Wednesday, September 28, 2011

Antara benua cinta...



Aku tak pernah kisah dengan kehadiran Muhammad Ikhtiari walau hati aku sendiri tak menafikan wajahnya memang cukup kacak dan sedap dipandang…Aku buat tak tahu saja apabila bertembung dengannya dan tak pernah pun terfikir apatah lagi berangan-angan untuk memilikinya… Dalam masa yang sama aku menjalinkan hubungan baik dengan Halawah Al-iman. Pada mulanya aku dan Halawah Al-iman hanya berhubung sebagai kawan biasa namun pada suatu hari dia meluahkan perasaannya padaku dan aku menerima lamarannya dengan tangan terbuka.

Apa yang menjadi kebimbanganku hari ini adalah aku mula menyedari bahawasanya cinta buat Halawah Al-iman hanyalah cinta palsu yang berpaksikan nafsu dan didorong oleh rasa sunyi dan keseorangan ketika itu… Hanya Allah saja yang tahu apa yang terpendam dalam benakku ini… Benar-benar berasa terhimpit dengan perasaan sendiri… Kepada siapa aku harus meminta… Aku bimbang andai aku memutuskan hubungan dengan Halawah Al-iman aku akan berasa bersalah padanya dan dia pula akan berasa kecewa kerana kehilangan cintaku… Selalu dia memberitahuku bahawasanya apa yang paling dia takuti adalah kehilangan cintaku… Ya Allah… Cinta yang baru mekar menghiasi laman hatiku ini buat hambaMu yang bernama Muhammad Ikhtiari benar-benar membuat aku keliru memilih jalanku sendiri… Apakah yang perlu aku lakukan… Aku tidak mahu mengecewakan hati sesiapa apatah lagi hatiku sendiri… Andai aku memilih Muhammad Ikhtiari aku bimbang andai terguris perasaan Halawah Al-iman… Andai aku setia bersama Halawah Al-iman aku bimbang andai hatiku sendiri akan terluka… Ya Allah, ujian hati ini benar-benar berasa terlalu berat sedang memikirkannya cuma sudah berasa terlalu terbeban Ya Allah…

Hari ini, aku berkeputusan untuk meninggalkan cinta buat keduanya dan kembali merebut cinta sang pencipta cinta… Kerana apa? Kerana aku menyedari dari ujian inilah Allah ingin menegur dan melihat sejauh mana aku berpihak untuk memilih cinta Ilahi… Dari ujian ini juga aku menyedari bahawa sesungguhnya aku telah jauh menapak jejak langkahku dari jalan jihad kepada Allah… Mungkin ini adalah pilihan yang terbaik… Tentang perasaanku… Mustahil ia bisa dibuang namun ia mampu dikawal demi menyedari aku bukanlah insan kamil… Aku hanya hamba yang hina di sisi Rabbi… Ya Allah…. Terimalah aku….
           

Kekasih,
Tahukah engkau…
Wajahmu mengisi peristiwa dalam setiap mimpi-mmpiku…
Bagaimana aku ingin melupakanmu…
Terasa sudah sebati ingatanku padamu…

Kekasih,
Andai kebimbangan ini meragui…
Aku memohon kepada Allah moga ditunjukkan buatku jalan terbaik disisinya…
Terlalu dalam perasaan ini buatmu…
Ia tidak mampu ditepis lagi…

Kekasih,
Rasa malu ini melindungi setiap perilakuku di hadapanmu…
Mana mungkin aku akan membuka rasa ini…
Mengakui cintaku padamu sedang hati ini berasa amat bimbang…
Andai ia hanya bertepuk sebelah tangan…

Kekasih,
Berikanlah aku jawapan andai isi hatimu itu berpihak padaku…
Terimalah aku sebagai surimu andai bagimu aku yang terlayak…
Terimalah aku…
Duhai kekasih…

1 comment:


  1. >>ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala telah mempersiapkan yang terbaik untuk hamba Nya, untukmu,dan untuk kita semua..

    Orang yang saat ini kita cintai belum tentu bisa menjadi pendamping kita nantinya..Tapi,Siapapun orang yang telah menjadi suami/istri kita nantinya harus benar-benar kita cintai.

    Jodoh adalah kepastian ILAHI:
    Dalam sebuah hadis di katakan: Jodoh ditentukan Allah

    لو دعا لك أسر فيل وجبر ئيل وميك ئيل وحملة العرش وأنا فيهم ما تزوجت الاالمر أةالتي كتبت لك....
    Seandainya malaikat israfil, Jibril, Mikail dan malaikat-malaikat pemikul arasy berdo,a untuk kamu, dan aku berada di tengah-tengah mereka, tidaklah kamu akan menikah kecuali dengan wanita yang telah ditentukan untuk kamu..(Lihat kitab Asbabul wurrud 3, halaman. 160)

    Keterangan:
    1. Takdir mengalahkan segala2nya, bahwa manusia harus pasrah atas apa yang datang dari Nya
    2. Kewajiban Mnausia hanya berusaha, berihktiar dan berdo,a



    Mkasih y kak, atas berbaginya,, salam kenal..,semoga Allah selalu memberikan hamba2 Nya kejutan2 yg membawa kita kpd kebahagiaan,,

    kapan2 mampirlah ke blognya awak..!

    ReplyDelete