Sedang duduk-duduk di beranda rumah berbual dan bergelak ketawa bersama abang saudara ana ketika beberapa ahli keluarga yang lain sedang lena menyambung tidur selepas solat subuh tadi tiba-tiba telefon bimbit ana berbunyi... Mesej masuk... Ana pun membuka mesej tersebut... Tersenyum membacanya... Hati ana tambah girang...
"Matahari kian meninggi di ufuk timur...
Kicauan burung girang memeriah suasana...
Matahari tidak pernah terlupa...
Tidak kelamaan meninggi di atas lelangit...
Menyuluh sekalian cinta yang buta...
Wajahmu terbayang di ruangan akal...
Apa khabarmu duhai gadis...
Semoga harimu bahagia...
Walaupun mentari kan terbenam di barat sana...
Kuhajatkan moga senyumanmu sentiasa mekar di wajah itu...
Kerna antara yang terindah adalah senyumanmu...
Apabila malam nanti menjelma...
Akan kupetikkan bebintang di langit...
Sebagai mahar senyumanmu buatku..."
Pagi bertambah indah dengan karangan puisi indah dari sahabatku... Subhanallah... Sangat menyentuh hati karangannya... Membuatkan permulaan hariku suatu yang kurasakan sangat bererti... Dan berbeza dengan hari-hari yang lain... Terima kasih sahabat...
"Hai, tersengih-sengih je. Dapat mesej dari pakwe ke?" Abang saudaraku mengusik.
"Kenapa? Jeles ke tak ada orang nak mesej dia? Taklah... Nah, baca..."
Terkebil-kebil Abang Cik membaca tulisan sahabatku. Bibirnya mengukir senyum. Dia mengembalikan telefon bimbit kepadaku. Tidak henti-henti dia memuji sahabatku lantas dia bertanya perihal sahabat-sahabat yang selalu mendampingiku... Lalu kujawab kepadanya...
"Kita ni cuma orang biasa yang memiliki sahabat juga manusia biasa dengan akal yang biasa namun memiliki jiwa dan hati yang luar biasa.... Manusia biasa senang dijumpai di merata tempat di dunia tapi manusia biasa dengan jiwa dan hati yang luar biasa hanya segelintir sahaja... Rasulullah telah bersabda, beruntunglah bagi ghuraba'(orang yang asing) itu... Walaupun kita tak berapa nak asing tapi berkawan dengan orang-orang asing seperti mereka membuatkan kita sedikit merasa perasaan keterasingan tu..."
Abang Cik hanya tersenyum dengan penjelasan ana... Faham ke tak agaknya dengan maksud asing yang ana terangkan padanya tu. Dia bertanya padaku, "asing yang dimaksudkan tu apa?"
"Asing tu ada maksud yang ulama' tafsirkan secara detail tapi mengikut apa yang kita faham asing tu bermaksud menghidupkan Islam dalam budaya manusia yang telah terbiasa dengan kebiasaan perilaku, sifat, cara hidup dan lain-lain. Sewaktu kedatangan Islam kaum Arab telah terbiasa dengan budaya Jahiliyyah mereka. Islam datang dengan sesuatu yang baru yang boleh dikatakan sebagai asing bagi mereka. Sukar menerimanya tetapi ada keistimewaan padanya. Begitu juga sekarang, kita dah terbiasa dengan budaya hidup kita contohnya pergaulan lelaki dan perempuan tapi bila golongan asing ni ada antara kita mereka menjaga batasan pergaulan mereka yang kita nampak dia terlalu asing pada kita. Tak kurang juga contohnya wanita-wanita yang bertudung labuh kelihatan asing dalam pandangan orang-orang yang sudah terbiasa dengan budaya pemakaian tudung pelbagai fesyen. Kelihatan asing, kan? Tapi Rasulullah bersabda beruntunglah bagi orang-orang yang asing."
"Ohhhh..."
Abang Cik mengangguk tanda faham. wajahnya cukup jelas menunjukkan puas hati dengan jawapanku. Sekurang-kurangnya ada sedikit ilmu dan terselit sedikit tazkirah buat abang saudaraku di pagi hari ini.
"Apa ya perasaannya berkawan dengan orang-orang macam tu?"
"Maksud Abang Cik orang-orang macam tu tu apa?" Sedikit kehairanan.
"Hurm... Malsudnya macam alim-alim gitu..."
"Oh... Sebenarnya, Rasulullah juga ada bersabda. Sekiranya kita bersahabat dengan tukang besi maka berbaulah kita sama sepertinya, berbau besi. Sekiranya kita bersahabat dengan penjual minyak wangi berbaulah kita sepertinya iaitu berbau wangi. Nak jelaskan di sini sahabat yang ada di sekeliling kita adalah cermin pada bagaimana sikap dan akhlak diri kita. Tapi janganlah sekali-kali mengenepikan mereka yang kurang agamanya kerana mereka itu memerlukan penjual minyak wangi untuk mereka berkawan dengannya."
"Kau ni pandai ya bercakap? Kau kat UM tu masuk pidato ke?"
"Taklah... Cuma budak yang belajar agama rata-ratanya pandai bercakap sebab selalu berbincang tentang isu-isu agama bukan saja secara formal tapi secara tak formal juga. Jumpa kat kantin, mula berbincang isu-isu semasa dari segi pandangan masing-masing berdasarkan ilmu agama yang ada. Itu saja. Macam tulah pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam gilap bakat bercakap."
Ana dan Abang Cik sama-sama tergelak. Lucu kedengaran ceritaku tapi ana memaksudkan apa yang ana katakan. Jadi, ana sangat bersyukur sebab memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa menegur apa yang ana lakukan salah kerana sahabat yang takut membetulkan apa yang salah pada sahabatnya bukanlah sahabat yang baik tetapi sahabat yang membawa sahabatnya menuju kepada kehancuran. Jadi, untuk berterus terang di sini ana tak pernah ada sahabat yang betul-betul baik dan rapat dengan ana dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dari dalam kalangan perempuan. Rata-ratanya semua lelaki. Tetapi setelah menginjakkan kaki ke Nilam Puri, sahabat perempuan ana semakin ramai tak kurang juga sahabat-sahabat dari sekolah rendah dan menengah yang kembali berhubung dan kami semakin dekat dan rapat. sekarang ana punya ramai sahabat dalam kurungan sahabat perempuan. He... Maklumlah, dulu ana tak pandai bergaul dengan perempuan dan kebanyakan perempuan tak dapat menerima sikap ana yang agak sedikit kasar dan cakap main lepas. sebab terjadinya begitu, ana lahir dalam adik beradik yang semuanya lelaki dan ana seorang sahaja perempuan. Apabila duduk dalam kalangan sepupu-sepupu, ana seorang sahaja yang berkategori jantina perempuan. Nah, kasihan... Tapi begitulah ceritanya... So, kepada semua sahabat-sahabat ana yang ana kenali samada yang rapat atau tidak, percayalah sesungguhnya ana menyayangi kamu semua... Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku...
No comments:
Post a Comment