Assalamualaikum w.b.t.... Subhanallah... Lama sangat ana tak menulis di blog ni. Ana minta maaf ya semua... Maklumlah, ana masih seorang pencari ilmu... Mana mungkin ada banyak masa yang terluang apatah lagi hari semakin hampir dengan penghujung semester. Sepanjang masuk ke Universiti Malaya di Petaling Jaya ni ana rasa banyak perubahan yang berlaku bukan cuma pada persekitaran malah diri ana sendiri... Mujurlah masih berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang masih perihatin perihal sahabatnya... Apa yang salah dibetulkan bukan yang salah dianggukkan sahaja... Itu bukan sahabat namanya tapi pembunuh... agak kasar tapi ia hakikat yang mesti diterima... Sekiranya menyayangi sahabat kita kita mestilah menjadi seorang yang kuat untuk menegur kesilapan sahabat kita... Bukan dibiarkan kerana takut hatinya akan terluka... Biar terluka sekarang jangan terluka nanti...
Hari ini diberikan sedikit masa untuk mengolah buah fikir... Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran ana sekarang... Cuba juga meluangkan sedikit masa walaupun jam sudah berdetik menunjukkan pukul 12.15 a.m. Esok hari ana diminta untuk mengikuti lawatan ke Institut Integriti Malaysia... Semoga Allah s.w.t menyelamatkan perjalanan kami pada esok hari...
Sahabat-sahabat, ana minta maaf ya kerana terpaksa men'deactive'kan Facebook ana... Ramai yang bertanya, "Kaetrinasalwa pergi mana? x online ke? Kenapa deactive? Ada masalah dengan sesiapa ke? Ada sesiapa yang ganggu ke?"
Jawapan untuk yang terakhir tu, tak ada sesiapa yang mengganggu cuma ada sesuatu yang mengganggu... Marah tak antum semua kalau ana katakan Facebook sekarang dah jadi satu medium penyebar bahan lucah... Terus terang tak ada tapis-tapis lagi ya... Ana sangat bersetuju dengan pendapat para pensyarah ana dari Nilam Puri seperti Ustaz Hazrul, Ustaz Khairul Akhbar, Ustazah Wan Rohani dan lain-lain bahawasanya Facebook sekiranya digunakan dengan baik maka baiklah jadinya dan sekiranya digunakan dengan sebaliknya maka buruklah jadinya... Sangat bersetuju, totally!!... Tapi ana memilih untuk deactive sebab selama ini ana cuba sedaya upaya menggunakan facebook sebagai satu medium perantaraan dengan baik tapi apa yang menjadi masalahnya adalah unsur-unsur luar yang masuk campur seperti virus2 dan group ataupun wall lucah semakin melambak-lambak di pasaran facebook yang boleh didapati secara percuma dan tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana ia akan datang sendiri kepada kita... MasyaAllah... Apa yang menjadi kehairanan di sini... Para lelaki yang bergelar MUSLIMIN sangat suka melihatnya dengan pelbagai komen2 yang menunjukkan SUKA pada perkara tersebut...
Tidak dinafikan ada juga insan2 yang mengambi berat tentang isu ini turut komen pada gambar2 jelek tersebut meminta supaya dibuang dan melarang mempamerkan gambar2 trsebut tetapi ia keluar pula dalam wall sahabat lain contohnya, "kaetrinasalwa commented on **** picture"... Kesannya habis tersebar kepada semua rakan2 kaetrinasalwa. Mereka pun membuka mata luas2 ada juga yang menundukkan pandangan... Sangat mudah kaum kuffar ingin melemahkan umat Islam ye... Selain itu, ia juga menyebabkan para insan yang beragama islam bergaduh sesama sendiri dan salah faham antara satu sama lain... Hai, mudahnyalah!!
Selain itu, virus yang tersebar melalui mesej2 dalam FB... ini lagi satu hal... Orang tak pernah hantar mesej kat ana hantar mesej... Muslimin pula tu... Yang ana si kolot ini pun pegilah menekan link yang ada dalam mesejnya 2... Ha, hambik kau! Terpampang semua kebodohan dan kejahilan manusia... Cepat-cepat ana keluar... Rasa nak marah pun ada juga... Ana yakin bukan muslimin tersebut yang hantar... So, demi kemaslahatan bersama untuk mencari kepastian ana bertanya padanya dan jawapannya kepada ana, "Ana pun tak kenal enti apatah lagi enti bukan sahabat ana dalam FB pun bagaimana ana nak hantar mesej seperti itu. Ana punya iman dan taqwa lagi... Ana cuma menasihatkan enti jangan tekan pada link tersebut bimbang ia akan tersebar pada sahabat2 FB enti pula..." Nah. masalahnya ana dah tekan... Astagfirullahalazim... Tahu tak apa kesannya??? Kesannya ialah tersebarnya fitnah yang besar dalam kalangan umat Islam... Amboi mudahnya... Tapi tak semudah itu untuk memperbodohkan umat Islam yang punya akal untuk berfikir...
Tak kurang juga, bukan secara tak sengaja tapi dengan sangat SENGAJA chat ana meminta ana melayan nafsunya... Hai, manusia....... Manusia.... Manusia... Ana tidak hairan dengan manusia tetapi ana hairan dengan manusia yang bernama ISLAM.... MUSLIMIN.... MUSLIMAT... Apa nak jadi ni??? Melalui gambar2 yang keluar pada wall ana ana tengok 1000 lbih orang SHARE gambar tersebut... Gambar apa? Faham2 sajalah... Dan semua yang share adalah dalam kalangan umat Islam... Apa sebab nak share??? Tak malu ke???? Heh... Sakit jiwa dengan masalah umat sekarang... Apa nak jadi anak melayu kita ya sekarang ni... Baik bagi sahaja negara ni pada penjajah dari akal kita dijajah sedemikian rupa...
So, untuk inisiatif mengelakkan semua fitnah dan melihat gambar2 yang mengotorkan hati tersebut ana deactive FB ana... Mana taknya, ana ni student Muamalat... Islamic banking... Mana mungkin ana boleh berjaya mengingati ilmu bila melihat gambar2 tersebut saban hari, minggu, bulan dan apa-apa sajalah... Bebal jadinya...Sedangkan Imam Syafie yang ternampak betis wanita pun sukar untuk menghafal pada ketika itu inikan lagi melihat lebih dari betis...Minta maaf pada teman2 dekat FB ana... Itu adalah jalan yang ana pilih setelah istikharah... Nak tutup FB pun kena istikharah tw... Pilih yang terbaik untuk diri antum... Apabila terjadi sesuatu jangan cepat melatah dan terus menuduh... Jalan yang baik itu luas berbanding jalan yang baik terselit 1 keburukan... Salam sayang ana buat pembaca semua... Selamat malam.... Wassalam....
No comments:
Post a Comment