Wednesday, September 25, 2013

...Kerana mereka adalah butiran mutiara berharga... (Selamilah jiwa dan hati mereka meski mereka tidak berkata-kata)




Assalamualaikum wbt...

Keistimewaan mereka membuka mataku…

Kisah ini ana sampaikan untuk memberitahu kepada semua bahawa anak-anak ini terlahir ke dunia ini bukan sebagai penghambat kegembiraan orang tua, bukan sebagai pembawa malang bahkan bukan jua sebagai pemberi kesusahan ibu ayah anak-anak ini. Ketahuilah, kisah ini mengalirkan air mata hambaku. Betapa ana bersyukur dilahirkan sempurna fizikal begini dan betapa ana mengkeji sikap ibu bapa yang membenci anak sendiri kerana keistimewaan yang dimilikinya.

Ya, selepas ana mengikuti program Musabaqah Tilawah al-Quran murid pekak dan bisu di bawah Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi anak istimewa (faqeh) dan Centre of Quranic Research, UM Julai lalu, pengetahuan ana mulai bertambah mengenai anak-anak istimewa ini. Bagaimana yang dikatakan autism, sindrom down, pekak bisu dan sebagainya.



Syawal baru-baru ini seperti biasa, ana bersama keluarga beraya ke rumah keluarga terdekat. Sedang adik ana dan kanak-kanak lain sibuk memilih kuih-muih yang sedia tersusun di atas meja, pandangan ana teralih pada seorang anak lelaki salah seorang tetamu yang hadir berusia lingkungan sebaya dengan adik bongsu ana, 7 tahun. Kutegur si adik,

“Adik, tu kawan sorang tu tak ajak makan sekali ke?”

“Adik dah ajak dah tapi dia buat dek je. Adik ajak dia main kat luar dia diam. Adik cakap banyak-banyak dia tak pandang sikit pun muka adik.”

Dia duduk di sudut ruang tamu. Jauh dari tetamu-tetamu yang hadir. Seakan-akan memencilkan diri. Ibunya sedang rancak berborak dengan tetamu-tetamu lain yang hadir. Ya, tidak pernah ana lihat wajah wanita itu sebelum ini setiap kali ana bertandang ke rumah saudara ana ini.


Terdengar bual borak ibunya. Si ibu mengatakan dia sudah penat mengubati penyakit anak lelakinya yang satu itu. Baik berubat secara tradisional mahupun moden. Tetapi dia tidak pernah berputus asa. Dia mahu anak lelakinya itu hidup normal dan boleh bermain seperti anak-anak lain. Kelihatan raut wajah sedih di situ. Anaknya tidak mahu bercakap, tidak mahu bergaul. Malahan dia suka menyisihkan diri dan melakukan sesuatu berulang kali. Sedikit mencelah ana bertanya,

“Anak akak penghidap autisme, ya?”

“Ya, dik. Adik tahu?”

Ana sekadar tersenyum. Ana bangun dan menghampiri anak itu. Di sudut itu dia bermain-main dengan bucu tikar. Bisu seribu bahasa. Pandangannya tunduk dan tidak sedikitpun mengangkat wajah meskipun sesaat. Ana duduk di sebelah kiri dia berpaling ke sebelah kanan. Ana duduk di kanannya dia berpaling ke sebelah kiri. Dari jauh ibunya bersuara,

“Dia memang tak mahu dengan orang, dik.”

Ana mengukir senyum lagi. Satu perkara yang ana belajar di faqeh, kanak-kanak autisme ini sangat meminati sebarang bentuk gadget. Telefon ana yang tidak berapa nak canggih sangat tu ana keluarkan. Sengaja ana buka aplikasi game dan bermain di hadapannya. Untuk menarik perhatiannya, ana kuatkan sedikit nadanya. Dia mula tertoleh-toleh dan berpusing menghadap ke arah ana. Ya, terasa sedikit bangga di situ. Bangga dalam kesyukuran. Ana ingin mengenalinya.

Tetapi harapan ana sedikit terganggu bila bahasa yang keluar dari mulutnya sedikit advance dari bahasa yang sering digunakan oleh ana. Bahasa melayu bukan, bahasa inggeris pun bukan, bahasa arab lagilah bukan. Tidak mengapa! Telefon ana sudah berada di tangannya. Gigih dia memusing-musingkan telefon ana tu demi merampas gelaran juara joran. Hahahahahahaha… (Tak tahan nak gelak)

Ibunya dari jauh suka melihat telatah kami berdua. Dia dengan bahasanya dan ana nekad dengan bahasa ana. Nak buat macam mana? Takdir…… Umpama seekor ayam berjalan seiringan dengan seekor kucing. Mesra. Aneh??

Lama kurenung ke wajahnya yang tersenyum dan tersengih-sengih itu. Hati ini bahagia. Memuhasabah dan mensyukuri diri.

Anak-anak ISTIMEWA ini memerlukan ibu bapa yang ISTIMEWA untuk mendidik dan membesarkan mereka. Ibubapa perlu memiliki hati dan jiwa yang besar.

Tidakkah kamu wahai sekalian orang tua yang memiliki anak-anak istimewa ini berasa istimewa kerana telah dipilih oleh Allah SWT sebagai pemegang amanah yang sangat besar? Amanah ini perlu dibanggakan. Anugerah buat mereka yang terpilih. Peluang yang tidak semua orang peroleh.

Dan anak-anak istimewa ini, hak mereka sebagai hamba Allah yang tercatat dalam fitrahnya sebagai MUSLIM tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Tuntunilah mereka dengan cahaya al-Quran. Ilmu Allah SWT itu luas. Sekiranya tidak percaya untuk melepaskan mereka ke sekolah, berikanlah mereka walau sekelumit ilmu. Sesungguhnya mereka adalah insan sama seperti kita yang bernama manusia.

Alhamdulillahi Rabb al-Alamin... ana panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur dan serendah-rendah sujud kepada Allah SWT atas peluang yang telah diberikanNya kepada ana untuk menyertai program Musabaqah Tilawah al-Quran murid pekak dan bisu pada awal Julai lalu. Peluang yang telah membuka mata dan hati ini tentang insan-insan istimewa ini. 

Apabila direnung jauh ke dalam mata anak-anak istimewa ini, ada harapan dan impian yang dimiliki. Tidak diketahui dan jauh tersembunyi. Tidak terserlah apatah lagi menyerlah. Tidak mampu mengatakan dan mengucapkan apa yang mereka inginkan, apa yang mereka impikan, apa yang mereka harapkan, apa yang mereka citakan...

Mungkin mereka tidak bisa mendengar seperti kita, mungkin mereka tidak bisa berbicara seperti kita, mungkin mereka tidak bisa melihat seperti kita, mungkin mereka tidak bisa berfikir seperti kita… Cuma… Hanya satu, ketahuilah! mereka punya sebingkis hati…. Yang bisa merasa seperti kita…

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat Yayasan Faqeh dan Centre of Quranic Research, UM atas usaha dan kegigihan kalian. Semoga Allah SWT memberkati dan meredhai hidup kalian di dunia dan akhirat.

Dengan ini ana selitkan rakaman video johan nasyid kod tangan dari SKPK Sungai Petani, Kedah dan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya program Musabaqah Tilawah al-Quran Murid Pekak dan Bisu. 





















20 comments:

  1. Alhamdulillah....anak muridku ini telah mengorak langkah ke arah kecemerlangan...Actually i'm so proud of u...teruskan perjuagan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih ckg... sbnarny xde pape pon...kt tolg mmbantu je dlm prog... ckg follow blog kt ni yer...trima ksih cgt ckg ats pujianny... trima ksih byk2... ^__^

      Delete
  2. boleh share bagaimana utk joint program2 faqeh??\/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... enta boleh join group yayasan faqeh di facebook... sbrg ptanyaan boleh inbox d sana... pngasas yayasan faqeh adalh en. zaini abas bsama isterinya... ^__^

      https://www.facebook.com/YayasanFAQEH

      Delete
  3. Yang paling sedih masa tengok anak2 istimewa tu mempersembahkan nasyid kod tangan. Ntah kenapa air mata menitis tanpa dapat dikawal . Terpaksa keluar dewan sebab tanak terus menangis lagi.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...tp ana xtgok mse competition...ana tgok mse preview johan las pnutupan 2 je...ana dh kesat air mata dah kat tepi dewan 2... nampk naifny lah kita bbandig mreka... bruntungny kt krana ksempurnaan fizikal tp ruginy kt sbb ksempurnaan ni kerap dsalahguna n mnambah dosa... T__T

      Delete
    2. ass,, salam kenal kak..,,thanks y kak atas berbaginya..,,oh y,, aku senang mampir di blognya kakak, krna d samping bisa mendapatkan inspirasi, juga terhibur dg musik latarnya yg mnyentuh sekali,, oh ya.., bagaimana y kak??! caranya memasukkan musik latar d blogger ???...mkasih kak..:)

      Delete
    3. Wslm wbt... slm kenal juga... Boleh tekan di bahagian bwh ni ada playerny... SCM Music Player.. boleh susun atur muzikny di situ... syukran zainal ^__^

      Delete
    4. kak KaetrinasaLwa@,,mkasih y kak,,sepertinya,, awak perlu banyak belajar lg, tidak mengerti caranya,,,sudah dicoba memasukkan musiknya spt yang kak sebutkan di atas,, tapi hanya gambar SCM Musik playernya saja yg muncul..,,musiknya tidak ada berbunyi.. cobalah kakak lihat hasil editan awak, di bagian bawah,,blogger awak,, di alamat ini >>http://zainalzainalmaa.blogspot.com/

      Delete
    5. edit playlist dh buat? Masukkn link2 dari utube utk lagu2 yg dpilih.. Player bfungsi dari link2 tsebut...

      Delete
    6. mm,,edit playlist nya udah kak..,,memasukkan musik nya aja tinggal lagi,,,di bagian edit playlist itu kan ada tertulis seperti di bawah ini kak,,

      * Manual Playlist *RSS Podcast / SoundCloud Sets / Youtube Playlist
      Insert Title and URL for each song respectively. Song URL accepts MP3 link, SoundCloud track or Youtube address.

      SONG TITLE SONG URL

      atau gini,, coba kak bikinkan langkah2 nya yang praktis,, untuk memasukan lagu Rossa yang judulnya takdir cinta kak, seperti salah satu lagu yg ada d blogger kak,...


      jika awak tak berasil juga,, mungkin itulah kelemahan awak kak...

      tapi mhn maaf,, trlalu sepertinya, terlalu merepotkan kak...



      Delete
    7. http://www.youtube.com/watch?v=Jhdn3kyCUEQ

      ni song url utk laguny... ^__^

      Delete
    8. assalamualaikum wrwb,, kak KaetrinasaLwa@...,, Alhamdulillah kakak, aku berhasil,,....., trimakasih y kak,, atas berbagi ilmunya, ini akan tetap aku kenang sampai nanti kak,, Smg Allah lah yg akan membalas smua kebaikan kakak,,...tidak smua orang yg mau berbagi sperti kakak ini,, padahal kakak sendiri hanya aku kenal di dunia maya..,, smoga akak sukses selalu y kak...amiin Yarabb...

      Delete
    9. Syukran Zainal atas doanya! Semoga Allah nilai setiap perbuatan kita dan mndapat pulangan redhaNya... Jemput2lah selalu ke blog ni...ajak sahabat2 lain juga ya!

      ~'Bila aku jatuh cinta' bukan untuk nama, bukan juga untuk popular, hanya demi Allah semata2... semoga dgn perkongsian ini ada hati2 yg akn disentuh kerana ssugguhnya kutulis setiap perkataan dgn hati. Hati yg jatuh cinta pd Ilahi. Wallahua'lam~

      Delete
    10. :) , Insyaallah...

      ************************************************************************
      Cinta krna Nya itulah yg di tuntut dlm khdupan ini kak....

      Berhati-hati,,yang penting asalkan jangan berlebih-lebihan, dan jangan salah menempatkan cinta...
      dalam berdkwah juga harus dengan cinta dan kesan yang menyentuh hati.., kalau tidak, mungkin awak enggan mampir di blognya kak salwa, kalau kesannya menyinggung.. :)

      sepanjang ilmu, bacaan dan pengalaman awak tentang cinta...tidak satupun para pakar yang dapat menggabarkan cinta itu secara keseluruhan..entah mungkin karena belum ketemu..

      tetapi hemat awak,,cinta mendorong seseorang untuk melakukan hal2 yang positif,..aku singgah di blog k',, hanya karena cinta Ilmu dan ingin berbagi ilmu, sebab tidak semua yang awak ketahui juga di ketahui oleh orang lain. boleh jadi yang diketahui orang lain tidak awak ketahui... :)

      awak pergi bekerja, mencari ilmu ke negeri orang, mengejar cita2 dan harapan yg mulia itu semua tidak lain hanyalah karena dorongan cinta dg niat ibadah kepada Nya.

      >>.. awak sering bertukar pendapat dg teman2 kuliah,, ketika awak berbicara dgnya soal CINTA dan JATUH CINTA, ada yang tersenyum2 saja,ada yg kesal..sambil berkata "aku bosan dengan cinta, trus dia bilang "makanya aku sarankan kamu jangan bercinta".

      awak sudah duga keras dia lagi patah hati,, dia memahami cinta pada wktu itu adalah hanya cinta kepada manusia.

      padahal, CINTA..!! bermacam2, ada cinta kepada Allah, cinta kepada ilmu Nya, ada juga Cinta kepada ssama manusia, lingkungan dll.

      bukti kita cinta kepada Allah adl TAQWA. Allah menyatakan cinta Nya, kepada sekian banyak manusia yaitu mereka yang "Muhsinin" org2 yg berbuat baik kepada siapa saja yg berbuat salah kepadanya, Dia cinta kepada org yg bertaqwa dan berahklak mulia,,

      ada juga cinta kepada manusia >>Dialog antara 2 aku.
      Cinta kepada manusia bermula dari pengenalan kepadanya, setelah pengenalan timbul penghormatan, timbul kesetiaan dan tanpa hal2 tsb bukan cinta yang tidak menghormati siapa yg dicintainya.

      puncak cinta manusia terhadap pasangannya dinamai Alquran, "mawaddah artinya kosongnya jiwa dari segala hal yang buruk, sehingga betapapun buruk yg dicintai, tetapi hati telah kosong,sehingga yang buruk pun dilihat menjadi kebaikan. itulah makna mawaddah, itulah yang harus di perjuangkan bagi mereka yang menjalin cinta kasih. (sbgian dikutip dari penj: Ahli tafsir)

      "itu berbagi pengalaman saja kak.."

      Wallahulmuwafiq ila aqwamithoriq....

      Delete
    11. Syukran ats pkogsiannya! Alhamdulillah... ^__^

      Delete
    12. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. alfu syukran atas perkongsian...dah lama cri tempat yg sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan urusan & usahany menuju Allah... Terima kasih kerana sudi menerima perkongsian ni... ^__^

      Delete