Tuesday, September 13, 2011

Aku hanya buat suamiku....

Assalamualaikum semua...
Hari ini, terasa penat dan lenguh-lenguh badan memandangkan kelas penuh dari pagi hingga ke petang. Sedang duduk termenung tiba-tiba terlintas kenangan ketika minggu haluansiswa tempoh hari. Boleh dikatakan seronok juga kerana ia membuka ruang untuk saling berkenal-kenalan bukan cuma dengan rakan sebangsa malah yang berbeza kaum dan agama. 

Lewat tengahari itu, kami semua yang terdiri dari pendatang baru kolej kediaman ke lapan bergerak menuju ke Dewan Tunku Canselor untuk menghadiri satu program bersama pihak Universiti. Sambil-sambil menunggu bas, seorang sahabat beragama kristian dalam kumpulan yang sama dengan ana mengajukan satu soalan "Kenapa mesti tutup-tutup semua ni? Tutup kepala, kaki, pakai baju panjang. Tak rimas ke...?"

Ana tersenyum mendengar soalannya. Dengan tidak membuang waktu, bimbang ada yang mencelah perbualan kami cepat-cepat ana menjawab, "Islam menyuruh penganutnya menutup auratnya atas beberapa sebab yang terbahagi kepada dua. Yang pertama sebab yang berat dan kedua sebab yang ringan. Sebab yang ringan salah satunya adalah Allah taknak kulit hambaNya dari kaum wanita yang cantik mulus ni terkena pancaran matahari. Nanti gelap dan berdaki, dah tak cantik lagi." Dia tersenyum. Sengaja ana hendakmemancing minatnya. "Sebab berat pula?" Dia bertanya.

"Sebab beratnya adalah Allah mahu kami kaum wanita menjaga tubuh kami hanya untuk suami kami. Hanya suami sahaja yang berhak ke atas kecantikan kami. Bukan yang lain. Bukan sahaja dari segi sentuhan malah pandangan juga hak suami. Takkan dikongsi dan diberi buat yang lain. Kami menjaganya dari sekarang walaupun kami masih tak tahu siapa dia yang bakal menjadi pendamping di masa hadapan."

"Romantiknya!" Dia menyampuk. Ana tak cakap tetapi dia yang cakap. Ana hanya tersenyum dan berpuas hati dengan reaksinya.

"Ada sebab lain lagi tak?" Dia meminta jawapan lagi.

"Ada. Lagi satu sebab adalah Allah tahu manusia ada nafsu apatah lagi lelaki. Kita tak pernah dengar perempuan merogol lelaki sebaliknya lelaki merogol perempuan. Oleh sebab itulah, kita perlu menjaga tubuh kami dari mendedahkannya supaya kaum lelaki tidak dapat melihatnya."

"Tapi, perempuan yang pakai tudung pun ada yang kena rogol." Dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan ana.

"Memanglah. Tapi, bentuk badan saya dengan kamu sama tak?"

"Sama." Jawabnya.

"Nah, sebab itulah. Ada yang lain tak tutup aurat dan yang menjadi mangsanya mereka-mereka yang menjaga auratnya. Faham?"

"Ya, saya sudah tahu. Tapi ada jugak perempuan muslim tak tutup aurat."

"Memang. Saya tak nafikan. Depan mata kita sendiri pun ada kan? Tapi, dalam setandan pisang itu tidak semuanya elok. Agama kristian sendiri pun ada juga penganutnya yang melanggar perintah agama tersebut. Sama juga dengan penganut islam. Agama itu tak salah tapi penganutnya yang salah."

"Ohhhh......" Cuma itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Ana tersenyum dan berbangga dengan diri sendiri kerana berani menjawab soalan seberat itu. Bimbang tersalah cakap buruk padahnya...

Bersama dengan itu, tidak perlulah kita mencari kesalahan orang lain tapi tanyalah diri sendiri sebanyak mana kita sudah menjadikan diri kita betul di mata orang lain apatah lagi pada pandangan Allah... Selamat bermuhasabah....

No comments:

Post a Comment