Wednesday, January 12, 2011

Siapa kamu semua buat diriku...





Assalamualaikum w.b.t.... kalimah salam yang minta disampaikan kepada para pembaca sekalian dari para sahabat majmuah lima... Kulakarkan sedikit coretan hati buat teman-teman majmuahku hari ini...

Sahabat-sahabatku, telah kita lakarkan sejarah cinta sahabat sepanjang menuntut di bumi Nilam Puri selama dua sem ini... Ukhwah yang terbina bukan sekadar ukhwah biasa namun ianya menjadi tali kasih dan cinta kepada yang Esa... Sekadar sedikit perselisihan merupakan asam garam dalam berukhwah... Andai tiada perisanya maka tidak nikmatlah ukhwah yang kita jalani selama ini.... Sahabat-sahabatku, setelah melangkah keluar dari bumi Nilam Puri ini, masihkah lagi kita akan menghadapi masa-masa bersama... Andai tiada lagi peluang untuk itu, ketahuilah hari ini... Sesungguhnya ana terlalu menyayangi antunna semua... Perpisahan itu membuahkan ingatan kepada kenangan... Ingatilah hari2 yang masih bersisa sedikit sahaja lagi ini untuk melakar sejarah kehidupan sebagai mahasiswa Islam yang punya ukhwah kukuh dalam bersahabat....

Tuntutan ilmu itu yang utama... Jangan mengalihkan arahmu kepada tuntutan lain yang bersifat keduniaan... Ini pesananku buat teman dan diriku sendiri.... Apabila tiba di kampus induk nanti, peliharalah jua maruah diri dan agamamu... Andai ada yang meletakkannya di bawah, para sahabatmu masih ada untuk membantu dirimu mengangkat semula martabat maruah dan agamamu... Mu'minahku, bersama kita membina diri dan hati ke arah cinta dan redha Allah... Andai ana tiada lagi, insan2 seperti antunna semua yang akan mendoakan kesejahteraanku disana.... Jaga diri, jaga hati dan jaga imanmu... Pelihara diri hiasi peribadi......salam sayang dilayangkan buat teman-teman....

Menjahatkan orang??Kerana lidah badan binasa....



Bertemu kembali setelah lama menyepikan diri....Kisah kali ini ana bawakan khas buat antum antunna semua dari pengalaman yang telah berlaku pada ana . Sangat mencengkam jiwa... Sekiranya antum antunna hendak tahu, ikuti penulisan ana kali ini sehingga penghujungnya.

Suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata :

“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.

Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula :

“Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi :

“Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata :

“Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya

“Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”

Daripada kisah ini wujudlah pertimbangan fikiran ana yang sedayanya didorong oleh ilmu yang dipelajari tanpa kawalan nafsu yang melulu.

Manusia? Siapa manusia? Ya, manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dalam kalangan semua makhluk yang diciptakanNya. Apabila tunduknya seluruh para malaikat dan makhluk ciptaan Allah yang lain kepada nabi pertama kita, Adam Alaihissalam hinggakan menyeru juga Allah kepada Iblis untuk tunduk patuh dan hormat kepada manusia sedangkan si iblis merupakan makhluk paling tinggi dan mulia darjatnya dalam kalangan makhluk sebelum penciptaan manusia ketika itu menunjukkan kepada kita semua betapa besarnya peranan manusia kepada Penciptanya... Mengapa manusia dikurniakan darjat setinggi itu?

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Surah Al baqarah, ayat 30.

Untuk yang lebih lanjut rujuk kepada ayat seterusnya,31,32 dan 33. Ayat tersebut menunjukkan kepada kita semua betapa tingginya darjat manusia di sisi Allah. Namun manusia yang bagaimana? Tentu sahaja manusia yang beriman dan beramal soleh. Ayat tersebut juga menunjukkan kepada kita sungguhpun manusia itu merupakan sebaik-baik ciptaan namun manusia juga mempunyai kekurangan yang langsung tidak dapat ditolak oleh manusia sendiri walau sedikitpun. Oleh sebab itu, Allah menurunkan kepada seluruh manusia para nabi dan rasulNya sebagai utusan kepada risalah dan hidayahNya. Sekiranya tanpa panduan arah oleh yang Maha Kuasa, tentu sahaja manusia akan hidup dalam keadaan huru hara kerana manusia serba tidak sempurna dan penuh dengan kekurangan. Andaikan tiada peraturan dan panduan dari Allah, undang-undang yang dicipta oleh makhluk yang serba kekurangan untuk mengatasi sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat tentu sahaja undang-undang tersebut akan turut sama menjadi serba kekurangan. Kita sendiri boleh berfikir tentang itu. Mencuba setinggi mana sekalipun walaupun setelah turunnya panduan dari Allah, manusia tetap juga tidak mampu menjadi yang sempurna kerana fitrah manusia sendiri yang sering lupa,lalai dan leka. Apa yang kita semua mampu lakukan sebagai manusia adalah cuba menjadi yang terbaik walaupun tidak mampu untuk menjadi yang sempurna.

Kupasan cerita tentang Luqman Al-Hakim bersama anaknya menunggang seekor baghal. Apa persperktif pertama yang anda semua fikir setelah membaca kisah di atas? Tentu sahaja antum antunna akan berfikir, "Oh, kita perlu menjadi diri kita sendiri. Jangan dengar cakap orang." Ya, mungkin. Tapi hebat benarkah kita hendak disetarafkan darjat kita dengan Luqman Al Hakim? Sudahkah kita menjadi sebijaknya atau setinggi taqwanya kepada Tuhannya? Layakkah juga kisah tentang diri kita untuk dijadikan Kalamullah di dalam kitab suciNya Al quran sebagaimana termaktub kisah Luqman di dalamnya? Jawab pada diri anda sendiri. Kisah di atas sebenarnya ditakrifkan dan disamakan hanya buat insan-insan yang beriman dan bertaqwa. Memenuhi jalan hidupnya dengan cinta dan rasa ta'jub kepada Allah. Bolehkah kisah tersebut disamakan pada mat rempit atau pelacur di luar sana? Penagih dadah mahupun pembunuh bersiri? Tidak sama sekali bagi ana. Tentu sahaja mereka-mereka dalam senarai itu merupakan pelaku dosa besar yang menempah tempat secara percuma di neraka kelak kerana telah termaktub di dalam Kalamullah yang suci antara perkara yang diharamkan oleh Allah. Mana mungkin seorang pelacur boleh katakan begini setelah mengetahui kisah di atas, "Oh, setiap manusia ada cara tersendiri. Tidak akan terlepas dari kata jahat orang lain. Begitu juga aku seorang pelacur ini." Bolehkah begitu? Sekiranya ada pelacur yang katakan begitu, ana orang pertama yang akan mentertawakannya. Kerana apa? Dia tidak tergolong dalam golongan insan yang termasuk dalam tsabit cerita di atas kerana dia tergolong dalam kalangan manusia yang bukan cuma mendapat tohmahan manusia malahan tohmahan dan kutukan dari Allah s.w.t.

Walaupun begitu, jangan memandang sesuatu yang lebih besar dahulu, mulakan pada diri kita sendiri. Renungkan pada perkara yang lebih kecil skopnya. Tentu sahaja kita tidak suka ada pandangan jahat dan kata-kata yang buruk tentang diri kita. Tiada siapa yang boleh lari dari perkara itu. Diri ana sendiri, tak lari dari sebaran fitnah dan ucapan serong orang sekeliling. Ana sendiri tidak suka sekiranya ada yang sibuk bercerita itu ini tentang diri ana. Yang jahat-jahat sahaja yang orang nampak pada diri kita. Oleh yang demikian, jagalah mulut dan tutur kata kita dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh mencela dan memburukkan orang lain. Hari ini cerita itu bermula dari mulut kita kepada seorang sahabat, sahabat kita menyampaikan kepada sahabatnya, sahabat kepada sahabat kita itu pula bercerita pada sahabatnya hinggalah kisah itu tersebar dan diketahui orang ramai sehingga pandangan-pandangan serong terbit pada si sipolan. Padahal, sipolan tersebut tidaklah sebesar mana kesalahannya. Mungkin sipolan tersebut bukanlah seperti yang disangkakan tapi kerana cerita kotor yang disebarkan oleh radio bergerak secara percuma itu membuatkan orang ramai melabelnya sebagai "JAHAT" atau "KEJI". Diri kita pula, free2 sahaja diberikan oleh Allah dosa yang bersambung-sambung dan tidak putus selagi mana kisah tersebut masih tersebar luas. Astaghfirullahalazim.... Peliharalah lidah kita... Kerana lidah yang lembut tidak bertulang ini akan membantu kita menempah tempat yang besar di dalam neraka untuk jangka waktu yang panjang....

Ini cerita ana...Ana sedikit kekok dengan dirinya kerana cara dan pemikirannya sangat berbeza dengan ana. Dia juga seorang yang sangat suka melabel, cerewet dan mudah membenci orang tanpa mengenalinya dengan lebih dekat terlebih dahulu. Untuk mengelakkan ana dari terus-terusan mengotorkan hati menambah kebencian padanya, ana mendiamkan diri. Oleh sebab itu, seperti ada batu besar yang memisahkan antara ana dengan dia. Ada sahaja yang dilakukannya tidak kena pada mata ana. Serasa ingin menjerit sekuat hati melepaskan semua yang terbuku dalam hati. Akhirnya ana bertindak meluahkan perasaan kepada seorang sahabat. Dia menyuruh ana bersabar dengan tingkah lakunya. Sahabat ana juga mengatakan mungkin ana sendiri yang terlalu sensitif dan terbawa2 dengan pemikiran yang bertentangan dengannya. Ana menerima nasihatnya dan terus bersabar... Ya, tidak ana nafikan ana sendiri bersalah dalam hal ini... Kata-kata sahabat ana termakan juga... Mungkin ana sendiri yang terlalu sensitif... Tidak mengapalah.. Ana menerima kesalahan ana dan cuba menebusnya. Dengan dia, ana cuba berlapang dada dan menerima... Hinggalah suatu hari, seorang sahabatnya datang ke bilik dan berdiri di luar pintu sambil berbual dengannya. Tiba-tiba sahabatnya bertanya, "mana kak bilik ni yang....... " bicaranya tergantung kerana dia cepat-cepat menahan sahabatnya dari terus menyambung kata-kata kerana ana ada di dalam bilik ketika itu. Kemudian sahabatnya berkata lagi, "kita tak cakap apa2 pun lagi tau...." Ya, memang ana mendengar setiap pertuturannya. Sedih! Hanya itu perasaan yang bisa digambarkan ketika itu... Ana terus berlari meninggalkan bilik dan mencari sahabat ana. Sahabat ana cuba meredakan tangisan yang sedang bersiaran langsung. Dia menenangkan perasaan ana... Ya, sedang sangat terluka ketika itu... Mana mungkin ana boleh menipu perasaan ana sendiri. Air mata ana keluar tanpa diminta. Langsung tidak boleh ditahan. Ana kecewa benar ketika itu. Serasa hendak keluar dari bilik itu dan tidak mahu melihat mukanya lagi. Benci! Sahabat ana menjadi penenang lagi. Dia tidak mahu mengeluarkan bicara kerana ana benar-benar terluka ketika itu. Sedikit nasihatnya, "Pergi balik sekarang, tunaikan solat sunat dan mengadu sepuas-puasnya kepada Allah." Ana turuti nasihatnya. Lebih tenang selepas itu. Memuhasabah diri sendiri merupakan perkara terpenting ketika hati sedang dilanda kemurungan dan masalah.
Tidak lama selepas itu, berlaku sedikit salah faham antara ana dan rakan sekelas. Ketika itu juga ana sangat murung hingga membawa kepada pertemuan ana dengan rakan sekelas ana itu. Akhirnya dia menerangkan pada ana bahawa ana langsung tiada kaitan dengan perselisihan yang berlaku. Ana mengucapkan syukur panjang. Daripada kejadian itu, Allah mentarbiah hati dan menegur ana... Dalam setiap perselisihan yang berlaku, janganlah bersikap angkuh dan ego... Mungkin perselisihan yang berlaku berpunca dari diri kita tanpa kita sedari. Sebelum menuding jari kepada orang lain lebih baik menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu dan bersikap menjadi yang lebih awal meminta maaf.

Ana memaafkan kesalahan dia kerana merasakan semuanya berpunca dari ana. Tidak mengapalah. Namun tidak lama selepas itu, sahabatnya yang sama yang datang lagi ke bilik. Ketika ana membelakangkannya, sahabatnya itu menunjuk-nunjuk ke arah ana. Dia hanya memandang ke arah sahabatnya sambil tersenyum. Ana merasakan ada sesuatu yang pelik sedang terjadi ketika itu. cepat-cepat ana berpaling ke belakang. Aksinya kantoi dan dapat dilihat oleh ana. Sahabatnya terus terdiam. Hati ana menangis lagi ketika itu. Mata ana hanya mampu menyembunyikan apa yang zahirnya namun perasaan ana bagai dikelar-kelar. Laungan Istighfar dan zikir yang termampu diluahkan. Pandangan ana pada sahabatnya telah lama dijatuhkan. Perlahan-lahan ana naik ke atas katil dan cuba melelapkan mata. Hati masih lagi kecewa dengan kejadian yang baru sahaja berlaku... Tiba-tiba air mata yang ditahan tadi mengalir juga dari celah-celah kelopak mata yang tertutup...

"Apa salahku yang telah aku lakukan kepada mereka, Ya Allah... Adakah aku telah menyakiti mereka dengan kesakitan yang teramat sangat? Ya Allah, tolonglah tegur hambaMu ini sekiranya ada aku melakukan kesalahan yang tidak disengajakan....."

Sayu...Hanya itu yang termampu... Setiap kali bertembung di jalanan atau di mana-mana, sahabatnya akan menarik muka dan memandang ana dengan pandangan benci... Sehingga hari ini, ana masih tertanya-tanya... Apa salah ana.....

Kesedihan ana membawa ana kepada penceritaan ini. Ana sekadar ingn berkongsi untuk dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan buat antum antunna semua. Bukan untuk kutukan atau tohmahan yang disengajakan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan mana-mana sahabat atau kenalannya lebih baik berterus terang dari menyebarkan cerita yang tidak-tidak tentangnya. Pada mulanya mungkin memang dia yang bersalah namun disebabkan sikap dan kegemaran kita yang lebih suka bercakap-cakap di belakang akan memulangkan dosanya pada kita dan menambah pahala buat dia. Buat yang mendengar cerita pula, jangan terlalu cepat menilai dan melabel seseorang hanya kerana cerita yang didengari oleh sahabat terdekat kita tanpa kita mengenali dengan lebih baik bagaimana sipolan yang dikatakan itu dan mengkaji kesahihan cerita tersebut....Renung2kanlah.......wallahua'lam...

Monday, December 6, 2010

Beautiful College...


Sedikit hari lagi bersisa demi menghabiskan waktu-waktu berbaki di bumi Nilam Puri... Kediaman yang tenang dan selesa apatah lagi bilikku benar-benar berhadapan dengan padang... Saban hari bayu bertiup lembut menembusi celah-celah tingkap bilikku yang terbuka... Masihkah lagi ada penggantinya? Kala penghujung tahun di bulan Disember, kerap kali Bumi Kelantan akan dibasahi hujan yang tidak berhenti menitiskan diri menyuburkan tanah Ilahi... Jadi terkesima seketika dengan kesejukan yang melanda... Setiap kali itu juga aku akan berbaring di atas katil sambil ditemani selimut tebal dan pasti tidak bisa dilupakan... Stokin ungu pink milikku disarungkan ke kaki... Kenangan ini akan tetap dan berkekalan dalam sanubari ini biarpun jauh aku pergi meninggalkan bumi kenangan ini....

Monday, November 29, 2010

Soalan Maut dari Paderi power....


Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )

Friday, November 26, 2010

Rindu Pada Dia.....


Ana mengenali insan ini ketika hari pertama ana memasuki alam persekolahan... Mama dan abah tak hantar ana masuk tadika sebab mereka kata, "Masuk tadika bukan belajar sangat pun, main je banyak nanti...." Ana sendiri pun tak tahu. Betul ke? Yela kot... Sebenarnya ana dah lama nampak insan istimewa ni... Selalu nampak dia main buaian n kejar2... Hari pertama ana terkial2 xkenal sape2 pun kat dlm kelas darjah 1 time 2... Memang lonely sangat... Siapa sangka dia orang pertama yang tanya nama ana... Dia suruh ana panggil dia alang je.. Bukan tak ada kawan yg ana sedia kenal cuma kwn ana 2 lebih selesa bramah mesra dgn kwn2 lmeny dari tadika... Hurm... Ana sayang sangat dengan dia... Masa darjah enam, maklumlah... Perangai still xmatang... Budak2 blom baligh ag...mne ade prasaan... yang kami tahu, jalani hidup dgn bahagia n main.... Lepas habis pekse UPSR n PSRA ana n kawan2 1 kelas mghabiskan masa yang free dgn main btu seremban, lubang tikus, getah n mcm2 lagi... Pernah 1 ketika 2 kami dilarang main konda kondi kat blakang bangunan kelas sebelum pekse... Ustazah cakap kalau nak main, main lepas pekse... Jadi bila lepas pekse memang pulun main konda kondi puas2.. Ustazah pun tak boleh nak cakap ape... sbb kami memang ank murid ustazah yang paling kuat bodek...we love ustazah Latifah... Guru kelas kami time 2... Satu hari, sorang kawan yang duduk dekat ngn kwsan sekolah bwk tikar... maka dgn segala kemudhn yg ade kami pun main baring2 kat belakang kelas... Dalam kelas darjah 6 sekolah agama time 2 cuma ade 18 org... sume dh mcm adik bradik... Memandangkan bantal tak ada.. Kami mgaplikasikan seluruh badan Alang yg tembam n mantap 2... Bes sangat.... Ana rindu sangat dgn dia... Akhirnya ditakdirkan ana dgn 9 orang shbt ana dari sekolh rendah masok ke Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang termasoklah Alang, sahabt kesayangan ana... Macam2 dugaan yang kami dapat di sekolah baru 2... memang rindu sangat ngan sekolah lama masa mula2 masok 2... Yang wat ana sedih.. Dari form 1 sampai form 5 kat sekolah 2... Alang tak habis2 mengadu ckp ramai orang yg ejek2 die n kutuk2 dia sebab dia gemok... Ana jadi serba salah... Tak tahu camne nak pujuk dia... Apa yang ana nampak sebab sikap rendah diriny buat diri die lbih baik... Bukn pd pndgn manusia... Tp pd pndgn Allah... di sisi Allah, mungkin dia lebih mulia dari sesiapa pun... Ana rasa dia tak pernah sakitkan hati sesiapa... Hubungan dia dengan keluarganya? MasyaAllah... Tak perlu tanya... Memang dia seorang sahabat yang sangat baik... Lepas SPM ana ditakdirkan masuk ke UM kat kampus nilam puri, Kelantan dalam jurusan Syariah hinggalah ke hari ini.... Dia pulak, Allah tetapkan tempatnya di Kolej Universiti Islam Selangor... Lama tak dengar cerita pasal die...Lepas masing2 masuk u dah tak tak tahu hal masing2... Setiap kali ana cuti dia tak cuti... Dan setiap kali ana balik jugak tak pernah berkesampatan nak bjumpa dengannya... Hinggalah satu hari ana trlewat bangun tido... Masih ana berada di bumi Kelantan ini.. Jauh dari negeri sendiri di Selangor... Dan ana rasa terkejut dgn sbenar2 trkejut bila seorang sahabt ana dari sekolah rendah bg mesej britahu yg Alang masuk ke hospital... Minta tolong doakan untuk dia sbb keadaan dia kritikal time 2... 50-50... ana rasa macam tak percaya... Mcm2 soalan ana tanya kat sahabt ana yg mnyampaikan berita 2... Dia cakap, Alang kena demam denggi... dan ditempatkan kat hospital Selayang... Ana mndoakan ksejahteraan seblum ana brangkat ke tandas untuk mndi... Siap mandi ana masuk bilik n terus mnyerbu ke arah telefon bimbit... Akhirnya apa yang trlakar di situ?

"Al fatihah buat arwah sahabat kita, Muzakkir Nor Syafiq yang telah meninggalkan kita semua menemuikekasih agungnya..."

Berjurai air mata ana mendengar khabaran 2.. Siapa sangka... Sahabat baik yang ana kenal lebih dari separuh umur ana meninggalkan ana buat selamanya... Lahir persoalan2... kenapa pergi dulu? kenapa tak tunggu ana? Kenapa mesti sekarang? Pelbagai persoalan yang ana sendiri tak boleh nak jawab jika tanpa bimbingan iman dan taqwa... Air mata makin deras menyusuri pipi ana... Hati? Andai bisa ditunjukkan pasti semua akan dapat melihat betapa hancurnya ia saat itu...

Alang.......
Ana masih ingat lagi saat tu enta tanya ana...
"Ieja, aku gemok tak ada siapa yang nak kat aku..."
Ana menjawab." InsyaAllah, akan adayang terbaik untuk enta..."
"Senang2 Ieja jelah kahwin ngan aku...."

Selorohnya buat ana tertawa saat itu tapi ia buat ana menangis hari ini.... Rupanya, tak sempat buat ana melihat siapa insan terpilih yang Allah ciptakan buat dia.... Sayangnya ana pada dia... Hingga hari ini... ana akan mengalirkan air mata saat mengingatinya..... Pengebumiannya berjalan dengan baik... Pemergiannya pada 11 Jun 2010... Dari cerita seorang sahabat, walaupun dia seorang yang bertubuh gempal namun tak terasa berat saat mengangkat jenazahnya...

Ya Allah, aku menyayanginya sebagai seorang sahabat yang sentiasa bersama saat suka dan dukaku.... Ya Allah, kau peliharalah dia...... Kau sahabatku... Kau teman sejati.... Cinta dan kasihku buat mu, Allahyarham Muzakkir Nor Syafiq bin Mesni...

Thursday, November 25, 2010

Wednesday, November 24, 2010

Cahaya seorang Khadijah...


Khadijah memohon izin kepada kedua ibu bapanya untuk menyambung pengajiannya di Universiti Nottingham, United Kingdom. Ibu bapanya jadi berat hati ingin merelakan pemergiannya. Fikiran yang bukan-bukan mengintai tingkap hati mereka. Bukan apa, pandaikah dia menjaga dirinya? Bisakah dia bersendirian di sana? Dengan siapa dia akan bersahabat nanti? Bagaimana amalan agamanya? Adakah akan sentiasa berada dalam keadaan baik? Bagaimana pula sekiranya dia akan terpengaruh nanti? Puan Salina dan Encik Syakirin beristighfar. Keluhan nafas berat dilepaskan. Khadijah pula yang jadi serba salah kerana meletakkan kedua orang tuanya dalam keadaan yang sukar dan kritikal. Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan secepat mungkin. Puan Salina meminta izin berlalu dari ruang tamu. Air matanya hampir-hampir sahaja menitis di hadapan anak tunggal kesayangannya itu. Dia tidak mahu Khadijah melihat air mata pengecut miliknya. Dia bukan tidak mempercayai anaknya sendiri. Apa yang terbuku dalam hatinya hanyalah sebuah rasa bimbang yang memuncak.Bimbang dan gelisah andai perkara yang tidak diingini terjadi pada anak gadisnya. Dia masuk ke bilik dan menutup pintu rapat. Khadijah yang masih berada di ruang tamu bersama Encik Syakirin memandang wajah ayah itu. Ada kerutan yang sukar ditafsirkan samada dia tidak suka dengan keputusan Khadijah ataupun dia berasa berat hati. Khadijah tunduk. Bergelombang rasa serba salah dalam hatinya. 'Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ini? Andai berat benar keputusan ini maka tidak mengapa aku mengorbankan kehendakku sendiri demi menjaga hati kedua orang tuaku....' Khadijah menghampiri bapanya yang sedang tunduk.

"Abah, tak mengapa kalau mama dan abah berat hati nak lepaskan Ieja. Kalau ieja ada di tempat mama dan abah pun Ieja akan beri respon yang sama." Khadijah bertutur lembut pada bapanya.

"Ieja, abah minta maaf. Tapi Ieja, bukan senang nak lepaskan anak abah yang ada satu saja ni pergi ke tempat orang. Apatah lagi jauh dari kami."

"Abah, Ieja tak nak paksa abah dengan mama lagi. Tak apa Ieja belajar kat sini saja. Lagipun, bukan Ieja tak ada tempat nak sambung belajar di sini. Ieja boleh saja kalau nak sambung degree Ieja di UM... Demi mama dan abah Ieja rela selamanya berada di sisi kamu berdua."

Wajah Khadijah dipandang dengan penuh rasa syahdu. Bukan dia tidak tahu Khadijah akan patah hati sekiranya keputusan mereka tidak berpihak pada keinginan anak itu. Sejak dari kecil lagi Khadijah sudah bercita-cita ingin menjadi seorang penuntut Universiti Nottingham dalam jurusan undang-undang. Dia tidak mahu menjadi punca keruntuhan harapan anaknya yang satu itu. Cepat-cepat dia bangkit dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkan Khadijah sendirian di ruang tamu.

Saat makan malam memang dinantikan Khadijah saban hari kerana boleh berkumpul bersama kedua ibubapanya dan berkongsi cerita bersama. Malam itu seperti biasa Puan Salina menyediakan masakan yang enak-enak. Khadijah jadi kecur liur dan tidak sabar ingin menikmati hidangan ibunya.

"Wah, mama Ieja ni memang the best mother in the world la... Ieja suka sangat... I love you, mom."

Puan Salina hanya tersenyum. Mereka makan dengan berselera sekali. Selesai makan mereka duduk semula di meja. Pelbagai cerita keluar dan mereka gembira berkongsi cerita. Tiba-tiba Khadijah tersebut tentang pengajiannya. Puan Salina dan Encik Syakirin terus terdiam. Rasa serba salah menyerbu semula. Muka Khadijah yang putih melepak mula nampak memerah.

"Ieja, mama dan abah dah buat keputusan. Ieja boleh sambung belajar di UK. Abah dengan mama dah bincangkan perkara ni." Encik Syakirin bersuara.

Khadijah berasa sangat terharu. Dia bingkas bangun dari kerusinya dan terus memeluk kedua orang tuanya. "Terima kasih, mama... Abah..."

"Sama-sama, sayang."

******************************************************

Tinggal seminggu sahaja lagi pengajian Khadijah di perantauan akan tamat. Dia akan pulang dengan segulung ijazah di genggaman. Puan Salina sudah tidak sabar-sabar menanti kepulangan anaknya. Selama hampir dua tahun dia tidak bertemu dengan anak kesayangannya itu. Kali terakhir dia menatap wajah anak itu semasa raya dua tahun sebelum itu. Pelbagai persediaan dan kejutan disediakan bagi menyambut kepulangan Khadijah. Nampak benar kerinduan seorang ibu pada anaknya. Encik Syakirin pula hanya melihat telatah Puan Salina dengan gembira. Tiba-tiba satu panggilan telefon mematikan semua kegembiraan yang sedang mereka jalani.

"Assalamualaikum. Saya ketua Mahasiswa Malaysia di Universiti Nottingham. Boleh saya bercakap dengan waris Khadijah Syakirin?"

"Ya, saya ayahnya. Boleh saya tahu ada apa ni ya?"

"Takziah saya ucapkan kepada pakcik sekeluarga. Bersabarlah menerima hakikat ini. Khadijah binti Muhammad Syakirin telah kembali ke rahmatullah kerana Allahyarhamah menghidap penyakit Leukimia yang berpunca dari gejala lelah lesu. Jenazah Allahyarhamah akan diterbangkan pulang ke tanah air atas persetujuan ahli keluarga dan waris."

Serasa lemah lutut Encik Syakirin menerima berita itu. Air mata lelakinya mengalir hiba. Sudah hilang keegoannya. Anak kesayangannya.....

"Saya mahu dia dibawa pulang ke sini. Secepat mungkin." Encik Syakirin menyediakan sepenuh tenaga untuk bersuara.

"Baiklah. Segala prosedurnya akan diuruskan oleh pihak kami. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam...."

Encik Syakirin terus terduduk. Air matinya terus-terusan mengalir. Gelas yang berada dalam pegangan Puan Salina terlepas kerana terkejut melihat keadaan suaminya. Puan Salina terus menerpa ke arah Encik Syakirin.

"Anak kita............" Encik Syakirin sudah kehilangan daya.


**************************************

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran dengan rumah mereka. Puan Salina kehilangan kata-kata. Sanak saudara yang ramai berkunjung di rumahnya seakan-akan tidak bermakna apa-apa walau suara teriak dan tawa anak-anak saudara Puan Salina dan Encik Syakirin memenuhi segenap ruang rumah. Wajah mereka jelas mempamer kesedihan atas kehilangan anak yang amat disayangi.

Sebuah beg pakaian besar milik Khadijah yang dihantar pulang melalui penghantaran pos jarak jauh baru sahaja diterima. Puan Salina dan Encik Syakirin membuka beg pakaian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka semua dengan apa yang baru sahaja dilihat oleh pandangan mata mereka.

"Apa semua ni??" Encik Syakirin seakan-akan tidak percaya.

"Ya Allah, bang... Kenapa jadi macam ni? Kenapa? Ya Allah... Apa salah kami, Ya Allah...."

Sanak saudara yang menyaksikan kejadian itu mula bercakap-cakap di belakang. Mana tidaknya, sudah selamat Khadijah dikebumikan mengikut cara Islam. Akhirnya mereka dikejutkan dengan kehadiran beg itu. Kitab bible yang terselit di tengah-tengahnya seutas kalung salib bersama pakaian-pakaian yang mengundang berahi ditemukan dalam beg tersebut. Puan Salina menitiskan air mata. Begitu kesudahannya anak yang dikandungkan selama sembilan bulan lebih dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Seakan-akan tidak percaya...... Oleh sebab inilah berat hati seorang ibu ingin melepaskan anaknya pergi ke bumi asing. 'Ya Allah, andaiku tahu, tidak akan aku lepaskan anak ini menjauh dariku... Mengapa begini kesudahannya........' Riuh rendah kedengaran dari halaman rumah. Apa yang berlaku? Encik Syakirin dan Puan Salina memandang ke arah muka pintu. Seorang gadis manis yang memakai selendang hitam nipis di kepalanya bersama sepasang kurung hitam muncul di situ. Siapa dia? Gadis itu sedang mengusung sebuah beg besar yang hampir sama dengan beg Khadijah yang baru sahaja dibuka tadi. Gadis itu tersenyum sambil merapati Puan Salina dan Encik Syakirin.

Gadis itu meminta supaya dibuang semua salah faham yang sedang berlaku. Sebenarnya beg yang baru sahaja dibuka tadi merupakan begnya sedangkan beg yang dibawanya bersama itu adalah beg Khadijah yang sebenar. Gadis itu memperkenalkan diri sebagai Jessica. Beg Khadijah dibuka. Senaskah Alquran lengkap dengan tafsir serta pakaian-pakaian yang sering dipakainya pada waktu kebiasaan cantik terletak dan tersusun dalam beg tersebut. Air mata mereka menitis pabila sebuah buku diari Khadijah diserahkan. Terlakar indah sebuah kalam di halaman utama buku tersebut.

Restu mereka membawa aku ke sini dan kerana cinta mereka membawa aku ke syurga... Mama dan Abah selamanya dalam ingatan...

Dari cerita Jessica, dia bukan sengaja ingin menimbulkan salah faham akan tetapi dia hanya mahu mencipta satu sebab untuk dia datang bertandang di rumah itu. Bersaksikan kedua ibu bapa Allahyarhamah Khadijah dan sekalian hadirin yang ada, Jessica melafazkan dua kalimah syahadah. Semua terpinga-pinga. Puan Salina dan Encik Syakirin mengucapkan kalimah syukur. Gadis manis itu menyuarakan harapan agar dapat menjadi anak baru kepada kedua pasangan tersebut. Ingin sekali dia merasa terdidik dan dididik seperti yang pernah diperoleh sahabat baiknya, Khadijah. Nama Cahaya Khadijah diberikan kepada gadis manis itu sempena nama Allahyarhamah yang telah pergi. Akhirnya dia menemui fitrah kemanusiaannya. Hatinya lega. Semua kisah kesucian hati seorang Khadijah membasahi bibirnya sepanjang hari tersebut. Puan Salina memandang wajah Nur Khadijah. Ya, ada iras anak kesayangannya. Puan Salina memeluk tangan Encik Syakirin sambil tersenyum dalam titisan air mata yang mengalir perlahan.

'Dan kerana cahayamu kau pimpin anak ini menuju tuhannya....'