Sunday, November 21, 2010

Hilang dalam diri sendiri.... Mencari jawapan....


Ada sesiapa yang pernah mengalami perbalahan hati? Sesuatu yang mendesak yang membuat kita tersepit di tengah-tengah rasa yang lahir dari hati sendiri... Ana hilang dalam kamus sebuah kehidupan muslimah sebenar sudah cukup membuat diri ini berasa sangat sengsara ditambah pula dengan rasa yang mula mengintai untuk bertakhta dalam hati... Sesiapa yang tidak pernah mempunyai rasa cinta dan kasih sayang dalam hatinya mungkin akan digelar sebagai bukan manusia... Ana tetap berpaksi dengan prinsip ana... Tiada cinta sebelum hadirnya masa yang benar-benar menuntut ana memenuhi keperluan itu... Remaja sememangnya akan dihambat rasa tertarik antara sesama mereka... Kekuatan seseorang itu hanya akan dilihat bukanlah dari kepaduan penumbuk yang dilepaskan mahupun sepakan yang dihayun... Akan tetapi kekuatan seseorang itu adalah apabila dia mampu menahan rasa amarah dan nafsunya yang memuncak... Ya Allah, kadangkala rasa yang hadir buat dia tidak dapat menahan pandanganku dari melihat wajahnya... Mungkin kerana itu aku semakin tidak mampu menjaga hatiku sendiri.... Sahabat, andai kamu semua berada di tempat ana apakah pilihan kamu? Adakah kamu memilih untuk melampiaskan rasa itu atau menyimpan rasa itu dengan keyakinan pada janji Allah bahawa Dia Maha Mendengar apatah lagi pada hamba-hambaNya yang sabar dan taqwa.... Berikan jawapan pada ana.... Ana tidak mahu mendengar pandangan yang hanya berpaksi pada nafsu melulu akan tetapi ana mahukan pandangan yang dipandu oleh hatinya yang punya iman dan cinta kepada Allah....

Wednesday, November 17, 2010

Sukar menggambarkan sebuah perasaan....kenapa ye?




Hari pertama pada hari raya aidil adha ni ana raikannya bersama teman-teman pergi beraya ke rumah keluarga angkat kami. Sementalah duduk di negeri orang tiada sanak saudara di sisi kami memilih untuk keluar mencari insan yang sudi menerima kami untuk beraya bersama. Pada malam tadi, ana bersama para sahabat yang memilih untuk tidak pulang bersama-sama menunaikan solat isya' dan maghrib secara berjemaah di Musolla kolej kediaman muslimat. Jemaah kami diimami oleh beberapa orang wakil muslimin. Selesai solat maghrib, takbir dilaungkan dengan megah dan bangga memuji keagungan Tuhan yang Maha Kuasa. Takbir pertama yang ditangkap oleh telinga ana kedengaran sayu seiringan dengan perasaan sedih berjauhan dengan keluarga saat berhari raya. Buat kali pertamanya ana tidak menyambut raya bersama usrah(keluarga) tercinta. Sayu memanjat tangkai hati dan ia sangat menyentuh jiwa hingga empangan yang cuba dikubukan runtuh juga dek rasa rindu yang menggunung. Air mata seorang Khadijah mengalir dilihat oleh adik-adik dan teman-teman yang berada di sisi. Tangan yang mengusap belakang ana demi menenangkan hati hanya menambah rasa yang menggelodak dalam jiwa. Sungguhpun para sahabat sering melihat ana sering tersenyum dan bergelak tawa serta sering mengusik mereka namun ana juga seorang manusia yang lemah di hadapan Tuhan... Serasa diri kerdil pabila menampilkan diri di hadapan Tuhanku... Wajah ibu dan ayah bermain di pangkal fikiran... Mengenangkan andai hari esok tiada lagi untuk ana bertemu dengan mereka... Mungkin bukan esok... Tidak sempat untuk menunggu hari esok adakah masa yang sehari mampu menepis ajal yang datang... Mungkin ada sehari.. Tidak pun, sejam lagi... Entah! Mungkin seminit lagi... Ana sendiri tidak pasti... Andai sesaat lagi?? Sudah bersediakah ana?? TIDAK... itulah jawapannya... Saat takbir bergema memenuhi ruang itu, penat fikiran memutar ligat kenangan yang berlalu... Apakah yang telah ana lakukan sepanjang hidup ana? Apa amalan yang ana bawa untuk bekalan di sana? APA?? Ana sendiri masih keliru... "Ya Allah, andai Kau rebut nyawaku saat aku sedang lupa... Adakah Kau akan memberi peluang kepadaku?" Terlintas pertanyaan itu pada akal yang hangat berfikir... Hati ana sendiri menjawab... "TIDAK dan ia adalah sesuatu yang MUSTAHIL." Saat ajal tiba ia tidak boleh di tangguh sesaat atau dibonuskan sesaat jua... Ana jadi gerun... Peluang yang masih ada perlu dimanfaatkan sebaiknya... Bimbang kematian itu datang saat kita belum bersedia... Apabila jawapan jujur yang ana berikan kepada diri sendiri adalah tidak bersedia, ana mula mengutuk diri... Sejauh mana cinta ana kepada Allah... Para insan yang cinta kepada Tuhannya sangat tidak sabar menanti ajal kerana rasa rindu yang menggunung tinggi kepada Allah tak dapat di bendung lagi... Ana mula merenungi diri ana sendiri... Sangat rendah ana pada pandangan Tuhan... Bagaimana kesimpulannya??... Anda ada jawapan anda sendiri... Maka mengapa tidak kita bersama renungi penghujung kisah kita nanti... Selalu berfantasi tentang bertemu pujaan hati buat pertama kalinya... Bimbang benar di dalam hati adakah si dia akan menerima diri kita apa adanya atau dia mempunyai seleranya sendiri... Pelbagai cara kita lakukan pada diri kita untuk nampak sempurna di matanya... Begitu juga temu janji pertama kita dengan Sang Pencinta Agung... Dia tidak memandang pangkat, harta atau rupa kita... Apa yang dia kehendaki? Kamu semua tahu apa yang peru kita lakukan untuk kelihatan sempurna di hadapanNya... Adakah Dia akan menerima diri kita? Bergantung pada usaha apa yang telah kita lakukan untukNya... Jangan lepaskanNya kerana Dia yang paling sempurna untuk kita cinta... Pasti......

Tuesday, November 16, 2010

Dua rasa menjadi satu....


Sahabat ana bernama Nur Azathul Hashima mengajak ana untuk menemaninya ke pejabat pos di bandar Kota Bharu...Barusan sahaja ana tiba di kolej kediaman... Belum panas punggung lagi duduk di atas katil, ana sudah mencapai laptop jenis Compaq Presario CQ40 milik ana yang terletak kemas dlm beg. Entah mengapa...Pantas sahaja ana ingin meluahkan perasaan disini...Mungkin sahaja ana berasa sunyi kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga saat hari raya ini. kali pertama ana tidak beraya bersama keluarga. Bukan nak cerita tentang ana tak balik raya tapi ana nak cerita tentang masalah umat hari ini... Sekiranya memikirkan masalah umat islam hari ini sehingga bilapun takkan habis kerana masing-masing mempunyai ego dan kepentingan diri. Sahabat ana meminta izin untuk ke bilik air. Ana menunggunya di luar bersama barang-barang yang diborong di pasaraya Giant bahagian bawah Parkson. Sedang ana menunggu, seorang saudara muslimat melalui hadapan ana sambil membelek-belek telefon bimbitnya. Mungkin membalas mesej seseorang. Ana melihat gadis muda itu dari jauh. Wajahnya nampak sangat muda dan fikiran ana sangat kuat mengatakan dia jauh lebih muda dari ana. Tubuhnya juga kurus dan sedikit rendah. Dia memakai seluar jenis jeans dan baju sweater hitam bersama tudung berwarna krim. Gaya jalannya sangat berbeza. Ana hairan. Jalannya seperti orang yang sedang mengusung anak didalam rahim atau dalam erti kata yang lebih ringkas, mengandung. Ligat fikiran ana memikirkannya. Dia semakin hampir dengan ana. Cuba ana renungkan perutnya adakah benar sangkaan ana. Nah! Perutnya yang sedang membesar cuba ditutup dengan baju sweater hitam yang berbutang. Ana cuba bersangka baik. Mungkin dia sudah mendirikan rumah tangga. Ianya tak mustahil. Tapi bukankah gadis-gadis yang sebaya dengannya mungkin sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sedang peperiksaan SPM bakal menjelang tiba atau setidaknya sedang bersekolah bersama teman-teman sementalah cuti persekolahan akan bermula esok hari. Ana hairan namun cuba juga ana memujuk hati untuk berbaik sangka. Ana mula keluar sambil menunggu bas bersama sahabat ana. Dia diam sahaja namun ana jenis manusia yang tidak pandai mendiamkan mata. Ia suka meliar dan menilai alam dan insan yang berada di sekeliling. Ana terpandang seorang wanita. Takjub! Indah wajahnya persis bidadari... Senyumannya bisa mencairkan hati mana-mana jejaka. Hendak dibandingkan dengan diri ana jauhnya ibarat pusat ISS hinggalah ke bahagian bawah bumi yang dikenali sebagai mantel atau bahasa mudahnya, seperti langit dengan bumi. Ana jadi takjub dengan ciptaan Allah. Wajahnya sangat indah. Tidak henti-henti ana memuji kehebatan dan kekuasaan Allah mencipta. Namun....... Dalam rasa takjub yang lahir terselit sebesar dunia sebuah kekecewaan kerana andai sahaja kecantikannya disimpan buat sang suami maka bahagialah mereka. Tubuhnya yang cantik dan tinggi lampai ditutup dengan seluar jeans ketat dan baju tshirt lengan pendek yang dipinjam dari adiknya disenadakan pula warna bajunya dengan tudung kecil lagi nipis berwarna hitam yang diselempangkan ke bahu. Ana jadi kecewa. Mengapa keindahan secantik itu sewenang-wenang sahaja didedahkan buat insan ajnabi(asing). Ana yang berjantina sama dengannya jadi segan memandang. Ana kalihkan pandangan dari terus-terusan menempah dosa mata. Teringat pula ana pada seorang insan yang berani meluahkan rasa tidak puas hatinya setelah ana cuba menegur tentang adab sopan seorang muslimah. "Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit weh! Setakat pakai tudung besar tutup2 tapi buruk perangai baik tak payah!" Ana terkilan dengan tempelakan itu hingga ia menghantui ana selama beberapa malam dalam mimpi. Sangat terkesan dengan kata-kata itu ana berduka juga selama beberapa hari. Namun rasa sabar dan kekuatan untuk menegakkan agama Allah memujuk agar ana kembali menyeru. Sahabat-sahabat muslimahku, ini bukan soal hipokrit, jadi diri sendiri atau apa-apa sajalah kamu semua nak jadi... Siapa pun kamu, sekiranya kamu bernama khadijah dan kamu meniru gaya Michael Jackson atau Sean Kingston kamu tetap Khadijah. Tidak pernah berubah walaupun gaya dan caramu bukan caramu sendiri. Yang ingin disampaikan disini, cubalah ikut ketentuan hukum Allah. Andai jawapanmu masih sama, kamu tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit maka suarakan sahaja jawapanmu itu kepada Allah. Tanyakan pada Allah mengapa membuat ketentuan yang sebegini rupa? Suakan pula padaNya, bisakah diubah ketentuan ini? Buat sekiranya kamu semua ada fikiran untuk menjadi diri sendiri. Ana tidak akan bersuara sekiranya ia bukan hukum yang telah ditetapkan. Muktamad! Noktah! Tidakkah kamu semua terfikir, apa sebab kamu semua hidup di muka bumi ini? Allah menciptakan kamu semua untuk menayangkan kecantikan bentuk tubuh dan lembutnya kulit kamu serta gebu dan putihnya ia? Adakah begitu? Jadi, mengapa kamu semua begitu bersungguh-sungguh dan berpusu-pusu membeli dosa percuma buat diri sendiri? Ingatlah wahai muslimah-muslimah Islam, kekhilafan kamu membuat insan lain juga turut sama berdosa. Andai dosa itu hanya milikmu seorang maka dengan senang hati ana tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kamu semua dengan prinsip kamu untuk menjadi diri sendiri. Bukan itu sahaja, tuntutan amar ma'ruf nahi mungkar serta rasa kasih dan cinta ana pada saudara seagama yang membuat ana menjejakkan diri ke gudang seruan ini... Jangan memandang kewajipan menutup aurat dan kewajipan berakhlak mulia dalam satu rimbunan. Sebaliknya ia dua bentuk kewajipan yang berbeza. Andai sahaja wanita itu menutup auratnya tetapi tidak berakhlak mulia sekurang-kurangnya satu kewajipannya sudah terlaksana. Tanyakan pula pada diri kamu, sudahkah sempurna dua kewajipan itu kamu tunaikan? Berikan jawapannya buat diri kamu sendiri. Jangan menuding jari pada orang lain. Bersama kita membentuk diri kita dengan dua kewajipan besar itu sebagai seorang muslimah. Ingatlah janjimu pada Tuhanmu dan makhluknya. Jangan jadi diri sendiri sehingga mengabaikan tuntutan agama. Sekiranya kamu ingin hidup menjadi diri sendiri tanpa menunaikan tuntutan agama maka hiduplah kamu semua dengan qudratmu sendiri tanpa sedikitpun berharap qudrat dari Allah. Begitu juga duniamu, ciptalah ia dengan tanganmu sendiri andai kamu ingin hidup mengikut caramu sendiri. Kita tunggu dan lihat....ana mengharap kita bersama-sama mencipta jalan dihadapan kita selepas ini sebagai muslimah yang sentiasa hatinya terlekat pada tuhannya. Cantiknya wanita itu bukan pada rupanya, bukan juga tinggi dia pada pangkat dan nama yang dimiliki, tidak pula kehebatannya pada harta yang menggunung tinggi... Sebaliknya wanita itu, indah dan terserlah cantiknya pada hati yang cinta kepada Allah dan terpaut pada Rasulullah. Sempurna dirinya apabila hak ibubapanya tertunai begitu juga baik pergaulannya dengan para sahabat dengan peribadi yang indah serta akhlak yang tidak pincang... Mari bersama kita renungkan....

Saturday, November 13, 2010

Resah dan pertelagahan hati....


Aku tidak mengerti dengan kehendak hatiku sendiri... Kadang-kadang aku berasa keliru dengan keinginannya samada ia hanya nafsu yang memberontak atau fitrah diri yang ingin dipenuhi... Aku hanya mampu berdoa dan meminta kepada Dia yang Maha Tahu segala sesuatu tentang hambaNya samada yang tersirat atau sebaliknya...

"Ya Allah, keinginan ini datang lagi... Sebagai seorang manusia yang lemah dan tidak berupaya aku memohon kepadaMu, Ya Tuhan... Aku tahu fitrah kurniaanMu satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai harganya... Namun aku sebagai manusia memohon bantuanMu agar Kau kuatkan hatiku... Aku tidak mahu hanyut dengan cinta manusia yang melalaikan dan melekakan aku dari menyintai dan mengingati Engkau, Ya Allah... Saat ini aku masih belum bisa menunaikan tanggungjawab menyintai manusia... Aku masih belum mampu, Ya Tuhanku... Kau peliharalah hatiku dari maksiat yang akan meninggalkan noda hitam padanya... Keinginan untuk menyintai dan dicintai semakin bergejolak dalam dada... Aku tidak mahu ia menjauhkan aku dariMu... Andai tiba masanya nanti akan aku tunaikan fitrah ini tapi bukan hari ini... Aku memohon kekuatan hati dariMu, wahai Tuhan Agung... Bantulah aku menyusuri jalan kehidupan yang penuh aral ini untuk sampai kepadaMu... Aku memohon, Ya Allah.... Dia seorang lelaki yang baik yang telah dicalonkan hatiku dirinya itu. Aku tidaklah semulia Khadijah untuk memperoleh cinta kekasih Allah... Bukan juga Zulaikha yang tulus kasihnya buat Yusof... Apatah lagi Sumayyah si isteri yang setia... Aku hanya seorang wanita yang lahir dari dalam kalangan manusia biasa yang cuba mengangkat martabat seperti mereka... Aku tahu Engkau mengetahui perihal hatiku ini... Peliharalah hati lelaki itu begitu juga hatiku sepertimana Kau pelihara hati Rabiatul Adawiyah, lagenda sang pencinta agung... Sudah tiba masanya nanti akan aku seru syiarMu ini... Dan andai saja dia tidak tercipta buat diriku, aku merelakannya, Ya Allah... Kerana aku meyakini ketentuanMu adalah yang terbaik buatku... Aku pohon sekali lagi, Ya Tuhanku... Peliharalah hatiku dari rasa ini yang bisa menjauhkan aku dariMu..."

Tuesday, September 28, 2010

Seram.....

Semalam ana pergi library. Maklumla minggu2 exam sekarang ni... Ana memang penat sangat sebab awal2 pagi lagi kol 4 dah bangun...he...ape lagi...pulun studyla.... Nila ana... Study last2 minit... Daripada awal xnak sedia... hm.... tapi harap sangat yg last2 minit nila yg bkualiti...power!! Jangan tiru aksi ini dirumah...hehe... Nak ceriterny bukan ape... Mase tengah dok khusyuk tgk buku 2 tibe2 rase mremang bulu roma.... ha...xde kaitan dengan hantu ea... Asal meremang bulu roma je hantu... xde benda lain ke.... 2la...rse semacam je...rase ape ye??...rse macam.......ade orang pandang ana... Memang ade instinct ea kalo orang pandg kita.... tapi 2la yang ana rase... Ana rase ana dgn kawan ana je yang ada kat dlm library bahagian muslimat... Siapa lagi yang ade kat dlm library selain ana berdua dengan kwn ana n pakcik2 library ni... Ana teruskan bace buku ana... bukan bace sebenarny tapi mghafal... He, maklumla.... semalam nk exam hadis... Rase x senang duduk ana dibuatnya... ape yg xkena ni... tiba2 kwn ana bsuara... "ade orang pandang enti."... ha.... ana ape lagi...mgglabahla... hantu mana yang pandang ana... tapi kwn ana cakap 'orang' tadi... aduh... ana pn senyum kat kwn ana 2 n tanya... "sape yang pandang? Ade orang lain ke selain kita dalam ni?.." kawan ana senyum lebar... "tu....." jawabnya sambil memuncungkan mulutnya ke satu arah... ana pun pandangla kat tempat yang dmaksudkan.... Ya Allah.... camne blh xprasan ni.... Punyala tercongok sang jejaka yang satu kat situ ana blh xprasan..... haha... rase nak trgelak pun ade.... kawan ana dh gelakkan ana... suke betul die gelak... agak2la nk gelak pun... coverla ckit... maklumla... muslimat ni kne banyak jage... Ana pandang sang jejaka 2... tibe2 die trtangkap pandang2 ana... ha.... kantoi... Heh... nk cakapnye kat cni... bukan masalah nk bangge ataupun nk gtaw satu dunia yang ana ni ramai peminat... alamk... perasan plak...huhu... tapi yela... ana xtipu.... he... memg ana sndiri x nafikan ana suke tgk orang... mate suke meneroka... tapi xdela pandang orang dengan pndgn yang mmpunyai prasaan... ehem2!! faham2 sajela... bagi ana, kalo suke macam mane pun... Simpan jela baik2... Kesian pemuda2 kita...bukan pemuda jer... pemudi pun sama jer... Ramai yang hanyut dengan pergolakan perasaan... Ana dah tolak ramai lelaki... sedih betul dengan mereka... camne blh terjebak dengan nafsu yang berlindung disebalik nama cinta palsu... Sume orang ade perasaan... tapi simpn dan kawallah prasaan 2 dengan iman... jgn kawal dengan nafsu... nanti melulu.. Buat insan yang bernama lelaki... ana hanya akan menunggu seorang khalifah yang berjaya mmimpin nafsunya... Bukan lelaki yang mudah tergoda... begitu jugak harapan wanita2 solehah... mereka mgharapkn lelaki2 yang soleh... lelaki2 yang soleh juga mgharapkn wanita2 yang solehah... Jangan letakkan diri kita dalam jenama murahan... Jangan mgharapkan ssuatu yang tinggi sekiranya kita tak mampu mncapainya sebaliknya berusahalah untuk mnjadikan diri kita setaraf dengan darjat mereka... Mungkin kita akan mndapat pulangan yang lebih baik... sekiranya bukan didunia maka di alam sana yang kekal menanti.... Semoga berjaya....

Friday, September 3, 2010

Kita ni ape ye?...confiusla....


Semalam masa ana tengah duduk2 rehat sekejap kat bawah pokok dpan apium... Ade sorang budak pmpn ni datang pd ana n trsenyum... Ana ckp dlm hati, 'bdk mne yg sesat ni...' Takot jugak kalo budak ni jelmaan ke...huhu...tapi bln2 pose ni mne de la bende2 cmni...hm... ana pn tanyala budak 2...adik ni sapa?,,,die jawab,adik dtg sini dgn kwn2...dtg dari rumh ank2 yatim... kakak dgn abg kat cni yg jemput dtg buke pose same2... Ohhhhh.......barulah aku ingat...ye... junior2 yg uruskn ihkya' ramadhan wat prog dgn anak2 yatim utk sluruh warga bumi tarbiah nilam puri...hm...mkn free lgila ana mlm ni....trlintas fikirn nakl 2 dlm hati...he....ana pndg muke adk ni...muke die memg muke kesian sgt...ana xtwla die memg muke kesian ke atau ana ni yg mudah ksian kat orag...tp lbih kurag jela 2....ana pn tny kat adik 2 umo die bpe...die ckp umo die 5 tahun... xsempat nk tny lebih2 die dah cter pnjg lebar... ana pn twla citer die...xlebar mne pn cter die...cme ana pny tharu ni yg tlebih lebar...ana bsyukur sgt ana knal sape ibu ayh ana...ana ade adk bradik...ana ade sume orag yg kite prlukn ktika kiter mmbesar...yg mmbuatkn ana touching sgt2...budak ni x knal pn sape ayah ibu die...yg die tw pnjaga die kat umah ank yatim cter orag jmp die kat dlm kotak kat kwsn pmbuagn smph kat lorong mne ntah...ana kcian cgt....ana xtw nk tny ape dh ag kat adk 2...nsb bek die memg petah sgt bcerite....ana tkut kalo ana tny nt die cdih tp mse die cter 2 ana tgk muke die cool je....hehek...lalu,ana pn btnyela pd si kecik itu...adk x sdih ke.... tbe2 muke die brubah...merh sgt muke die time 2....ana memg mgglabah sgt....ana silap ckp ke??...memg silap la 2 agkny...kalo x xde la adik 2 mcm nk nangis....hm....bkn nk nangis dh...tp dh mnagis pn...cme x mraung jela....memg bsh pipi die ngn air mte...ana xsampai ht...tringat adik kcik ana kat umah...adik ana memg mnje sikit ngn ana...yg mmbezakn kduanya cume adk ana llaki n dak ni pmpn...hm...ade lg...adk ana ade family tp bdak ni sbatg kara....ble ana gmbrkn keadaan cm2 pada diri ana rse mcm.......hm...sushla nk gambarkan....ana tenung muke adik 2 lme2...ana memg x sampai ht tw tgk die tros nangis...ana pn tarik die n rangkul die dlm plukan ana...cmne la mnusia zaman ni... Ya Allah....lg hinanya mereka dari binatang...binatang 2 xde akal tp msih syg dgn ankny...hm...tringat plak pg 2 ana mnyambut klahiran 2 ekor ank kucing...mk kucig 2 memg slalu mtk mkn ngn ana...mse ana kua bilik tbe2 die ikut je ana g mne2...plik jgk...npe ye....ngat die lapa rpeny nk lahirkn bb die...time 2 ean..kucing jantan dok sibuk ikut die...ana tw kucing jntn memg suke mkn anak die time bru2 ni....hm...ana pn halau la....yg mmbuatkn ana trharu...dlm rse sakit nk branak 2 kucing 2 masih lagi protect diri n bb die yg bakal dlahirkn 2 ble die bgaduh dgn kucig jantn 2...mstila die nk kucig jntn 2 pegi supye die blh lahirkn bb die ngn aman n condition bb die chat... Ana pn soh mk kucig 2 msuk kotak...adela dak2 bilik sbelah yg sdiekn kotak utk inyaw 2....ble die dh msok dlm kotak ana pn bwk kotak 2 msok toilet pas2 kunci pntu supye kucig jntn 2 x ikot....memg tros pcah air ketuban kucing 2...xlame pas2 bb die pn kua 2 ekor...memg touching sgt time 2...hm...ana kua g blikn ikn utk die..memg lapa sgtla ean kucing 2 smpi satu habuk pun die xtiggal...cian cgt....hm...cmne ye...nk wat prbandingn sekarang ni...mne lagi mulia...manusia ke haiwan?...ana sedih betul bile kerajaan buat kempen kotak n wat umh utk ank2 luar nikah n ibu2 yg mgndug ank luar nikah... Spatutnya kt perlu banteras bknnya mggalakkan... Andaikanlh bdk2 cmni dtg dlm pelukn dorag mgadu tangis n sedih sbb x tw sape mk ayah yg spatutny mmberi ksih syg dn pmliharaan...masih ke lg kt nk biarkn kmanusiaan 2 dlm ht kt trumbang ambing... ana memg x stuju sgt biakn bdk2 mnderita tnpa kasih syg yg spatutny dorag dpt...adik dlm plukan ana ni memg x bhenti air mte die...ana memg bsalh gle sbb slh ckp...tbe2 dak 2 bsuara....
"kakak takkan rasa apa yg adik rasa...walaupun kakak nmpk adik mcm ceria je tp ape yg ade kat dlm hati ni adk je yg tw...kakk tw x...tiap2 mlm adik nangis sbb adik tringin sgt nk salam tgn ibu ayh..."
Ana memg xblh thn jgkla...mau xnye...memg mraung jgkla ana...cdih cgt.......andailah kt ade d tmpt mreka.....

Thursday, September 2, 2010

Cinta terpendam dalam rahsia....


Semalam aku lihat dia tersenyum dari jauh...
Kenapa ya?..
Wajah tenang milik dia menjadi idaman...
Aku terdiam sejenak...
Adakah sesuatu pada wajahku membuat dia geli hati?..
Aku terdiam lagi...
Aku malu....
Dia masih tersenyum memandangku...
Salamnya menyapa...
Assalamualaikum!..
Aku menjawab dengan tenang...
Tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu...
Aku diam!
Dia mempelawaku bersama berjalan seiringan...
Ahhhhh!!! Geram!!!
Siapa gerangan lelaki ini...
Aku tidak tahu...
Gambaran wajahnya seperti kukenal...
Tetapi siapa dia...
Deringan telefon membingit suasana...
"Ieja, Kak Asz ni.. Eddy ada dengan adik ke sekarang?.."
Ya Allah,tunangku!!