Sunday, November 21, 2010

Hilang dalam diri sendiri.... Mencari jawapan....


Ada sesiapa yang pernah mengalami perbalahan hati? Sesuatu yang mendesak yang membuat kita tersepit di tengah-tengah rasa yang lahir dari hati sendiri... Ana hilang dalam kamus sebuah kehidupan muslimah sebenar sudah cukup membuat diri ini berasa sangat sengsara ditambah pula dengan rasa yang mula mengintai untuk bertakhta dalam hati... Sesiapa yang tidak pernah mempunyai rasa cinta dan kasih sayang dalam hatinya mungkin akan digelar sebagai bukan manusia... Ana tetap berpaksi dengan prinsip ana... Tiada cinta sebelum hadirnya masa yang benar-benar menuntut ana memenuhi keperluan itu... Remaja sememangnya akan dihambat rasa tertarik antara sesama mereka... Kekuatan seseorang itu hanya akan dilihat bukanlah dari kepaduan penumbuk yang dilepaskan mahupun sepakan yang dihayun... Akan tetapi kekuatan seseorang itu adalah apabila dia mampu menahan rasa amarah dan nafsunya yang memuncak... Ya Allah, kadangkala rasa yang hadir buat dia tidak dapat menahan pandanganku dari melihat wajahnya... Mungkin kerana itu aku semakin tidak mampu menjaga hatiku sendiri.... Sahabat, andai kamu semua berada di tempat ana apakah pilihan kamu? Adakah kamu memilih untuk melampiaskan rasa itu atau menyimpan rasa itu dengan keyakinan pada janji Allah bahawa Dia Maha Mendengar apatah lagi pada hamba-hambaNya yang sabar dan taqwa.... Berikan jawapan pada ana.... Ana tidak mahu mendengar pandangan yang hanya berpaksi pada nafsu melulu akan tetapi ana mahukan pandangan yang dipandu oleh hatinya yang punya iman dan cinta kepada Allah....

No comments:

Post a Comment