Monday, August 9, 2010

Bicara cinta3segi…


Bila hati mula dikotori benci siapa yang akan mendengar. Pasti seluruh alam akan mengatakan,’Sungguh,kau silap!’ Hati hanya mampu merintih mengharap redha Ilahi. Mengadu segala hal kepadaNya yang maha mengetahui. Terdetik di hati sendiri, ‘Sudah berada dalam keadaan yang memeritkan barulah kembali mengingati tuhan!’ Hati seolah-olah mengutuk diri sendiri. Malu mula menyerbu ruhiyyah dan jasadiyyah. Apakah aku merupakan hamba yang lupa. NikmatMu melimpah ruah namun aku leka. ‘Ya Allah,kau tariklah seluruh kesenangan ini andai ini akan membuat aku hampir kepadaMu. Jatuhkanlah seluruh kesusahan dunia kepadaku andai ini akan menjadikan aku mampu berada di sisiMu selamanya.’ Hati mula merintih. Kesyukuran menyerbu jiwa. ‘Ya Allah,kau pujuk hatiku dengan kasih sayangMu, masih lagi Kau menyintai aku sedang aku pernah berpaling dariMu’.

Cinta itu cahaya sanubari

Dan di mana terciptanya cinta

Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberii sepenuh rela

Rasa bahgia biarpun sengsara

Bekorban segala-gala

Semua hanya kerana cinta

Yang pahit manis dirasa

Menghibur nestapa,merawat luka,damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta

Kita pun leka entah kemana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama

Cinta sejati hanya cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda tulus suci selamanya

Cinta sesama saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan

Hatinya sayu mendengar dendangan lagu tersebut. Serasa dirinya kerdil dan hina. Bagaimana tinggi dia menyanjung cinta pada sang kekasih akhirnya cinta manusia membunuh hatinya sendiri. Ketidakpastian itu hanya mengundang barah yang semakin parah didalam dada. Kedengaran pintu biliknya dibuka. Lekas Kaetrinasalwa menyeka air mata yang membasahi pipi. Puan Arbakenah menghampiri anak gadisnya sambil tersenyum memandang wajah tulus yang masih memerah itu. Walau disimpan sehingga ke dasar hati yang paling dalam sekalipun, Puan Arbakenah masih dapat mengesan apa yang sedang dihadapi oleh satu-satunya anak perempuan yang dimiliki untuknya saling berkongsi perasaan sebagai wanita.

“Sayang,tak nak kongsi dengan mama?”

Puan Arbakenah masih tersenyum. Bahu Kaetrinasalwa dipeluk erat. Kaetrinasalwa masih tunduk memandang lantai. Terasa tilam empuk yang diduduki bagai batu kerikil yang mencucuk sehingga perlakuannya nampak kurang senang dengan pertanyaan itu. Dahinya berkerut-kerut menahan agar matanya tidak menurunkan hujan yang pasti menyebabkan banjir yang tidak akan turun surutnya. Puan Arbakenah memahami keadaan anak kesayangannya itu. ‘Mungkin adik masih belum bersedia untuk bercerita.’ Hati kecil Puan Arbakenah berbisik.

“Adik,mama tak paksa adik untuk cerita masalah sayang dengan mama. Tapi anak mama sayang ni jangan mengurung diri dalam bilik berterusan. Mama dengan papa risau tengok keadaan adik macam ni.”

Puan Arbakenah mula meluahkan rasa sebagai seorang ibu. Ya,ibu mana yang sanggup melihat anaknya berkelakuan begitu. Pasti sesuatu yang berat sedang dihadapi apatah lagi buat anak gadisnya yang sedang meningkat dewasa. Sebagai seorang ibu juga, Puan Arbakenah sangat merindukan senyum tawa dan cerita-cerita yang sering membuatnya tidak kering gusi kala bersama anak kesayangannya itu. Puan Arbakenah bangun berlalu meninggalkan anaknya yang masih membatu di sudut katil.

Kedengaran pintu ditutup rapat. Setitis demi setitis air matanya turun lagi membasahi pipi. Ditahan jua perasaannya walau terasa diri ingin menjerit sekuat hati meluahkan segala rasa yang membuku di jiwa. Sudah tidak tertanggung lagi baginya namun demi menjaga hati seorang ibu maka ternoktah niatnya mahu meringankan beban di bahu. ‘Maafkan adik,mama.’

Renungannya jauh mengenang kisah kelam dalam hidupnya. Dalam diam ditanggung derita sendirian. Cuti persekolahan sepatutnya menjadi satu kegembiraan buat sesiapapun yang bergelar pelajar namun tidak buat Kaetrinasalwa. Dirinya hanya menghitung hari bilakan tiba saat persekolahan bermula. Kesunyian semakin menular dalam dirinya beraja bersama kisah sedih dan duka lara. Wajah Nur Zikhan, Siti Mastura dan sahabat-sahabat yang lain mula bermain ditubir mata. Gelak tawa dan senda gurau bersama mula dirindui. Matanya memandang kalendar kecil tergantung di sudut bilik.

“Lamanya lagi nak tunggu seminggu ni!”

Kaetrinasalwa mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Matanya berlinang lagi sambil memandang sepi gantungan sepasang pelita kecil bewarna biru di atas meja disisi katilnya. Nafasnya turun naik menahan kesakitan yang bertapak didalam dada.

“Sayang, kenapa awak tinggalkan saya……”

Titik jernih semakin rancak menuruni pipi gebunya. Entah bila akan berganti musim. Dirinya menyepi lagi berkurung lama di dalam bilik tanpa makan dan minum. Wajahnya kusam tidak terurus. Cengkung dan memberi kesedihan kepada sesiapa sahaja yang melihat. Kaetrinasalwa memejamkan matanya rapat. Air matanya masih mengalir. Diam,diam dan terus diam.

“Saya nak awak jaga pelita biru ni sepertimana awak jaga perhubungan kita. Sayangi dan hargailah pelita ni sepertimana juga awak menyayangi diri saya.”

Kaetrinasalwa tersenyum manis membaca bait-bait kata indah yang terkarang dalam warkah cinta dari sang kekasih. Akmal Hafizi, seorang pelajar yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Beperwatakan menarik dan menyandang jawatan sebagai ketua pelajar di Sekolah Agama Tinggi Tanjung Karang. Genap setahun perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Siapa yang tidak mengetahui kisah perhubungan mereka pasti akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Percintaan mereka seolah-olah bahan hangat yang mesti diketahui perkembangannya dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi perhatian ramai orang. Tidak ketinggalan para guru di sekolah juga sibuk bercerita tentang mereka sehingga mereka mendapat gelaran ‘The best couple of the year.’ Kedengaran lucu namun bagi Kaetrinasalwa itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah perhubungan mereka kekal bahagia walaupun kadangkala terdengar suara-suara sumbang pelajar perempuan lain yang mencemuh. Mungkin kerana cemburu. Mana tidaknya, seorang pelajar tingkatan dua menarik hati senior yang memenangi barisan lelaki paling popular di sekolah.

Kini Akmal Hafizi berada dalam tingkatan lima manakala Kaetrinasalwa berada dalam tingkatan tiga. Masing-masing sibuk hendak berhadapan dengan peperiksaan besar yang bakal menjelma. Persediaan kukuh sedang dibina namun masih tidak lupa untuk menyemai kasih sayang antara mereka. Kadangkala mereka berjumpa juga untuk melepas rindu tersimpan.

“Awak sayangkan saya?” Renungannya tajam menusuk ke dalam dada Kaetrinasalwa.

“Tentulah saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak sangat. Awak cinta pertama saya dan saya berharap awak adalah cinta terakhir saya. Jangan tinggalkan saya…”

Wajah Kaetrinasalwa kelihatan lembut menenangkan jiwanya. Akmal Hafizi meraup wajah sambil menghembus nafas berat.

“Sayang, betul ke awak akan setia dengan saya?”

“Tentulah saya akan setia dengan awak,sayang. Saya sayangkan awak sangat. Saya nak awak selalu berada di sisi saya.” Kaetrinasalwa memberi penjelasan.

Akmal Hafizi tersenyum. Hatinya tenang mendengar kata-kata kesayangannya. Entah mengapa, ada sesuatu dalam diri Kaetrinasalwa yang menarik hatinya. Tidak ada yang memiliki selain dari Kaetrinasalwa. Namun dia sendiri tidak pasti apakah ia. Akmal Hafizi memandang wajah bersih Kaetrinasalwa. Terlalu banyak perkara yang telah dikongsi bersamanya selama perhubungan mereka yang telah berusia setahun lebih. Banyak perkara tentang dirinya diketahui oleh gadis ayu di hadapannya itu. Segala-galanya dikongsikan bersama. Kasih Kaetrinasalwa tulus buat dirinya. Kadangkala cemburu menyelinap jua dalam diri kerana ada mata-mata nakal yang mengerling ke arah Kaetrinasalwa. Usikan-usikan pelajar lelaki lain kerap kali mengundang kepanasan dalam hatinya. Tidak dinafikan, Kaetrinasalwa mempunyai wajah indah yang pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Sepasang mata galak dan anak matanya yang bewarna coklat cair sering membuatkan Akmal Hafizi tidak mahu mengalih perhatian dari memandang wajah Kaetrinasalwa ketika mereka berjumpa. Hidung mancung yang terletak dan bibir manis yang sentiasa tidak lokek dari senyuman terselit pula tahi lalat kecil di bahagian bawah bibir sebelah kanan serta sepasang lesung pipit kerap kali membuatkan Akmal Hafizi tidak lena tidur malam.

Terasa berat baginya ingin berpisah dengan Kaetrinasalwa. Tinggal seminggu lagi cuti persekolahan akan bermula. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diduduki Kaetrinasalwa telah lama berlalu. Hanya menanti hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menentukan arah tuju hidupnya. Hari-hari yang berlalu bagai menggegarkan dunianya. Kerisauan menguasai diri. Masih Kaetrinasalwa menjadi penenang hati. ‘Kaetrinasalwa,andailah jika kau tiada…’ Matanya menitiskan air jernih. Kerinduannya pada Kaetrinasalwa pasti menggunung. Sementara itu, Kaetrinasalwa juga mengira-ngira hari yang masih berbaki. Dia juga turut berduka dengan hari terakhir mereka untuk bersama menanam kenangan indah di tempat pertemuan mereka yang mengikat perhubungan cinta dua hati yang bakal kunjung tiba. Sudah menjadi adat setiap yang bermula pasti ada penghujungnya.

Assalamualaikum w.b.t.,

Sayang,apa khabar awak di sana? Saya berharap awak sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping sahabat-sahabat seperjuangan. Sudah beberapa hari ini, saya tidak melihat kelibat awak. Mungkin awak terlalu sibuk dengan hari peperiksaan yang bakal tiba. Ya, saya sangat merindui awak. Saya teramat rindukan awak. Belum lagi berpisah sudah begini rasanya bagaimana pula apabila sudah berjauhan nanti. Saya takut untuk berpisah dengan awak. Sayang, adakah awak akan terus menyintai saya dan menjaga perhubungan kita sehingga ke akhir hayat kita? Saya tahu,kita masih muda. Perjalanan hidup kita juga masih jauh. Oleh sebab itulah saya berasa sangat risau. Mampukah awak untuk terus setia dengan saya? Setelah awak melangkah ke alam universiti masihkah awak akan menyintai saya sepertimana awak menyintai saya sekarang? Saya bimbang,sayang… Berikanlah keyakinan buat saya. Saya tidak mahu lelaki lain. Awaklah satu-satunya lelaki yang ada dalam hati saya. Saya mengharap pada awak,sayang. Sayang, saya berharap awak berusaha bersungguh-sungguh. Semoga kasih dan rindu serta doa saya mengiringi awak. Saya juga mengharap kejayaan untuk awak. Semoga berjaya sayang. Selamat menduduki peperiksaan.

Salam sayang dan rindu buat Akmal Hafizi,

Kaetrinasalwa


Akan bersambung...............

2 comments:

  1. alah....npe smbung2...adoyai...best...!!!hehe...rse cm tau jew watak sbenrnye....hmm...

    ReplyDelete
  2. hehek....xde kaitn dgn yg hidup ataupn yg tlah mninggal dunia....jgn mcm2 ea....sje je nk bg gimik ckit dlm citer,,,hu

    ReplyDelete