Terharu
dengan nukilan pemberiannya. Bukan kerana keindahan
bait susunannya tetapi kerana keikhlasannya. Dia arjuna,
sentiasa berusaha meng'islah diri. Sentiasa merendah hati. Allahu, Allahu,
Allahu! Permudahkan jalan baginya! Semoga ada solehah yang menjadi surinya,
sudi beriringan menuju Tuhannya . Sehingga sekalian bidadari syurga cemburu
dengan pendampingnya. Kerana kesolehannya itu menjadi rebutan dunia. Dia yang
merendah diri, merendah hati, merendah pekerti, merasa dirinya tidak sesuci insani,
semoga namanya sudah menjadi bualan para penghuni langit Ilahi. Terima kasih
atas nukilan ini.
Engkau
Engkau yg ku
kenal
Punya hati
yang baik
Punya akhlak
yang cantik
Punya
penampilan yang menarik
Sifatmu yang
ceria
Membuatku
gembira
Sikapmu yang
selamba
Membuatku
ketawa
Tapi
Apakah diri
ini Layak menemani
Menyunting
dirimu sebagai suri
Yang berjanji
sehidup semati
Kerana diri
ini tidak semulia yang dicari
Sering lalai
dalam mencari cinta Ilahi
Dikelilingi
wanita kanan dan kiri
Pujian insan
menghiasi diri
Walau menjadi
taruhan setiap lelaki
Dikau tetap
pujaan hati
Walau aku
bukan disisi
Dikau tetap
dinanti
Namun jika
dirimu disunting nanti
Ku redha
dengan ketentuan Ilahi
Namun jika
dirimu tidak ku miliki
Pasti ada
hikmah yang menanti
Semoga
menjadi seperti Khadijah
Tidak pernah
diduakan malah ditigakan
Semoga
menjadi suri yang solehah
Tidak pernah
hatimu dihampakan
Ketika
membacanya hatiku seolah-olah ditegur oleh Pemilik & Pentadbir
sekalian hati...
"Allah,
aku berasa megah dan ujub dengan merasa diri sempurna sehingga mengharap hanya yang sempurna bagiku.
Pilihkan bagiku, ya Allah, khalifah yang terbaik bagi diriku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku."
...Temui ibu ayahku, aku milik mereka...