku sayang sangat dengan dia sebenarnya walaupun dia tak pernah anggap aku ni abang kandung dia."
"Apa enta mengarut ni?? Janganlah cakap macam tu. Enta suka buat ana rasa bersalah, kan? Selalu juga buat ana tak sedap hati."
"Sebab aku ni Adlilah aku buat macam tu. Kalau aku bukan Adli aku tak buat macam tu. Tapi mengingati mati tukan satu tuntutan. Tak salahkan kalau sekali sekala ingat mati."
"Adli....."
Wajah Adli ditatap lama. seakan-akan sangat mendalam pesanannya. Mengapa? Matanya seakan-akan berkaca. Kenapa? Tiba-tiba Adli memeluk Tengku Hayyat. Kejap dan erat rangkulannya. Tengku Hayyat tidak sedap hati. Dia tidak membenarkan Adli keluar namun Adli berkeras juga mahu pergi. Tanggungjawabnya sebagai abang tidak pernah diabaikan. Dia seorang yang mulia sebenarnya walaupun kadangkala sikapnya serba tidak kena pada pandangan Tengku Hayyat.
"Assalamualaikum..." Adli mengucapkan salam. Tengku Hayyat menjawabnya sambil matanya menatap pemergian Adli.
********************************************************
Hari sudah lewat petang. Adakah Adli tidak pulang ke asrama hari ini? Tengku Hayyat berjalan ke hulu ke hilir. Kebimbangannya semakin menebal. Fikirannya asyik terarah kepada apa yang telah dikatakan oleh Adli pagi tadi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan dari telefon Adli. Tengku Hayyat tersenyum lebar. Hatinya yang bimbang berubah girang.
"Assalamualaikum, Adli. Ya Allah... Enta kat mana ni? Tak balik-balik lagi. Tidur kat rumah ke?"
"Waalaikumussalam... Hayyat ke ni... Ni mak Adli."
"Ha... Ya... Saya Hayyat, makcik."
"Hayyat, makcik nak sampaikan pesan Adli. Kamu jangan bersedih, ya. Adli minta kamu supaya berjanji kamu akan mengingati dia selalu... Adli...."
Suara di sana seakan-akan sayup-sayup kedengaran. Tengku Hayyat seakan-akan hilang sedar. Telefon bimbit di tangannya terlepas begitu sahaja. Kebimbangannya tadi ternyata benar. 'Adli....' Air mata lelakinya mengalir mengiringi pemergian sahabatnya.
"Ya Allah, tabahkan hatiku. Gantikan tempatnya dengan sahabat yang lebih baik yang mampu mendekatkan aku kepadaMu... Semoga redhaMu kau berikan buat dia sahabatku... Ya Allah...."
*******************************************************
Buat pertama kalinya setelah tiga tahun, Tengku Hayyat menjejakkan kaki ke hospital ini demi menunaikan pesanan Adli sebelum pemergiannya.
"Assalamualaikum, kak. Tumpang tanya, Aryana Hasyimah binti Ismail wad berapa,ya?"
"Sebentar, ya. Aryana Hasyimah, ya?"
"Ya, kak."
"Wad ICU, bilik nombor 12, dik."
"Terima kasih, kak."
"Eh, sebentar ya, dik."
"Kenapa, kak?"
"Maafkan saya. Melalui laporan terbaru ni dia dah dipindahkan ke wad biasa bilik bernombor 22 kerana dia dah sedarkan diri semalam."
"Yeke? Alhamdulillah. Terima kasih ya, kak."
"Sama-sama."
Tengku Hayyat berjalan meninggalkan kaunter mencari wad yang dimaksudkan. Pintu bilik tersebut dibuka perlahan sambil memberi salam. Kepalanya menjengah ke dalam tetapi tiada sesiapa di dalam bilik itu. Tengku Hayyat melangkah masuk. Sejambak bunga ros merah yang dibawanya dikeluarkan dari bungkusannya dan diletakkan dalam pasu. Cantik. Tengku Hayyat tersenyum. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Kedengaran bunyi gelak tawa. Tengku Hayyat berpaling ke belakang memandang ke arah pemilik suara yang menegurnya. "Subhanallah.........." Gadis di hadapannya mengukir senyuman. Manis. Tengku Hayyat ternganga memandang ke arahnya. 'Dia yang selalu hadir dalam mimpi-mimpiku.'
"Hayyat.... Silakanlah duduk." Puan Asma' ibu kepada arwah Adli menegurnya sambil memimpin Aryana Hasyimah menuju ke katil.
Pandangan Tengku Hayyat tidak beralih. Masih ke wajah gadis itu. Terasa diri seakan-akan bermimpi di siang hari. Subhanallah....
"Abang Hayyat, terima kasih atas semua bantuan abang pada kami sekeluarga selama ni. Saya tak tahulah. Saya rasa semua ni satu keajaiban. Saya tak ingat apa yang berlaku. Apa yang saya ingat kereta tu laju datang ke arah saya dan saya hanya mampu berdiri di situ dan menunggu. Abang, terima kasih ya. Kalau abang tak tanggung semua kos rawatan saya, saya tak tahulah apa akan jadi pada saya sekarang ni. Mungkin saya juga akan menyusul abang saya di sana."
"Jangan cakap macam tu! Tolonglah jangan cakap macam tu. Cukuplah hanya arwah Adli yang berkata begitu pada ana. Ana dah tak sanggup lagi."
"Maafkan saya, abang Hayyat. Abang, tentu abang Adli selalu cerita tentang saya, kan? Betapa saya ni jahat pada dia. Jahat pada mak saya. Entahlah, bang. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh benci sangat dengan dia. Pada masa tu, bila arwah ayah saya tinggalkan kami saya rasa macam tak ada sesiapa lagi dah yang sayangkan saya. Apa yang saya tahu, mak cuma dengar cakap abang saja sedangkan saya mak sedikitpun tak ambil peduli. Apa perasaan saya mak tak pernah pun nak ambil tahu. Tapi sekarang saya dah sedar, saya bersalah sebab saya boleh bersangka buruk pada orang-orang yang sayangkan saya. Semuanya disebabkan kasih sayang Abang Adli yang tak terbatas untuk saya. Ketika saya sedar, orang pertama yang saya paling taknak tengok adalah dia dan akhirnya hajat saya termakbul kerana Allah telah mengambil dia dari pandangan saya selama-lamanya sejak tiga tahun yang dulu. Sekarang, saya harap saya dapat bertemu dia lagi tapi semua tu mustahil, kan? Saya... Saya tak tahu bagaimana saya boleh benci orang yang paling sayangkan saya dan ambil berat tentang saya. Saya tak sempat minta maaf pada dia." Air mata gadis itu bercucuran jatuh.
"Aryana, Adli kadangkala lelah juga dengan sikap kamu tapi dia tak pernah menunjukkan betapa dia kecewa dengan kamu. Dia selalu khabarkan kepada abang betapa sayangnya dia kepada kamu. Walaupun dia dah pergi tapi kenangannya tetap ada bersama kita semua. Janganlah ditangisi pemergiannya sebaliknya doakanlah semoga dia tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang diredhai."
"Ya, bang..."
Air matanya masih lagi mengalir perlahan di pipi. Matanya melihat ke luar cermin tingkap memandang sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain layang-layang bersama. Tiba-tiba Aryana Hasyimah bersuara perlahan...
"Dulu abang selalu buatkan layang-layang kecil untuk Aryana terbangkan. Dia cakap, dia akan mencipta mimpi untuk Aryana dan Aryana yang akan menggapainya. Aryana sayang abang...."
Air mata itu semakin laju menyusuri pipinya. Terasa pedih hati Tengku Hayyat melihat kesedihan itu. Serasa ingin sahaja dia menyeka air mata itu dari terus mengalir. Arwah Adli sememangnya insan yang baik. Hatinya mulia walaupun dia tidak pernah mempamerkannya dengan jelas. Tengku Hayyat bingkas bangun meninggalkan bilik itu. Air matanya turut mengalir. Ingatan pada arwah sahabatnya itu masih menebal dalam hatinya.
*****************************************************
'Benar, Adli. Engkau selalu mencipta mimpi dan insan-insan di sekelilingmu yang akan menggapainya. Dan mimpiku yang telah Allah hadiahkan buatku engkau menjadi perantaranya dan akhirnya mimpi itu telah menjadi hakikat di hadapanku. Izinkan aku, Ya Allah menjadikan dia Aryana Hasyimah binti Ismail sebagai suriku. Telah lama bidadari itu menanti kehadiranku di sisinya....'
Friday, December 9, 2011
Dia Edi Efpandi....
Masyaallah... Penat sangat hari ni... Tapi Allah permudahkan hari ini untuk memperoleh ilmu... Esok hari jumaat dah tak ada kelas... Hurm... Tak tahulah... Terasa penat sangat... Sepanjang masuk ke UM kL ni... Banyak sangat kerja bertimbun-timbun. Setakat business sahaja dah ada lebih kurang 10 kerja termasuk asignment, kerja rumah, artikel, slide, pembentangan dan lain-lain. Mujur ada sahabat paling baik dan dekat dengan ana... Edi Efpandi yang telah lama ana kenali dia dengan budi yang baik dan sikap caring serta kesopanannya.... Dia sentiasa memberi dorongan dan semangat buat ana. Walaupun terkadang tak terlayan akan dia kerana tak menang tangan dengan kehidupan di sini namun dia sentiasa dalam ingatan. Jangan sedih ya, sahabat. Tak bermakna tiada khabar dari ana bermakna ana tidak teringat tentang kamu. Semua sahabat ana sentiasa ana rindui.
Edi Efpandi, My best friend!!! |
Dia bukanlah manusia luar biasa tetapi dia merupakan sahabat luar biasa ana antara sahabat-sahabat luar biasa yang lain. Untuk dipendekkan cerita, ana bertemu dengan dia dalam satu program sekolah ketika berada di sekolah menengah dulu. Kami merupakan pelajar dari sekolah yang berlainan. Namun telah ditakdirkan ana bertemu dengannya dan bersahabat baik sehingga ke hari ini. Dia merupakan seorang yang paling memahami diri ana walaupun terkadang dia sedikit tersinggung dengan sikap ana yang selalu acuh tak acuh sahaja tapi percayalah, bukan mudah untuk menjaga satu-satu perhubungan yang berkaitan dengan Ikhtilat Islamiyyah. Pandangan orang perlu juga dijaga dengan menjaga sendiri sikap kita. Sekiranya kita tak menjaga diri sendiri dengan mudah orang akan mengata. Tetapi mulut manusia siapa yang boleh menutupnya. Walau ke mana pun kita pergi takkan boleh untuk kita lari dari perkataan orang lain. Apa-apa pun, Edi Efpandi merupakan the best "boyfriend" i ever had. Thanks sangat sebab sudi jadi sahabat ana ni yang selalu bersikap ambil mudah tentang perasaan lelaki kamu tu. Ana mendiamkan diri bukan bermakna ana benci tetapi berdiam diri itu lebih baik bagi perhubungan lelaki dan perempuan kita ni. Post ni khas didedikasikan buat sahabat ana bernama Edi Efpandi. You are my best fren, sometime you can be my enemy, sometime then you can be my partner. What the heart i said, just thanks to become my friend. Well then, you are nice and kind person... Kind much2 for me... Thank You! Alikato!
Friday, December 2, 2011
Cinta dalam hati....
Menyintai seseorang dalam diam merupakan satu perasaan yang sukar diterjemahkan. Kadangkala hati terasa sedih dan pedih. Kadangkala juga hati bisa menjadi suka dan bahagia. Apabila terpandangkan dia nun jauh di sana hati kita seperti diisi dengan bunga-bunga cinta di taman kejora. Namun apabila dia tidak kelihatan, fikiran mula gelisah sedang mata meliar mencari di mana keberadaannya. Begitulah indah dan sakitnya bila aku jatuh cinta namun dipendam demi menjaga rasa malu dan hati yang bimbang andai si dia sudah termiliki hatinya. Hati... Hati merupakan satu dari komponen tubuh yang sangat sukar menterjemahkan isinya. Kadangkala mulut bicara namun hati menidakkannya. Akal sendiri tidak mampu mengetahui apa mahunya hati ini. Cinta... Cinta itu indah. Sesiapa yang tidak memiliki cinta dia bukan manusia biasa. Cinta hadir melalui hati yang hanya hati sahaja tahu apa mahunya ia.
Telah datang kepadaku seorang gadis manis dengan air mata yang bercucuran selebat hujan di luar sana. Kusentuh lembut tangannya lalu kugenggam erat. Kupeluk tubuhnya rapat. Kesedihan dan segala kesakitannya dilepaskan dibahuku melalui air mata. Basah bajuku tidak sedikit kupedulikan. Hanya hatinya sahaja yang ingin kupujuk walau tidak kutahu apa sebabnya kesedihannya itu. Kubisikkan lembut ke telinganya lafaz zikrullah demi menenangkan hati yang sukar diterjemah itu. Sendunya semakin surut namun lebatnya hujan di luar masih selebat tadi begitu juga hatinya. Walau air matanya sudah cuba dikeringkan namun hatinya itu masih terasa sakitnya. Kukesat air mata di pipinya dengan jemariku. Lembut. Matanya memandang ke dalam mataku seakan-akan meminta supaya kubantu dirinya. Supaya kutenangkan dia. Lalu aku pun bersuara.
"Tiada sesiapa yang dapat menenangkan dan membantu dirimu melainkan hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Berjumpalah denganNya terlebih dahulu. Rayu dan luahkan kepadaNya. Aku tidak bisa memahami apa mahunya hatimu. Allah itu tahu apa perancanganNya dan apa ciptaanNya mahukan. Bukan aku."
Hati yang turut sama sakit sedikit terpujuk apabila si manis itu mahu berjamaah denganku bertemu dengan Kekasih agung. Setelah sekian lama dia meninggalkan persujudan ini aku gembira dengan kesakitan ini Allah berikan jalan mudah baginya kembali mengingati Dia yang Maha Memiliki tiap-tiap hati. Kupalingkan wajah memandangnya setelah salamku ke kiri dan kanan bahu. Tubuh yang sedang sujud itu sedang bergetar seakan-akan habis seluruh rasa hatinya diluahkan kepada Yang Maha Mendengar. Air mataku turut menitis melihat betapa dalamnya kesakitan gadis itu walau dia pernah menjadi orang yang paling membenci diriku. Dia pernah membuat diriku terasa seperti sampah dalam masyarakat Islam akhir zaman ini. Namun Rasulullah telah mengajarku dan semua umatnya supaya bersifat dengan sifat pemaaf dan mengawal rasa amarah. Begitu hebat Rasulku dia Rasullullah. Subhanallah. Tak terluah betapa cintanya aku kepadanya. Andai dia masih berada di sisiku. Aku Khadijah akhir zaman ini mendamba cintanya sebagaimana cintanya kepada Khadijah, bidadari syurganya.
"Kak, maafkan saya."
"Tidak perlu meminta kata maaf itu kerana akak tak pernah memendam rasa sakit dulu. Ianya telah berakhir setelah melihat keangkuhanmu dirapuh oleh sujudmu. Terima kasih..."
"Kak...."
"Ya..."
"Kenapa akak sebaik ini?"
"Akak tak pernah menjadi baik tetapi sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik. Andai matamu melihat diri ini sedemikian rupa ingatlah, sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sering juga melakukan khilaf. Jangan memandang mulia diriku kerana bimbang andai sekali berlakunya khilafku maka kau akan membenciku."
"Kak.... Masih adakah yang mahukan saya?"
"Kenapa, sayang..."
"Saya kotor, kak. Akak pasti jijik dengan saya apatah lagi Allah."
"Jangan berburuk sangka dengan Allah, adikku."
"Tapi kak... Saya dah buang maruah diri saya, maruah keluarga saya. Saya dah sapukan arang di wajah kedua ibubapa saya. Saya dah berzina, kak. Saya dah buang keperawanan saya. Saya malu, kak. Lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab. Katanya saya hanya barang yang tiada harga. Boleh didapati secara percuma di mana-mana. Kak, masih adakah lelaki yang mahukan saya? Saya takut, kak."
"Tidak perlu risau, sayangku. Jangan takut atau bimbang dengan pertanyaan masih adakah lelaki yang mahukan kamu sebaliknya risaulah sekiranya masih mahukah Allah padamu. Taubat itu adalah satu jalan terbaik setelah melakukan khilaf. Bersihkan dirimu di hadapanNya. Jangan berburuk sangka dengan Allah. Allah pasti menerima taubatmu sekiranya benar-benar kamu mahu kembali padaNya. Pasti Dia akan memberikan jalan yang terbaik bagimu."
"Kak.... Terima kasih...."
Erat dia merangkul tubuhku. "Terima kasih, Ya Allah..." Allah itu sentiasa ada bersama tiap-tiap hati yang mengingatiNya. Tidak kiralah sebesar manapun dosa yang dilakukan oleh hambaNya. Subhanallah... Betapa mulianya Dia. Cintaku padaMu, Ya Allah sudah tidak mampu dipendam lagi. Kuluahkan kepadaNya betapa mahunya aku akan cintaNya. Aku mendamba cintaMu, Ya Allah. Biarlah semua makhluk tidak mengerti apa mahunya hatiku namun aku mendamba hanya cintaMu. Andai rasa cinta yang bertapak dalam hatiku buat insan itu, biarlah dia merupakan hambaMu yang turut sama mendamba cinta dariMu. Aku mahukan dia Adam itu membantu aku mendapatkan cintaMu, bukan menjauhkan aku dari sisiMu. Aku ini... Hanya manusia.... Manusia yang penuh khilaf punya hati yang berisi cinta... Cinta yang besar terluah buatMu namun terpendam buat adam itu demi menjaga hati dan imanku sendiri agar tidak terlalai dan tersasar jauh dari jalan hidayahMu....
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah al-Baqarah ayat 216).
Subscribe to:
Posts (Atom)